BAB 20

Family Completed 1478

“Mama menyesal… kalau mama tahu dulu, mama berhenti kerja, duduk di rumah mengasuh anak sendiri! Tapi kalau tak kerja, kehidupan kami tak akan mewah seperti sekarang! Setiap titik peluh yang mengalir rasanya seperti tidak bernilai…”

“Pun begitu, anak-anak mama semuanya berjaya… mereka mempunyai semangat dan cita-cita seperti mamanya… mama tak gembira? Adakalanya pengorbanan memang tidak mendapat apa-apa balasan tapi pahala dari Allah s.w.t. sudah memadai, mama!”

“Tengok kejap cincin tu…” pinta mama sambil mengambil tangan kiri Syuiza ke ribaannya. Syuiza menurut saja.

“Nanti Nas buka…”

“Tak payah, tak baik buka… kan cantik kat jari manis tu… ini cincin arwah adik mama ni… Qusyairi bagi?”

“Emm…”

“Ada juga kenang-kenangan… mama tak bagi apa-apa pun!”

“Tak mengapa mama, restu mama lebih berharga dari itu semua!”

“Ohh….. Syuiza ….. Mama….”

Mama memaut pula bahu Syuiza dan memeluk gadis itu rapat ke tubuhnya. Syuiza kaget namun dibalas jua pelukan itu dengan penuh kasih-sayang untuk pertama kalinya.

“Sejuk perut mama bila mendengarnya… maafkanlah mama sebab menyusahkan Syuiza selama ini… sehingga diheret ke kancah permasalahan keluarga mama ini.”

“Tak mengapa mama, Syuiza sendiri tidak menyesal mungkin jodoh pertemuan yang diaturkan Tuhan itu ada sebab musababnya. Kalau dah sampai setakat ini jodohnya, Nas akan mengundur diri.”

“Kenapa cakap macam tu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience