BAB 16

Family Completed 1478

“Nas berhajat sangat nak berjumpa dengan mama… atok dan nenek tolonglah rahsiakan daripada Abang Qusyairi , dari dulu lagi dia tak bagi Nas berjumpa dengan mama tapi… Nas nekad sebab dah tak ada cara lain untuk memujuk Mama Qusyairi . Kalau cara macam ni pun gagal, nampaknya Nas terpaksalah mengalah…”

“Atok bangga dengan kau, Syuiza … kalau orang lain agaknya dah tak kuasa! Sebenarnya kami berdua ni pun… dah banyak sangat buat salah pada Aisyah… sebab itulah bila dah huru-hara macam ni… kami sendiri pun dah tak boleh nak marahkan dia. Yang cucu seorang tu pulak degil sangat, langsung tak nak menerima kenyataan.”

“Nenek bukannya nak menangkan si Qusyairi tapi sikit-sikit pun rasa menyampah juga dengan perangai adik-beradik dia tu! Abang Aji, ingat tak raya puasa tiga tahun lepas? …dahlah lama tak balik kampung… bila balik cuma Aisyah yang tidur di sini, yang lain semuanya tidur hotel, tak selesalah tu agaknya! Manalah sedap tidur bertilamkan papan!”

“Tak baik mengungkit!”celah Haji Ahmad.

“Saya bukannya nak cakap apa… tapi… Johor Bahru dengan kampung ni bukannya jauh sangat! Susah sangat ke nak jengukkan muka… kita ni bukannya nak harapkan duit mereka, hasil kampung ni banyak… cukup untuk makan kami tiga beranak! Si Qusyairi dulu pun sampai dapat masuk universiti! Dapat pula kerja di KL, semuanya pandai-pandai sendirilah nak hidup!”

“Diorang tu semuanya sibuk, awak mana tahu… masing-masing sudah ada tanggungjawab…”

“Sibuk kejar harta dunia sehingga sanggup memutuskan silaturrahim ?”

“Susah kita nak cakap, kita tak duduk di tempat mereka!”

“Bang Aji… saya tahu Abang Aji pun berperasaan seperti saya cuma… tak mahu mengaku!”

“Ahh! Benar tapi saya redha” Akhirnya Haji Ahmad memperlahankan suaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience