BAB 4

Family Completed 1478

Hanya itu yang mampu diucapkan. Lantas, dia meninggalkan mama keseorangan tidak berteman lagi. Jelas ikatan di antara mereka berdua telah longgar, ada jurang yang terlalu luas. Tiada kemesraan seperti insan-insan yang lain.

TIKA usianya menjangkau tiga belas tahun barulah Qusyairi tahu bahawa orang yang dipanggil ibu itu hanyalah ibu saudaranya, adik kepada mama. Khadijah, namanya.

Pada saat-saat akhir hayat Khadijah, akhirnya, dia sendiri membongkarkan rahsia yang sudah lama disimpan. Seperti dijangka, Qusyairi sungguh terperanjat dan tidak mahu mempercayai kenyataan itu sehinggalah datok dan nenek mengesahkan cerita tersebut.

Semuanya bermula semasa Aisyah mengandung kali keempat. Kandungan Aisyah telah disahkan kembar jadi dia telah berjanji untuk menyerahkan salah seorang bayi yang bakal lahir kepada kakaknya yang masih belum mengandung setelah berkahwin lebih tujuh tahun. Sedangkan di masa itu dia telah pun mepunyai tiga orang anak.

Gara-gara janji, Aisyah terpaksa menelan air liur sendiri setelah diberitahu bayi kembarnya yang seorang lagi, Saffiya, terlalu lemah dan tidak dapat diselamatkan. Sedangkan Qusyairi telah pun diambil dahulu oleh Khadijah sehari selepas dia melahirkan.

Hanya airmata yang mampu mengubat rindu pada bayinya itu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan merana. Namun begitu, Aisyah pasrah. Khadijah bukannya orang lain. Begitulah juga emak dan ayahnya malah suaminya sendiri, saban hari puas memujuk Aisyah.

Kesian Khadijah, kempunankan anak! Kesian Khadijah, tak boleh beranak! Kesian Khadijah…

Segala-gala yang berlaku begitu pantas dan masa pun berlari tanpa dapat dikejar apatah lagi, untuk diundurkan kembali. Begitu juga dengan nasib Khadijah, rupa-rupanya selama ini, dia telah merahsiakan penyakitnya. Dia menghidapi penyakit barah rahim dan telah pun pergi ke rahmatullah buat selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience