BAB 21

Family Completed 1478

“Nas tersepit di antara konflik mama dan Qusyairi …”

“Mama dah tak nampak ada masalah lagi…”

“Luka yang dirawat boleh sembuh mama, tapi… parutnya tetap kekal di situ…”

“Ah! Janganlah nak dirisaukan lagi… kita lupakan saja kisah lalu dan mulakan hidup yang baru, kita belajar dari kesilapan! Itupun kalau masih ada masa untuk mama memperbaikinya…” Mereka berdua saling membalas pandangan. Mungkinkah itu bermakna mama telah merestuinya ? Inikah dia satu titik penyelesaian yang diharap-harapkan Siti Syuiza selama ini?

“BUAT apa Ian datang jumpa mama lagi?”

Soalan mama dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Diam.

“Bila-bila masa saja mama akan pergi, Ian dah dewasa… dah matang tubuh dan fikiran, tak lama lagi Ian bakal bergelar seorang suami, seorang ayah… bila dah ada anak nanti Ian akan faham perasaan dan naluri di antara seorang ayah dan anak. Begitulah perasaan mama terhadap Ian. Anak-anak mama yang lain dah ada keluarga masing-masing, mereka membuat pilihan sendiri tapi banyak masalah yang mereka hadapi… mereka juga macam Ian, mereka anggap mama ni menyusahkan, membebankan! Hati siapa yang tak kecewa? Sekarang mama tak mahu masuk campur lagi….. pandai-pandailah pikul tanggungjawab masing-masing. Tugas mama dah selesai, Ian jangan takut, mama redha dengan siapa saja yang menjadi pilihan Ian.”

“Apa mama…? Betul ke apa yang Ian dengar? Kenapa senang-senang mama menukar pendirian…. hari tu kata lain, hari ni lain? Nampak sangat mama ni memang sengaja nak menyusahkan orang!”

“Janganlah kata macam tu lagi, Ian ! Mama dah banyak dosa, maafkanlah mama!” Tanpa disedari Qusyairi , dada mama berombak-ombak diikuti sesak nafas seperti ada sesuatu di saluran pernafasannya.

“Mama…? Mama? Mama!!!!”

“Doktor, tolong Doktor, selamatkanlah mama saya…”pintanya ketika Dr. Halil membuat rawatan segera untuk memulihkan pernafasan mama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience