BAB 9

Drama Completed 1524

“Apa-apalah… asal suka sama suka!” putus Qusyairi kemudian. Di kepalanya asyik memikir-mikir cara lain untuk memikat Siti Syuiza .

“Lain macam je bunyinya tu!”

“Tak adalah….” jawab Qusyairi perlahan lalu beredar keluar dari kawasan kaunter kerana telah ada pelanggan yang berbaris di kaunter untuk membuat urusniaga.

Semenjak dari hari itu, Siti Syuiza sering mengelak daripada bertemu dengannya. Jika terserempak di pintu, cepat-cepat dia menghalakan kaki ke arah lain. Dia tu sebenarnya kelakar dan peramah tapi tidak dengan lelaki!

Bagaikan si sumpah-sumpah, boleh berubah warna mengikut keadaan sekelilingnya. Pun begitu hasil kerjanya memuaskan, tekun dan patuh pada setiap arahan. Mungkin itu yang menjadi daya penarik, kelainan yang jarang-jarang ada pada pekerja yang lain. Mungkin juga kerana Siti Syuiza @ Natalie Edwin Binti Abdullah adalah sebenarnya seorang saudara baru.

Gadis kacukan Kadazan dan Filifina itu bertambah ayu apabila berbaju kurung labuh serta dilengkapi tudung. Jika tidak kenal, pasti dia dikatakan berbangsa Melayu. Malah tuturkatanya langsung tidak pelat bahkan pandai pula berbahasa Banjar setelah lapan tahun tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Baru.

Dua-tiga kali, Qusyairi tidak pernah putus asa. Kalau hati dah suka, buat apa pun dia sanggup! Cuba dan cuba lagi untuk mengambil hati gadis itu. Walau dia tahu, kehadirannya di depan kaunter pada setiap pagi tidak disenangi, mungkin dah dicop gila!

SEPERTI biasa, pagi itu dia lagi yang setia beratur di depan kaunter nombor tiga. Wajah Syuiza selamba saja, pura-pura tidak nampak.

“Assalamualaikum, apa khabar pagi ni, sihat?”

“Saya sihat… ada orang lain aje yang tak sihat sikit! Dah kehabisan stok setem ke… hari ni nak apa pulak?”

“Ni haa… saya nak pos surat…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience