BAB 6

Family Completed 1478

Dalam pada itu, kerja yang ada diselesaikan segera supaya tidak tertangguh. Maklum sajalah sebagai kerani di pejabat pos, tugasnya agak sibuk dan sentiasa bersedia melayan pelanggan.

Ingatan pada hari pertama bertugas di situ tidak pernah dilupa. Ada saja panggilan telefon yang diterima. Samada ingin berkenalan atau pun sengaja menyakatnya. Hampir-hampir dia pitam kerana terlalu geram apatah lagi masih terkial-kial melayan pelanggan yang berbilang bangsa dan banyak ragamnya.

Masuk minggu kedua, lain pula ceritanya. Seawal pagi, bangku panjang yang diletakkan di depan kaunter bayaran itu, telah duduk seorang pemuda. Wajah tampan berkumis nipis itu telah lama memerhatinya sambil pura-pura membaca akhbar. Di hatinya tersulam kemas selembar hasrat. Hanya menanti tindakbalas positif dari si gadis. Dan suatu hari yang indah…

“Cik, err…… err……”

“Tolong cepat sikit, kalau dah lupa tolong beratur semula!”

“Emm… tak, tak lupa, saya nak beli setem… bagi saya setem sepuluh sen tiga puluh!”

“Tiga ringgit!”katanya sambil menghulur setem tersebut di celah lubang tingkap di hadapannya. Ketika menunggu wang bayaran, Syuiza menjeling pemuda itu yang sedang menghulurkan duit not lima ringgit.

“Eh… bukan setem sepuluh sen, tiga puluh sen… tiga puluh sen sepuluh!”

“Laa… cubalah cakap betul-betul, buang masa je! Tak kesian ke orang lain beratur panjang tu…..”

“Saya pun beratur juga, tak bising pun!”

“Baguslah… kalau nak bising-bising, bukalah pejabat pos sendiri!”

“Amboi….. cantik betul bahasa awak yek… masa minta kerja bukan main lemah-lembut tapi bila dah dapat kerja, kasar sungguh!”

“Kasar bertempat! Tengok keadaan… Encik, jadi ke tidak nak beli setem?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience