BAB 5

Family Completed 1478

Tidak lama selepas itu, suami Khadijah bertemu pula jodohnya dengan wanita lain. Terkontang-kantinglah Qusyairi membawa diri. Pernah mama datang mengajak Qusyairi tapi ketika itu Qusyairi keberatan, dia benci pada adik-beradiknya yang sombong.

Sementelah pula dia sedang belajar di MRSM, sebuah sekolah berasrama penuh. Datok dan neneklah sebagai ganti tempat dia bermanja.

Qusyairi sedar siapa dirinya jika dibandingkan dengan adik-beradik kandungnya. Dia umpama anak itik yang hodoh, merempat ke sana-sini sedangkan mereka sudah tegar hidup mewah di kota besar.

Sedikit-sebanyak, masalah peribadi sering menganggu emosi Qusyairi . Kebelakangan ini fikirannya bercelaru. Mujurlah Siti Syuiza ada… pada dialah tempat Qusyairi mencurahkan perasaan, mengharapkan nasihat dan kata-kata perangsang. Ah! Rindunya pada dia…

ORANG ramai yang berpusu-pusu keluar-masuk ke dalam pejabat pos tidak dihiraukan. Fikirannya telah jauh melayang, sekejap ke kampungnya di Melaka, sekejap ke Johor Bahru. Wajah-wajah datok, nenek, arwah emak, Syuiza , mama, papa, silih berganti.

“Nas, boleh kita keluar sekarang?” Tanpa salam Qusyairi menegur gadis yang sedang bertugas di dalam kaunter pejabat pos itu.

“Eh, bila Ian sampai? Maaflah tak perasan tadi… boleh tunggu sekejap tak… dalam lima minit lagi sebab member sebelah ni belum masuklah!”

“Emm… okay, Nas siapkanlah kerja dulu, Ian tunggu kat luar ya.”

Beberapa orang pekerja yang sedang bertugas di bahagian kaunter tersenyum-senyum, seperti ada sesuatu yang sedang dibisik-bisikkan sehingga menyeronokkan hati mereka. Maklum sajalah… dahulu selalu bergaduh, selepas itu bercinta secara senyap-senyap, tup-tup dah nak kahwin! Siapa yang tidak terkejut?

Syuiza lemas, di dalam hati ingin saja dia berteriak sekuat-kuatnya! Ah… macamlah mereka tak pernah bercinta, sibuk betul! Tapi ditahankan saja perasaan itu. Di wajahnya cuma ada segaris senyuman hambar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience