BAB 17

Family Completed 1478

Di hati Syuiza kembang-kuncup, melihat mereka berdua membalas kata. Dia sebenarnya lebih teringatkan Qusyairi dan dirinya yang sering bertekak begitu.

“Atok… nenek… Syuiza pernah dengar pepatah lama… bila dekat bau busuk, bila jauh bau wangi…”

“Bukannya kami tak pujuk dia, supaya berbaik-baik dengan mereka tapi mereka tu sombong, tak pernah nak ambil tahu, buat endah tak endah je!” kata Hajjah Fatimah pula dengan nada yang sedih sambil mengelap mata yang berair dengan hujung lengan baju kurung kedahnya. “…maklumlah Qusyairi dulu dibesarkan di kampung bersama kami, memang janggal jika nak campur dengan orang bandar!”

“Kami bersalah kerana memisahkan dia dulu, kita ni kadang-kadang bila buat sesuatu tu tak nak berfikir panjang hah! …kesudahannya orang lain yang menjadi mangsa!”kata Haji Ahmad perlahan sebelum menyedut rokok daunnya. “Benda dah terjadi apa nak buat, menyesal pun tak ada gunanya ! Sekarang ni… syukurlah sebab kita dah ada Syuiza , sanggup menanggung masalah keluarga kita ni… mudah-mudahan hubungan anak-beranak yang dah lama terputus tu akan kembali bercantum semula.”

“Insya-Allah! Atok dan nenek doakanlah banyak-banyak… mudah-mudahan dimakbulkan Tuhan.”

“Bila nak ke Johor Bahru tu…?”

“Esok pagi, tuk. Atok dan nenek nak ikut sama?”

“Tak pelah Syuiza … Syuiza pergilah seorang, tentu banyak yang nak dibualkan. Atok dan nenek ni pun bukannya cergas macam orang muda lagi… selalu uzur, tak larat nak jalan jauh-jauh”

“Hmm……”

SEPANJANG perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru, Syuiza berdoa tidak putus-putus. Takut ada, malu pun ada. Yang pasti Syuiza nekad, apa yang akan berlaku nanti pasti akan berlaku juga…

Sewaktu Syuiza membuka pintu tadi, mama sedang nyenyak tidur maka tidak sampai hati hendak dikejutnya wanita itu. Dia duduk menyandar di kerusi plastik di tepi katil, menunggu mama bangun sambil menyelak-nyelak helaian majalah Remaja keluaran terbaru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience