BAB2

Family Completed 1478

“Kalau macam tu, apa salahnya jika sekarang ni mama mengambil berat tentang diri kau, Ian? Izinkanlah mama menebus segala kesilapan yang telah berlaku!” Suara mama penuh mengharap.

“Tolonglah mama! Masa untuk itu semua sudah lama berlalu, sudah terlambat mama!” luah Qusyairi dengan angkuhnya.

Jelas di wajahnya terpamir dendam yang telah disimpan sekian lama. Biarlah segala-galanya terburai, getus hati kudusnya.

“Sampai hati kau cakap macam tu, Ian. Dahulu, masa mama datang hendak ambil kau balik, kau sendiri yang menolak! Sekarang, kau salahkan mama… patutkah? Kau umpamakan mama seperti sudah tiada di dunia ni… agaknya kau lebih suka jika mama mati, kan?

Kau dan ayah kau tu pun sama saja….. mama diperlakukan tak ubah seperti kain buruk! Baiklah Ian, suka hati kaulah… semuanya memang salah mama, walaupun mama tak rela berpisah dengan kau dulu.

Ian, kau harus tahu bahawa bukan tangan mama ini yang hulurkan kau kepada orang lain tapi kau telah dirampas dan dibawa jauh dari mama… Ah! Mama hendak cerita pun, kau bukannya mahu dengar! Semuanya sudah tiada gunanya lagi! Kalau masa mama sudah sampai nanti kau tak payahlah susah-susah datang tengok mama… biarkanlah mama seorang diri! Kalau hidup pun hanya menyusahkan orang, buat apa mama hidup lagi?” Suara mama tersekat-sekat dengan nafas yang turun-naik namun tetap terkawal intonasinya.

Mama… Qusyairi terkesima, dia terus membungkam. Mengalah bererti dia terpaksa menurut dengan kemahuan mama. Kahwin paksa…

Ah! Dia bukannya robot, boleh diarah itu dan ini! Sungguh dia tidak rela melepaskan Siti Syuiza , gadis yang telah pun menerima lamarannya malah telah menjadi tunangannya kini tanpa pengetahuan mama.

Hanya datok dan nenek saja yang merestui ikatan ini. Jauh di sudut hatinya, Qusyairi juga sebenarnya tidak sanggup kehilangan emak buat kali kedua. Akan tetapi, emosinya seperti terhimpit dan keadaan juga begitu mendesaknya untuk bersikap tidak ketentuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience