BAB 18

Family Completed 1478

Tanpa disedarinya, mama terjaga dari tidur dan terus saja memerhati wajah gadis itu. Siapa dia… tandatanya berlegar di ruangan otak.

“Awak ni siapa ?”

“Mmm… puan dah bangun, macam ni puan, saya… saya Siti Syuiza …”katanya tergagap-gagap sambil menghulurkan tangan tetapi sayangnya salam tidak bersambut. “Maaf puan kalau kedatangan saya tidak diundang, kalau puan keberatan saya minta diri dulu…”

Mama diam, Syuiza kaget. Jelas diwajah mama terpamer suatu perasaan ketidakselesaan. Syuiza menyimpan majalah tadi ke dalam beg sandangnya dan menolak kerusi rapat ke dinding semula. Diatur langkah untuk keluar dari bilik yang lengkap dengan alat hawa dingin dan set TV itu tanpa memandang ke belakang lagi.

“Nak pergi mana tu?”suara serak-serak basah mama lantang di telinga Syuiza .

“Err… ba… balik…”

“Siapa suruh awak balik, jauh-jauh datang sekejap sangat dah nak balik!”

“Emm…”

“Mari sini… baguslah kalau awak dah datang, ada banyak perkara yang saya nak tanya dengan awak!”

Syuiza berfikir sejenak. Dengan jantung yang berdegup kencang langkah kaki diundur semula ke dalam bilik lantas mengambil kerusi dan terus duduk sambil tunduk ke lantai. Dia terperanjat kerana tiba-tiba mama menghulurkan tangan untuk bersalam. Syuiza menyambutnya dengan tangan yang sejuk.

“Kenapa takut? Saya tak makan orang! Ni… tolong ambikkan kerusi roda tu, saya nak keluar dari bilik ni, bosan dua puluh empat jam asyik-asyik pandang siling dan dinding tu!”

“Err….. baiklah puan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience