BAB 10

Drama Completed 1524

“Laa… kalau setakat nak pos surat, tak payahlah beratur! Masukkan saja ke dalam peti!”

“Tapi surat ni untuk awak! Ada orang kirim…”

“Oh! Dari siapa pulak? Tak pasal-pasal Tuan Pengurus turun pangkat jadi posmen tak bergaji… terima kasih sajalah!”

“Buat amal sikit… kan dapat pahala tolong orang?”

“Suka hatilah….”

“Terima kasih!”

“Untuk apa?”

“Kerana sudi menerima surat saya tu…” katanya perlahan sambil berlalu meninggalkan Syuiza terpinga-pinga.

“Kenapa ni, Nas? Surat cinta ke? Nampak semacam je Encik Qusyairi tu…”

“Entahlah Lin, takut pulak aku tengok mukanya tu… monyok macam nak telan orang eiii… seram dibuatnya!”

“Bukalah cepat!”

“Gila kau! Public tengah jem kat depan ni!” Surat bersampul biru itu disimpan rapi ke dalam laci. Cadangnya akan dibaca surat itu waktu rehatnya nanti.

Assalamualaikum, Siti Syuiza …

Maafkanlah saya kerana selama ini saya telah banyak menyusahkan Syuiza . Saya sedar kelemahan pada diri saya. Saya berharap Syuiza tidak mengambil hati dan lupakanlah segala-gala yang telah berlaku.

Saya tidak pasti apakah perlu Syuiza tahu bahawa mulai minggu depan saya akan bercuti panjang, mungkin selama dua tahun setengah kerana telah diterima masuk ke UM untuk menyambung pengajian dan membuat master. Itulah cita-cita saya sementara ada peluang di dalam hidup ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience