BAB 14

Family Completed 1478

“So… Nas mahu Ian ikut cakap dia tu!”

“Ya… mungkin ada baiknya… kalau dah tak ada jodoh, kita nak buat apa?”

“Ian tahu… Ian saja yang tergila-gilakan Nas, entah-entah dalam diam Nas ni dah ada yang lain!”

“Ian… Nas akui Nas dulu memang ramai kawan lelaki tapi semuanya tak sama macam Ian! Kira-kira Nas sendiri yang rugi jika kita tak jadi, Ian kan gentleman, sembahyang tak pernah tinggal, bertanggungjawab…. semuanya cukup, walaupun sedikit keras hati!”

“Entahlah Nas! Bila Ian fikirkan Mama, segala-galanya begitu berbeza. Ian bukan diri Ian yang sebenarnya.”

“Baiklah, Nas sebenarnya tak kisah sangat cuma sebelum kita diijabkabulkan… Nas ada satu syarat!”

“Syarat?”

“Hem… Nas nak jumpa mama, bolehkan?”

“Ooo jangan Nas! Ian tak setuju! Buat apa? Kalau Nas menyembah dia sekalipun, kata dia tetap kata dia juga!”

“Tapi…” Syuiza tidak jadi menyuarakan isihatinya. Tanpa pengetahuan Qusyairi , dia telah merancang untuk bertemu mama Qusyairi walaupun tanpa keizinan Qusyairi .

Dalam diam dia mengatur sendiri. Cuti sabtu pertama, dia akan bertolak ke Melaka. Hari ahad pula dia akan ke Johor Bahru. Siti Syuiza berkira-kira sendiri, cukup ke tidak? Ah… tambahlah dua hari lagi, bermakna hari Rabu dia akan bekerja semula.

“ASSALAMUALAIKUM?” Sapa Syuiza setibanya dia di ambang pintu yang terbuka luas. Rumah kayu separuh batu itu sunyi saja. Cuaca di luar agak redup dibayangi pohon-pohon yang besar dan rendang.

“Waalaikumsalam… siapa tu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience