BAB 12

Family Completed 1478

“Nas tak apa-apa ke?”

“Taklah… cuma terkejut sikit!”

“Nas tu pun satu… kalau jalan tak nak toleh kiri-kanan dulu, menonong je! Ini KL tau bukan di kampung. Susah sangat nak pegang tangan dia tu… bukannya kita ni orang lain, kan dah bertunang!”

“Bertunang tu bukannya bererti dah boleh pegang-pegang… haa… macam nak bawa kereta, dapat P dulu sebelum dapat lesen… P tu kan untuk percubaan!”

“Iyalah cik kak oii! Kempunanlah saya…”

“Biarkan! …daripada sama-sama terlanjur nanti diri saya yang rugi… awak sikit pun tak luak! Saya ni perempuan tau!”

“Tak sangka saya, pandai juga Cik Syuiza ni… kalau bercakap kalah Kak Engku.”

“Terima kasih… dah tak payah nak puji lebih-lebih, tak pasal-pasal kena belanja, ni tengah bulan ni… belum gaji!” Syuiza menguntum senyuman, seronok mendapat pujian.

“Jangan risau… pujian Ian ikhlas, Nas senyum pun dah cukup!”

Dua gelas air fresh oren yang terletak di atas meja hampir surut. Nasi goreng di dalam pinggan belum terhabis. Syuiza memerhatikan sahaja gelagat Qusyairi sambil tersenyum. Sesekali matanya beralih ke arah luar tingkap restoran. Tetapi matanya tidak dapat dibuka luas dan rasa pedih kerana di luar terlalu panas terik.

Mengimbas kembali kenangan perkenalan di antara mereka berdua, adalah sesuatu yang begitu istimewa. Bukan setakat dua-tiga bulan malah lima tahun! Begitu lamanya cinta mahu berputik. Jika kahwin, tentu dah beranak-pinak! Syuiza tersenyum lagi.

“Kenapa?”

“Tak ada apa… cuma kelakarlah bila ingat-ingat semula masa baru masuk kerja dulu…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience