BAB 8

Family Completed 1478

“Apa yang bagus?”tanya Syuiza kehairanan, lebih-lebih lagi apabila rakan-rakannya itu masih ketawa sukahati. Akhirnya dia binggung sendiri mencari jawapan pada soalannya itu.

“Selamat pagi…”

“Selamat pagi… ah! Encik Qusyairi nak apa pagi-pagi ni… kaunter belum buka, nak ajak Lin minum ke? …atau nak ajak si dia…?”sampuk Mazlin sambil menjeling rakannya di sebelah.

“Boleh juga… tapi tak bolehlah nak bawa dua-dua sekali, tutup pulak pejabat pos ni nanti.”

“Saya kan ada…”celah Abang Fauzi ketika melewati belakang Syuiza lalu duduk di kaunter lima. Terbeliak mata Syuiza membalas senyuman Abang Fauzi yang meleret penuh makna itu. Tiba-tiba gadis itu bangun pantas meninggalkan kerusinya berpusing-pusing.

“Eh nak ke mana pulak tu, dah hampir pukul lapan ni… Syuiza !”

“Nak cari angin, kat sini panas… Air-cond tersumbat!” Mazlin, Abang Fauzi dan Encik Qusyairi tiba-tiba ketawa.

“Panassss!!!” Abang Fauzi menekan-nekan perutnya. “Encik Qusyairi ni betul-betul serius ke dengan budak tu? Berhingus lagilah… cari le yang dah matang sikit macam si Mazlin ni ke?” Tersipu-sipu si Mazlin.

“Eleh… siapalah yang nakkan saya ni? Gemuk gedempol… mana nak setanding dengan budak baru tu… sekali pandang je ramai yang dah terpikat!” ujar Mazlin dengan wajah yang monyok.

“Eh, kau ni Lin… gemuk-gemuk pun boleh tahan juga, hari-hari saya nampak awak naik motor dengan mat Pizza tu!” usik Qusyairi .

“Oh dia tu sepupu saya…”

“Sepupu pun sepupulah! Tak salah kan! Ya tak, Encik Qusyairi ?” Abang Fauzi masih mahu menyakat Mazlin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience