BAB 11

Family Completed 1478

Cuma saya inginkan kepastian, apakah ada peluang untuk saya terus menyintaimu Syuiza . Walaupun saya tahu… saya cuma bertepuk sebelah tangan!

Terus terang saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bersedia membimbing Syuiza sebagai isteri solehah. Saya juga sebenarnya terlalu banyak kelemahan di dalam diri dan bersedia menerima teguran.

Kalau ada jodoh tidak ke mana kan?

Yang ikhlas selamanya…

Muhamad Qusyairi .

BAJU kurung berwarna biru laut berbunga kecil itu berombak-ombak apabila ditiup angin kencang. Dipadankan bersama tudung bawal krim bersulam bunga kecil. Lebih berseri apabila terselit cincin emas bertatahkan sebutir intan di jari manisnya. Berkilau-kilauan tatkala dipanah cahaya sang suria.

Digenggam erat dompet kulitnya jenama Bonia sambil berjalan pantas mendapatkan Qusyairi yang terus bangun dari bangku di perhentian bas itu setelah melihat Syuiza berjalan ke arahnya.

“Ada hal apa yang penting sangat tu? Sampaikan dah tak boleh tunggu hari lain…”

“Hmm… kita pergi lunch dulu, nanti Ian ceritakan… Nas nak makan di mana?”

“Entahlah, no idea… mana-mana pun boleh, sebenarnya Nas belum lapar sebab pagi tadi dah breakfast di rumah.”

“Tak pelah… makan sikit pun jadilah…”

“O K, Nas ikut je…”

“Syuiza !!! Tak nampak ke motor tu tadi! Isyy… sikit je lagi!”

“Ah! Nas tak perasan, tiba-tiba je dia menyelit di celah kereta… laju pulak tu! Macam pelesit, kalau nak race… tengoklah tempat dulu, sesuai ke tidak… ini main hentam je!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience