Semakin Terseksa

Drama Series 5991

Sudah lama aku menetap di Amerika, aku semakin terseksa kerana berjauhan dengan Aqil.Sebulan sahaja lagi, Aqil akan menamatkan pelajarannya di Arab manakala aku akan menamatkan pelajaran aku di Amerika dua minggu lagi.Aku merancang untuk mengambilnya di lapangan terbang dan sudah memberitahunya. Di Amerika, aku berkawan rapat dengan seorang insan yang baik hatinya bernama Adli.Aku sebenarnya tidak menyangkakan dia adalah kawan lama aku sewaktu aku berumur 2 tahun di kampung aku.Aku rasa gembira dapat berjumpa dengannya.Dahulu, aku,Aqil dan Adli selalu meluangkan masa sehinggakan Adli terpaksa berpindah ke Singapura.Di sebalik kegembiraan aku, ada terselit kesedihan yang begitu memedihkan hati aku.

Minggu menanti minggu, akhirnya aku pulang ke Malaysia dengan hati yang gembira.Apabila sampai di sana, aku hanya menaiki kereta sewa.Aku berasa seronok kerana pemandu kereta itu seorang yang 'sporting".Aku dan dia rancak berbual di dalam kereta.Sebenarnya, pemandu itu perempuan yang jelita. Aku seolah-olah sudah jatuh hati padanya.Apabila sampai di kampung aku, aku meminta nombor telefonnya lalu dia terus memberi nombornya dengan nada manis dan senyuman manis.Hari demi hari, aku semakin rapat dengannya.Aku berjumpa dengannga pada setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience