Air Mata

Drama Series 5991

Pada petang suatu hari, aku bersembang dengan Aqil di halaman rumah ibu dan bapa aku, tiba-tiba sahaja dia jatuh pengsan dan aku terus memanggil ibu bapa aku dan ibu bapa Aqil.Lalu aku membawa Aqil ke hospital terdekat dan semua orang amat risau dan menangis terutama sekali Sarah yang bakal bernikah dengan Aqil pada dua hari akan datang.Kami semua hanya dapat menunggu di luar wad sambil menunggu tahap kesihatan Aqil.Sementara itu, semua ahli keluarga Aqil sampai ke hospital.

Jam menanti jam, doktor keluar dari wad dan membawa aku ke tempat yang jauh dari keluarga Aqil dan orang lain, doktor memberitahu aku bahawa Aqil sudah meninggalkan kami buat selamanya dan bertemu dengan penciptanya semula.Aku jatuh dan air mata mula mengalir membasahi pipiku ini.Aku tersangat lemah untuk menerima berita itu.Aku tidak sanggup memberitahu hal yang sebenar kepada ahli keluarga aku terutamanya keluarga Aqil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience