Bermulanya Kisah

Drama Series 5991

Sehinggalah suatu hari, aku dan dia terpaksa berpisah jauh.Aku dengan dia bukan berpisah tempat tinggal, bukan berpisah negeri tapi berpisah negara.Aku terpaksa meneruskan pelajaran aku di Amerika dan dia terpaksa meneruskan pelajaran di Arab.Aku dengan Aqil tidak pernah terpisah selama 20 tahun dalam hidup aku.Mungkin aku akan berasa sedih dan kesunyian bila aku ke Amerika.Tapi, aku rasa ini bukan penghalang untuk aku dan dia meneruskan hubungan persahabatan yang telah terikat dengan tali yang tidak pernah putus selama lebih kurang 20 tahun.

Minggu demi minggu, aku terpaksa pergi ke Amerika terlebih dahulu kerana sambungan pelajarannya akan bermula bulan hadapannya.Aku berjumpa dengan dia dan dia sempat mengajak aku pulang ke kawasan rumah lama kami untuk mengambil kapsul masa yang telah dibuat oleh kami pada 15 tahun lepas.Aku amat terharu apabila tengok kapsul masa dia yang tertulis 'aku sayang kamu sahabat sebagaimana aku sayang ibu bapa aku'.Aku dan dia berjanji supaya akan berjumpa lagi apabila aku tiba di lapangan terbang.Hati aku rasa terdetak untuk meninggalkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience