Kata Akhir

Drama Series 5995

Tiga bulan sudah berlalu dengan begitu pantas, hubungan aku dengan Aqil sedikit kembali pulih tetapi Aqil masih lagi bersedih.Hubungan aku dengan Sarah juga semakin rapat seumpama aur dengan tebing.Aku dan dia merancang untuk hidup bersama selamanya hingga ke liang lahad.Tetapi aku merasakan tidak mampu dengan keadaan yang berlaku pada diriku ini.Sebelum itu, aku perlu mengeratkan semula hubungan aku dengan Aqil.Hidup aku tidak bahagia jika aku kehilangan Aqil.Aku dapat merasakan hubungan aku dengan Sarah boleh musnah kerana mungkin aku akan berubah apabila kehilangan seorang sahabat yang aku kenal sejak kecil.

Hari menanti hari, aku sentiasa mencari peluang untuk merapatkan semula hubungan aku dengan Aqil.Sehinggalah tiba suatu hari, sewaktu dia bekerja dia menelefon aku untuk berjumpa di tempat kebiasaan aku dan Aqil berlepak bersama-sama dahulu pada malam tersebut.Aku berfikir bahawa dia ingin menerima maaf aku.Aku berharapkan sebegitu akan berlaku.Aku sudah berangan-angan persahabatan aku dan Aqil seperti dahulu kembali.Aku mengharapkan malam ini akan menjadi detik yang paling indah aku bersama Aqil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience