Jauh Ditinggalkan

Drama Series 5991

Aku tidak menyangkakan bahawa Aqil pergi ke Australia bersama saudaranya. Aku rasa amat bersalah. Aku tidak sangka dia amat membenci aku sehingga ke Australia tanpa pengetahuan aku. Hari menanti hari, tiba sudah hari untuk aku ke Amerika semula selepas setahun berlalu aku belajar di sana. Aku mahu menelefonnya sebelum bertolak ke sana. Sarah juga mahu mengikut aku ke Amerika tapi aku risau jika aku membawanya ikut, hubungan aku dengan dia semakin erat. Aku juga berharap agar apabila aku ke Amerika dengan tempoh masa yang lama dia akan melupakan aku. Tapi sebaliknya pula berlaku. Apabila aku sampai ke Amerika, dia banyak kali menelefon aku dan menghantar mesej. Aku dapat rasakan bahawa dia amat sayang kepada aku. Aku mahu dia kembali pada Aqil.

Jam demi jam, aku banyak kali menelefon dan menghantar mesej kepada Aqil tapi tiada respon darinya. Nampaknya dia amat membenci aku. Aku berseorangan sahaja di Amerika. Aku tidak menyewa rumah di bandar tapi aku menyewa rumah di kawasan luar bandar supaya dapat menghilangkan tekanan yang aku hadapi. Aku mengenali dengan seorang gadis dari Malaysia yang juga melancong ke Amerika. Dia sangat baik dan 'sporting'. Aku berasa selesa sewaktu bersama dia. Sedikit demi sedikit, aku dapat menghilangkan tekanan aku. Berbulan-bulan untuk aku hilangkan tekanan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience