Persahabatan

Drama Series 5991

Bulan menanti bulan, Aqil sudah sihat dan akan pulang ke Malaysia. Perasaan rindu kepada Aqil terbuak-buak dalam diri aku dan tidak sabar untuk menemuinya dalam keadaan sihat.Akhirnya, Aqil dan keluarga sampai ke lapangan terbang Malaysia. Aku mengambilnya seperti waktu yang dijanjikan.Aku tidak mahu lagi lewat untuk mengambilnya.Perasaan gembira amatlah aku rasai setelah berjumpa dengannya.Aku membawa mereka ke rumah ibu bapaku terlebih dahulu.Mereka semua gembira apabila berjumpa dengan Aqil sekeluarga.

Hari demi hari berlalu, perkara yang aku tidak pernah bayangkan aku dan Aqil kembali menjalinkan persahabatan.Kisah dan memori hitam putih bersama dia masih tidak dapat dilupakan. Aqil dan Sarah juga kembali menjalinkan hubungan.Dia juga bakal berkahwin tidak lama lagi dengan Sarah.Gembira...itulah yang boleh aku gambarkan dengan diri aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience