Malamku

Drama Series 5991

Jam menanti jam, akhirnya tiba malam hari untuk aku bertemu dengan Aqil. Aku mahu pergi ke sana dengan awal supaya perkara yang telah berlaku pada aku tidak akan terjadi kembali. Malangnya, nasib malang menimpa aku apabila ada kemalangan yang berlaku. Aku semakin risau. Hati aku semakin gelisah memikirkan apa yang akan terjadi pada aku apabila aku lewat. Minit menanti minit, akhirnya aku sampai ke tempat tersebut. Aku fikir dia akan memarahi aku tetapi dia tidak memarahi aku. Aku berasa hairan. Dia hanya terdiam. Dia terus memanggil pelayan untuk memesan makanan dan minuman. Selepas itu dia hanya melayan telefonnya sahaja tanpa memandang wajah aku. Minit demi minit berlalu, akhirnya makanan dan minuman yang dipesan sudah sampai.

Sedang asyik menikmati makanan, tiba-tiba sahaja dia melepaskan sudu dan garfu dari genggamannya. Dia terus memulakan percakapannya. Dia terus memberitahu bahawa dia mahu memutuskan hubungan persahabatan. Aku cuba untuk membantah keputusannya tapi dia sentiasa memotong percakapan aku. Aku ingatkan bahawa dia memutuskan persahabatan aku dengan dia kerana perkara yang kecil. Tetapi atas sebab lain. Dia memberitahu bahawa dia memutuskan persahabatan ini kerana......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience