Kejutan

Drama Series 5995

Selepas itu, aku terus pulang ke rumah ibu bapa aku untuk mengambil barang-barang ke resort abang aku.Apabila aku mahu bertolak, aku menyuruh adik aku untuk menjaga Dania supaya tidak membenarkan Dania keluar dari rumah pada waktu malam.Lagipun, adik aku memang rapat dengan Dania. Dania juga mahu mengikut aku tapi aku mencadang akan membawa Dania ke resort abang aku pada lain kali.

Jam menanti jam, akhirnya aku sampai di Terengganu.Aku sempat menyinggah ke kedai makanan untuk memberi sedikit makanan untuk abang aku.Maklumlah dia sangat sibuk bekerja di resort itu. Di sana dia hanya dapat makan makanan laut kerana resort abang aku hanya berhadapan dengan laut. Dia akan berkahwin pada bulan hadapan. Nampaknya, aku akan dapat kakak ipar la tidak lama lagi.Minit demi minit, akhirnya aku tiba di resort abang aku. Apabila sahaja aku keluar dari kereta aku, aku dapat merasakan ketenangan. Telinga aku terdengar-dengar hempasan ombak ke bibir pantai dan kicauan-kicauan burung. Ohhh...betapa indahnya suasana di resort ini.Aku terus berjumpa dengan abang aku. Abang aku terkejut dengan kehadiran aku kerana aku tidak memberitahunya bahawa aku melancong ke resortnya.Aku meminta dia untuk memberi aku satu rumah sewa yang kosong. Rumah sewa yang akan aku duduki tidak jauh dari rumah abang aku dan mudah la untuk aku makan dan minum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience