Hidup Berubah

Drama Series 5995

Bulan menanti bulan, inilah hari gembira buatku sepanjang masa aku hidup ini. Tarikh ini akan aku ingat sehingga aku pergi iaitu 19 Julai 2018.Inilah hari yang memberi aku satu hadiah yang cukup besar buatku.Akhirnya, Aqil sudah semakin sihat. Tiada siapa dapat menjangkakan dia dapat sihat tetapi dengan berkat doa dan usaha yang dibuat mendatangkan satu rahmat buatku.Tangisan kegembiraan yang sentiasa mengalir ke pipiku tidak habis-habis kerana sangat bersyukur kepada Allah.Aqil masih lagi tidak dibenarkan balik tetapi aku cukup bersyukur melihatnya semakim sihat sedikit demi sedikit. Aku dan Dania terpaksa pulang ke Malaysia untuk hal yang tidak dapat dielakkan.

Aku sentiasa menanti kepulangan Aqil ke Malaysia.Aku tidak berhenti untuk terus mendoakan Aqil.Sarah juga amat gembira dengan berita tentang kesihatan Aqil.Semenjak dari itu, hidup aku berubah menjadi lebih baik.Aku dinaikkan pangkat dan juga bakal menjadi encik suami buat Dania.Tetapi aku mahu menunggu Aqil terlebih dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience