Lemah

Drama Series 5991

Setiap hari, Dania sentiasa mengajak aku bersiar-siar ke luar negeri. Tetapi aku berasa sangat lemah apabila mendengar berita tentang Aqil. Dia sudah banyak kali bertanya aku sama ada aku masih sayang kepadanya atau tidak. Aku sentiasa berkata bahawa aku masih sayang kepadanya. Tapi dengan keadaan sekarang, aku amat risau Dania akan pergi tinggalkan aku. Hari menanti hari, aku masih lagi berasa lemah dan Dania selalu menyuruh aku menceritakan apa yang telah berlaku pada aku. Aku berasa amat sukar untuk menceritakan kepadanya. Sudah hampir dua minggu aku menyimpan cerita ini terhadap Dania. Akhirnya, aku memutuskan untuk ke resort abang aku selama seminggu untuk menghilangkan tekanan. Ohh...lupa, sebenarnya resort abang aku bukannya terletak dekat dengan rumah ibu bapa aku tapi jauh ke timur Malaysia. Aku bercadang untuk pergi berseorangan. Aku masih lagi tidak memberitahu perkara yang terjadi terhadap Aqil kepada Sarah.

Hari menanti hari, tibanya hari untuk aku ke resort abang aku. Sebelum bertolak aku mahu berjumpa dengan Sarah untuk menceritakan perkara yang sebenar. Aku menelefonnya supaya berjumpa di taman yang aku dan Sarah bersiar-siar. Minit menanti minit, aku pergi ke taman untuk berjumpa dengan Sarah. Aku menceritakan perkara yang telah berlaku kepada Sarah. Dia amat terkejut dan mengeluarkan banyak tangisan air mata. Aku memujuk supaya kuatkan semangatnya. Nampaknya, aku sudah merasai bahawa Sarah masih lagi mempunyai perasaan terhadap Aqil. Aku terus menyuruh dia kembali pada pangkuan Aqil kerana Aqil mungkin akan sedikit sihat apabila Sarah kembali pada hatinya. Aku memberitahu bahawa Aqil amat sayang kepadanya. Sarah terus memberitahu kepada aku bahawa dia juga sangat sayang kepada Aqil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience