Pujukan Hati

Drama Series 5991

Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas, setiap hari aku mesej dan menelefon Aqil untuk memujuknya. Dalam masa yang sama aku perlu pulang ke Malaysia selepas hampir lima bulan di Amerika. Aku tidak pulang dengan berseorangan tetapi aku pulang bersama Dania untuk membawa dia berjumpa ibu bapa aku. Ibu bapa Dania akan pulang ke Malaysia pada hari yang lain. Tapi aku rasa aku tidak akan hidup dengan senang di Malaysia selagi Aqil tidak memaafkan aku. Hari menanti hari, akhirnya tiba hari di mana aku akan pulang ke Malaysia bersama Dania. Aku berharap dia sudah pulang ke Malaysia dan melupakan apa yang telah aku buat. Aku berkali-kali mencuba untuk meminta maaf kepadanya tetapi maaf aku tidak diterima. Jam demi jam, akhirnya aku sudah tiba di Malaysia. Aku terus pulang ke rumah ibu bapa aku. Aku mahu tidur di sana semalam memandangkan ada dua bilik kosong untuk aku dan Dania. Aku pulang dengan wajah yang gembira dan ibu bapa aku menyambut aku dengan gembira.

Aku terus memperkenalkan Dania kepada ibu bapa aku. Selepas itu, aku terus menyuruh dia masuk ke biliknya untuk mengemas barangnya. Dania akan tinggal di rumah ibu bapa aku sehingga ibu bapanya pulang ke Malaysia. Lantas ibu bapaku memanggil aku untuk berbual-bual di ruang tamu. Aku menceritakan tentang Dania dan bagaimana aku mengenalinya. Selepas itu, ibu aku bertanya bahawa sama ada aku tahu atau tidak tentang keadaan Aqil. Aku sangat hairan apa yang berlaku padanya. Sebelum ibuku memberitahu aku, beberapa titisan air mata jatuh ke pipi ibuku dan ayah aku terus keluar dari rumah. Ibu aku memberitahu aku bahawa Aqil sedang terlantar di hospital Australia. Aku amat terkejut dan mengeluarkan tangisan. Rupa-rupanya sudah lama dia terlantar di hospital. Dia sudah terlantar di hospital sejak aku pergi ke Australia. Aku rasa amat bersalah kerana selama ini aku hanya bergembira di Amerika tetapi Aqil menderita di Australia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience