Kegembiraan Tak Terkata

Drama Series 5991

Sampai sudah aku ke rumah ibu bapaku.Aku hairan kerana semua ahli keluarga termasuk Dania.Ibu dan bapaku menangis teresak-esak dan Dania terus membawa aku ke dapur. Aku tercengang dan tertanya di hati apa yang terjadi.Dania menceritakan bahawa Aqil telah menghidap kanser tahap tiga.Amatlah sukar untuk dia kembali pulih tetapi aku akan cuba berusaha mendoakannya sihat.Aku mula menyimpan duit untuk ke Australia.Dia dirawat di hospital di Australia selepas dihantar untuk dijaga dengan pakar.Lama kelamaan , duit simpanan aku semakin bertambah. Aku mahu melawatnya kerana aku takut jika dia meninggalkan aku buat selamanya.

Hari demi hari, sudah sebulan berlalu dengan pantas, akhirnya duit simpanan untuk ke Australia sudah mencukupi.Hari menanti hari, akhirnya tiba waktu untuk aku bertolak ke Australia dan ditemani Dania.Apabila sampai sahaja di Australia, aku segera ke hospital untuk melawat Aqil.Aku amat gembira sehingga tidak terkata selepas dapat berjumpa dengan dia.Aku amat merindui Aqil. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui perasaanku setelah berjumpa dengan Aqil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience