Rebah

Drama Series 5991

Hari menanti hari, sudah seminggu Aqil tidak bercakap dengan aku.Apabila aku pergi berjumpa dia, dia sering menoleh mukanya ke arah lain.Tetapi setiap malam dia pulang lewat.Untuk pengetahuan aku dan Aqil tinggal serumah di apartment. Aku berasa hairan juga semenjak dia pulang ke Malaysia. Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari aku.Aku rasa diri aku ini bodoh kerana aku tidak menepati janji aku. Aku ingat persahabatan aku dan Aqil yang begitu lama hampir 20 tahun tidak akan hancur dan putus tapi sebaliknya.Aku hanya lewat mengambilnya tiga jam tapi menghancurkan persahabatan yang hampir 20 tahun.Aku amat kecewa dengan diri aku.

Hari demi hari, aku dan Sarah semakin rapat dan sudah mengenali satu sama lain. Aku tengok Aqil dah bukan macam Aqil yang aku kenal dulu. Aku merasakan bahawa dia bukan sedih dan marah sebab aku tapi sebab lain.Arghhhh.....Kenapa la dengan Aqil ni.Aku berharap sebab kenapa dia sedih bukan kerana aku.Dia tidak keluar dari bilik dia hampir 3 hari. Aku amat berasa hairan dan sebagai kawan aku mahu membantu dia.Aku sudah berkali-kali meminta maaf kepada dia.Hubungan aku dengan Aqil dahulu seumpama aur dengan tebing tetapi kini seolah kucing dengan anjing.Dia selalu memarahi aku dan menguatkan suara apabila bercakap dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience