Mula Bahagia

Drama Series 5991

Sehinggalah suatu hari, aku mengajaknya ke sebuah restoran di hujung bandar yang tidak jauh dari kawasan rumah kami. Aku mengajaknya pada malam hari. Aku mahu melamar dia untuk menjadi kekasih aku kerana aku sudah mengenalinya lebih lama berbanding Sarah. Ohhh... lupa pula, nama dia Dania. Lagipun hubungan aku dengan Dania jauh lebih rapat berbanding Sarah. Jam menanti jam, malam sudah pun menjelma. Aku membawa dia ke restoran tersebut dan terus memesan makanan. Sementara menunggu makanan sampai, kami berbual mesra bersama.Minit menanti minit, makanan yang dipesan sudah sampai. Sedang menikmati makanan, mulut aku mengeluarkan lamaran untuk dia menjadi kekasih aku. Dia terus tersedak seketika dan mentertawakan aku. Aku pun terus mengikut dia ketawa.

Selepas selesai makan dia berkata dia mahu berjumpa kawannya di bandar dan pulang dengan teksi sahaja. Lantas aku pun mengangguk. Kami berdiri di luar dahulu sebelum menunggu teksi. Minit demi minit, akhirnya teksi sampai dan Dania terus memberi satu surat dan menyuruh aku membukanya apabila aku pulang ke rumah.Aku berasa hairan juga. Sudah lama aku tidak mendapat surat. Aku harap isi surat ini mampu membuat aku bahagia. Apabila sahaja aku sampai ke rumah, hatiku terdetik untuk memutuskan hubungan aku dengan Sarah. Aku terus menelefonnya dan berkata bahawa aku tidak mahu menjadi peneman hidupnya dan menyuruh dia pulang ke Aqil. Rupa-rupanya dia masih ada lagi perasaan terhadap Aqil tapi dia terjatuh hati apabila aku mengenalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience