Rahsia

Drama Series 5995

Seminggu sudah berlalu, aku sudah berasa sedikit tenang selepas seminggu melihat laut yang tenang dan kicauan-kicauan burung.Aku berjaya melepaskan segala masalah yang menimpa diriku ini.Aku sentiasa berharap Aqil akan pulang ke Malaysia dengan selamat.Hari demi hari, aku sentiasa mendoakan kesihatan Aqil akan pulih seperti biasa.Aku hanya mampu berharap kepada yang Maha Esa untuk memulihkan semula sahabatku supaya aku dapat melihat senyum tawanya seperti dulu.Hari menanti hari, tibanya masa untuk aku pulang ke rumahku.Aku sangat berterima kasih dengan abangku yang sudi memberi aku layanan yang baik.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumahku, aku mendapat satu panggilan dari ibu Aqil.Aku mengharapkan panggilan itu membawa berita baik kepadaku.Ibu Aqil bercakap dengan nada yang seolah-olah sayu dan sedih.Dia tidak mampu untuk memberitahu aku perkara yang sebenarnya.Dia terus meletakkan telefonnya.Aku berhenti seketika di simpang jalan.Mujur aku melalui jalan desa untuk pulang.Aku tertanya-tanya apakah yang mahu disampaikan oleh ibu Aqil.Tanpa melengahkan masa aku meneruskan perjalanan aku supaya cepat sampai ke rumah.Mungkin ibu dan ayahku mengetahui perkara yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience