Jatuh

Drama Series 5995

Jam menanti jam, minit menanti minit, saat menanti saat, akhirnya aku tiba di Amerika.Tidak aku jangkakan, rupa-rupanya ada juga pelajar dari Malaysia yang mengikuti penerbangan ini.Aku cuba merapatkan hubungan aku dengan mereka supaya aku tidak berasa keseorangan dan terus bersedih.Aku menginap di sebuah hotel di Amerika bersama dua rakan yang baru aku kenali iaitu Akmal dan Reza.Sebenarnya hubungan mereka juga seperti aku dengan Aqil.

Keesokan harinya, aku menelefon Aqil dan keluarga aku untuk bertanya khabar.Walaupun aku baru sehari di Amerika, aku seperti sudah sebulan di Amerika.Aku memulakan pelajaran aku di sebuah universiti yang terletak tidak jauh dari hotel yang aku tinggal. Aku hanya menumpang teksi untuk ke universiti aku.Pada mulanya, aku agak terasing dengan suasana sekeliling. Setiap hari, aku hanya tersandar di dinding apabila pulang dari universiti. Aku merindui kenangan aku bersama Aqil.Amat sukar untuk aku melupakan kenangan indah bersamanya.Makan ku tidak kenyang, tidur ku tidak lena.Kadang-kadang hari aku cuba untuk melupakan kenangan aku bersama dia tapi apakan daya aku tidak mampu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience