Bab 11

Romance Completed 5236

Aku betul-betul risau bila teringatkan apa yang terjadi petang tadi, hmm siapa lelaki tu..dan kenapa dia buat Ameena sampai macam tu sekali. Aku mencapai henfon di meja kerja dan terus mendail nombor Ameena. 2 panggilan yang aku buat, 1pun tidak dijawab oleh Ameena. Hmm, tak mengapa mungkin dia tidak mahu diganggu.

Dua hari kemudian, Geum Bi sibuk bertanyakan Ameena dan aku sendiri tiada jawapan. Berpuluh kali aku hubunginya tapi tidak diangkat, pesanan ringkas juga langsung tiada balasan. Aku betul-betul risau, aku takut kalau perkara buruk terjadi pada Ameena.

"Ya Allah, kenapa aku tak terfikir untuk menghubungi Eeja". GmDengan pantas aku mendail nombor Eeja.

"Assalamualaikum, Geum Bi..". Eeja memberi salam.

"Waalaikumussalam, Eeja.. Ni ahjussi".

"Ohh, maaf ahjussi.. Saya ingatkan Geum Bi".

"Eeja, ahjussi sebenarnya hubungi kamu ni sebab mahu tanya.. Kakak kamu okey? Sebab sudah 2 hari ahjussi cuba hubunginya tetapi tidak dapat". Terangku.

"Ohh, macam ni ahjussi. Along demam, dah 2 hari baring je kat katil".

"Jadi bagaimana keadaan Ameena sekarang?".

"Pagi ni nampaknya dah okey sikit, dah boleh makan".

"Em boleh kamu hantarkan location? Kalau boleh petang nanti ahjussi dan Geum Bi mahu melawat Ameena".

"Oh boleh, nanti saya hantar location ye".

Tepat 5 petang, kami sampai di hadapan banglo tiga tingkat milik keluarga Ameena. Selepas loceng ditekan, gate automatik terbuka. Aku dan Geum Bi berjalan masuk, kelihatan seorang lelaki menunggu di pintu, mungkin ayah Ameena.

"Assalamualaikum..". Aku memberi salam, tanganku hulur untuk bersalam.

"Waalaikumussalam..". huluran tanganku disambung.

"Masuklah, Geum Bi masuk jom.. Ahjumma ade kat bilik".

"Terima kasih..". Ucapku.

"Harabeoji, unni juga di atas ya?

"Ye sayang, naik lif tu..naik tangga karang penat pulak". Kata ayah Ameena dengan tersenyum.

"Duduklah. Saya Hanafi.., baba Ameena. Kamu panggil pakcik je. Kamu ayah Geum Bi kan?".

"Ya.. Saya Muhammad Luthfi, ayahnya Geum Bi".

Selepas berborak-borak kosong, aku menyatakan niat aku ke sana.

"Em pakcik, saya sebenarnya datang ke sini bawa niat".

"Niat? Maksud kamu Luthfi?".

"Sejak bercerai saya sudah tutup pintu hati saya, takda seorang wanita pon yang mampu buka pintu hati saya ni. Tetapi sejak saya mengenali Ameena, tengok cara Ameena melayan Geum Bi betul-betul telah membuka hati saya untuk menyukainya. Saya datang hari ini, mahu minta izin pakcik untuk berkawan dengan Ameena. Saya tahu perbezaan umur kami memang besar, iaitu 16tahun. Insha Allah, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada kami kelak. Dan saya berjanji, saya akan menjaga batas-batas kami". Panjang lebar aku terangkan.

"Emm, Luthfi.. Pakcik sebagai baba Ameena tak pernah menghalang anak pakcik untuk berkawan dengan sape-sape. Pakcik yakin anak pakcik tahu menjaga maruah diri dan batas dalam perhubungan. Kalau anak pakcik juga suka kamu sepertimana kamu menyukainya, pakcik akan doakan yang baik-baik untuk kamu berdua. Soalan umur pula, bagi pakcik sendiri ia tidak menjadi masalah. Jadi pakcik izinkan kamu untuk berkawan dengan Ameena".

"Terima kasih pakcik, terima kasih...". Ujarku kegembiraan.

"Terima kasih jugak kerana kamu tolong Ameena".

"Oh ya, siapa lelaki tu pakcik?

"Itu Danny, Ameena pernah bercinta dengan dia tapi dah berakhir 2 tahun lepas. Taktahu lah kenapa sekarang dia muncul kembali dan ganggu Ameena".

"Hmm, haritu saya ada ajak Ameena ke balai buat laporan polis tapi dia cakap mahu fikir dulu. Tetapi saya bimbang dia cari Ameena lagi, lelaki itu ada ugut yang dia tak akan lepaskan Ameena".

Tiba-tiba pintu lif terbuka, Geum Bi keluar dari lif bersama Ameena.

"Geum Bi, jom ikut Atuk pergi kolam ikan kat belakang". Ayah Ameena cuba memberi ruang buat aku dan Ameena.

"Ikan.., banyak tak harabeoji?".

"Banyak.., banyak sangat..jom...".

Bila berdua dengan Ameena aku jadi agak gugut dan kelu pula lidah ni.

"Ameena, macam mana? Dah okey ke?".

"Em, harini dah okey sikit ahjussi". Ameena tersenyum.

"Hmm.. Ameena, sebenarnya saya ada sesuatu mahu bagitahu awak".

"Ape dia ahjussi..?". Aku memandang wajah pucat Ameena, jantung ni berdenyut laju.

"Saya..., saya nak kenal awak dengan lebih dekat dan saya betul-betul ikhlas mahu kenal awak". Aku menukarkan kebiasaan aku berbahasakan *kamu* harini aku tukar kepada *awak*.

"Itu kalau awak sudi la.., saya tak paksa awak. Saya sedar saya sudah tua, duda anak satu pula tu". Tambahku lagi, dan ku hadiahkan senyuman buat Ameena.

"Emm, ahjussi.. Saya, saya sudi..". Ameena tersenyum manis, walaupun wajahnya pucat tapi dia tetap cantik.

"Ya?? Awak sudi??". Aku tersenyum bahagia, tersenyum hingga ke telinga.

"Terima kasih Ameena, saya tak akan sesekali persia-siakan peluang yang awak beri ini ". Kataku lagi dengan senyuman tak hilang dari bibir.

"Luthfi.. Makan malam kat sini ye..". Kata pakcik Hanafi yang datang dari dapur.

"Ya, baiklah pakcik".

Sewaktu di bilik solat, azan bergumandang menandakan telah masuknya waktu maghrib.

"Luthfi, kamu jadi imam ye."

"Ya, ya baik pakcik..". Ujarku dengan sedikit gugut.

Alhamdulillah, aku menjadi imam dengan baik.

Ketika makan malam, "Geum Bi ambik ayam tu sayang, jangan malu-malu". Kata pakcik.

Dimeja makan aku asyik terpandang Ameena, dia kelihatan tidak berselera.

"Along, kenapa sayang? Takde selera ye..".

"Ye ba, tekak ni masih terasa pahit".

"Em along makan sikit ye sayang, buat alas perut".

Aku suka cara pakcik melayan Ameena, dia begitu mesra dengan semua anaknya dan dia sememangnya seorang ayah yang penyayang. Selesai makan malam aku meminta diri untuk pulang, hari ini merupakan hari yang cukup membahagiakan aku.


***************

Sungguh, aku tak sangka ahjussi senekad ni. Selepas ahjussi balik, baba cerita dekat aku yang ahjussi sebenarnya datang mintak izin dengan baba untuk berkawan dengan aku. Adehh, sweet lah ahjussi ni makin terjatuh hati aku dibuatnye.

Aku buka laci, mengambil henfon yang di set silent untuk beberapa harini. Wohoo.., 11 miscall and 3 message dari ahjussi. Aku bukak message yang dihantar ahjussi.

Message 1 : Ameena, kamu okey?

Message 2 : Ameena.., tolong angkat panggilan saya. Kamu betul-betul buat saya risau.

Message 3 : Saya doakan semoga tiada perkara buruk yang terjadi pada kamu. Semoga kamu sentiasa berada dibawah lindungan Allah S.W.T.

Tersentuh hati aku bila baca message dari ahjussi, rasa bersalah pulak buat dia risau. Henfon vibrate bila message baru masuk, dari ahjussi.

Aku buka message baru dari ahjussi , "Terima kasih, kerana jadikan hari saya cukup membahagiakan. Jangan lupa makan ubat ya..". Aku tersenyum dan aku dapat rasa pipi aku kemerahan sekarang ni.

10 minit aku pikirkan ayat-ayat untuk reply message ahjussi. And lastly aku reply, "Good Nite Geum Bi". Adehh, ahjussi bukan main hantar message sweet-sweet aku pulak reply Good Nite je.., itu pon untuk Geum Bi. Hadohai, tak romantik betul lah kau ni Hawa Ameena. Sedihhh...

Akibat sakit hati dengan diri sendiri yang tidak sweet dan tidak romantik ni, aku buat keputusan untuk tidor. Tapi sebenarnya aku sendiri tak sangka dan terpikir pon yang ahjussi sukakan aku.

3 hari lagi semester baru akan dibuka, tak sabar pulak nak jumpe 3 pompuan kesayangan aku tu. Kalau diorang tahu pasal aku dengan ahjussi entah apela reaksi diorang nanti. Jangan ade yang patah hati pulak kang sudah...

Harini ahjussi ajak aku ke pantai, mestilah Geum Bi ikut same dan semestinya adik jugak ikut serta. Huhuhu. 9 pagi, ahjussi datang jemput kami perjalanan kami dipenuhi dengan gelak ketawa. Terasa macam keluarga bahagia pulak, eh ehh berangan ye kau Hawa Ameena.

Di pantai, aku dan ahjussi duduk dihamparan tikar di bawah pokok rhu. Kelihatan dari jauh adik dan Geum Bi sedang membina istana pasir. Aku buka tupperware yang aku bawak, sandwich, nugget dan buahan. Aku bukak tupperware ahjussi pulak, spaghetti seafood aglio olio fav aku....

"Ahjussii...".

"Ya kenapa? Kenapa? Awak okey ke?". Terkejut ahjussi yang sedang membaca.

"Ni fav saya, ahjussi masak untuk saya ke..?".

"Ya saya masak untuk awak.. Kan semalam awak cakap nak masak tapi tiada bahan. Saya masak ni special untuk awak, jadi jangan kongsi dengan Geum Bi dan Eeja ya". Kata ahjussi.

"Ahjussi... Terima kasih.., saya makan sekarang ye". Kataku dengan teruja.

"Rasa spaghetti ni awak tak akan boleh dapat dari tempat lain, sebab saya dah tambahkan cinta dan sayang tau dalam ni". Ahjussi tersenyum manis.

"Ahjussi ni, pandai je nak buat saya malu..". Kata aku dengan pipi kemerahan.

"Haha, bertambah cantik tau bila awak malu macam ni". Kata ahjussi dan tujukan finger heart kepada aku.

"Amboi pandai ye ahjussi, finger heart lagi tuu". Aduhai, makin cair la hati aku ni kalau hari-hari macam ni.

"Hahaha, Geum Bi yang ajarkan..". Ujar ahjussi lalu mengenyit sebelah mata.

"Sweet semacam je ahjussi harini, ade ape-ape ke ni?".

"Saya sweet dengan awak seorang je Ameena, sebelum ni saya mana reti ini semua". Ujar ahjussi dengan serius.

"Oh ye.. Boleh percaye ke ni..". Kataku sambil menghulur tupperware sandwich kepada ahjussi.

"Ya, betul..saya tak reti berbohong tau. Ameena, saya nak tanya awak sesuatu, boleh?".

"Ape ahjussi? Macam serius je".

"Hmm, awak pernah sakit ke?".

"Sakit? Maksud ahjussi?".

"Geum Bi beritahu nampak parut didada awak, dan awak beritahunya dulu awak sakit".

"Emm, ye.. Tapi sebelum ni la, sekarang dah okey selepas jalani pembedahan jantung 6 tahun lepas".

"Betul awak dah okey?".

"Aah dah okey, cuma ubat masih perlu diambil seperti biasa".

"Alhamdulillah kalau macam tu.. Saya risau betul bila Geum Bi beritahu. Sekarang awak jaga kesihatan ya, jaga makan dan bersenam. Saya boleh temankan awak buat semua tu". Ujar ahjussi bersungguh-sungguh.

"Ye baiklah ahjussi ku..". Sungguh aku terharu dengan sikap prihatin ahjussi terhadap kesihatan aku.

"Oh ya satu lagi Ameena.. Sampai bila awak nak panggil saya ahjussi? Panggil la saya oppa, barulah saya nampak muda sikit dan sepadan dengan awak".

"Hahaa, jangan mimpi ye AHJUSSI". Saje aku tekankan pada ahjussi tu.

"Tengok tuu..". Ahjussi buat muka merajuk.

"Buruknya orang tua merajuk...". Balasku pulak.

"Hahahahaa...". Kami ketawa bersama.

Kehadiran ahjussi dan Geum Bi dalam hidup aku betul-betul membuatkan aku bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience