Bab 13

Romance Completed 5236

2 bulan kemudian, hari-hari yang aku lalui makin bercorak dan berwarna-warni. Ahjussi cukup membahagiakan aku, malahan sejak akhir-akhir ni dia bertambah 'sweet'.

Beberapa hari ni, aku kurang sihat sikit selepas berhujan ketika balik dari kolej. Kebetulan pulak, haritu kereta dihantar ke bengkel untuk diservis.

"Wei korang, esok birthday ahjussi. Ape hadiah yang sesuai ek untuk umur macam dia?". Tanyaku kepada Put, Nina dan Ajwa.

"Bagi jam Meena". Jawab Nina.

"Kau bagi kemeja pon okey jugak wei". Kata Ajwa pula.

"Pendapat aku la, cuba kau buat something special sikit Meena. Macam dinner dekat restoran mewah pastu kau beli lah jam ke ape-ape ke"Ujar Put pula.

"Emm.., okey jugak cadangan kau Put. Tapi, esok siang korang kena temankan aku shopping laa".

"Setakat teman shopping apedehal Meena, macam kau tak tahu shopping tu hobi aku". Balas Nina.

"Hahaha, yela Datin Nina.. Shopping esok, suruh Dato payung ekk". Balasku.

"Aah, Datin.. Call Dato sekarang, suruh dia bankin banyak-banyak tau esok boleh payung aku sekali". Balas Ajwa pulak.

Bila jam menunjukkan 11:59 minit malam, aku call ahjussi yela nak jadi orang pertama yang wish birthday dia.

"Assalamualaikum Ameena..". Ahjussi memberi salam sebaik menjawab panggilan aku.

"Waalaikumussalam ahjussi". Aku menjawab salam.

"Ahjussiii..". Panggilku lagi.

"Ya saya.. Kenapa tak tidor lagi ni, kan tadi dah makan ubat demam".
Tepat 12 a.m aku pon nyanyi...,

??Saeng-il chughahamnida..
Saeng-il chughahamnida..
Saranghaneun ahjussi ui..
Saeng-il chughahamnida..??

"Saranghae ahjussi, neomu neomu saranghae..". Ucapku.

"Gomawo chagiya, naddo neomu neomu saranghae..". Balas ahjussi.

"Esok malam kita jumpe ye.., berdua. Saya ade surprise untuk ahjussi".

"Wah, okey.. Tak sabar pulak, dah lama orang tak surprisekan saya". Balas ahjussi.

"Hahaa, okey.. Esok malam kite jumpe tau, nanti saya hantar location dekat ahjussi".

"Baik.. Nanti jumpa disana ya..".

5 petang, habis je kelas kami terus ke mall isi perut dulu ape semua. Lepas tu baru la carikan hadiah untuk ahjussi, setelah dipikirkan akhirnye aku belikan ahjussi jam tangan.

"Weii, jom balik jom. Dah 6.30 ni..". Ajakku.

"Aah la.. Jom dah lewat ni Meena, kau nak bersiap ape semua lagi". Balas Nina.

Sampai dirumah, aku agak terkejar-kejar sikit. Nasiblah mall yang baru sebulan bukak tu 10 minit je dari rumah sewa kami.

"Wei korang hantar aku ke restoran, pastu korang bawak Geum Bi ye join korang tengok wayang..".

"Okey, seperti yang dirancang..". Balas Put.

Selepas solat maghrib, kami bertolak ke restoran yang aku buat tempahan. Ketika didalam kereta dada aku terasa sakit, kenapa ye atau mungkin sebab aku berdebar-debar nak jumpe ahjussi kerana ini merupakan date pertama kami berdua tanpa Geum Bi. Sampai di restoran..

"Meena, ahjussi kau dah sampai belum?". Tanya Put.

"Belum". Jawabku pendek.

Aku cuba tarik nafas, tetapi tak boleh sakit sangat. Aku bukak pintu kereta dan aku keluar perlahan-lahan, Ya Allah kenapa sekarang.. Tolong, tolong jangan sekarang. Aku melangkah dan hanya dengan beberapa langkah kecil aku rebah terduduk, tangan kananku memegang dada.

"Meena..., Meena kenapa ni??". Tanya Put.

"Dada aku.., aku tak boleh..bernafas..". Aku bagai tak cukup oksigen.

"Meena macam mana ni? Henfon kau mana? Aku call ahjussi ye..". Tanya Ajwa dengan cemas.

"Jangan, jangan call dia.. Tolong bawak aku..ke hospital.., sekarang". Tegahku dengan nafas tersekat-sekat.

Aku dibawa ke emergency room dan dengan bantuan oksigen, pernafasanku perlahan-lahan menjadi makin lancar juga kembali normal. Selepas keputusan xray keluar..

"Cik.. Berdasarkan keputusan xray yang kami ambil, pihak kami perlu melakukan full checkup pada Cik besok pagi. Jadi malam ni Cik akan dimasukkan ke wad dan juga Cik perlu berpuasa untuk checkup esok". Terang Doktor muda itu.

"Tapi.. Hmm, okey baiklah Doktor". Ujarku.

Atas permintaanku, aku ditempatkan dibilik perseorangan. Disini lebih menyelesakan kerana membolehkan aku untuk membuka tudung. Ya Allah, aku baru teringatkan ahjussi dan Geum Bi yang menunggu di restoran. Ape alasan aku nak bagi ni...

"Put, henfon aku mane ye??". Tanyaku pada Put yang duduk dikerusi bersebelah katil. Nina dan Ajwa tunggu diluar kerana tidak dibenarkan masuk.

"Takde lah, dalam beg aku pon takde ni. Mungkin dalam kereta agaknya..". Jawab Put sambil menyelongkar begnye.

"Macam mane ni?? Ahjussi wei, dah pukul 10 ni...".

"Allah.. Lupa pulak aku.., nah guna henfon aku". Put menghulur henfonnya kepadaku.

"Aku pergi tengok henfon kau kejap, ade tak dalam kereta". Tambah Put lagi.

"Okeyy..". Aku menekan- nekan nombor ahjussi.

"Hello, siapa? Ameena ke tu??". Tanya ahjussi sebaik mengangkat panggilan.

"Ahjussi...". Panggilku.

"Ya Allah Ameena.. Awak ke mana?? Saya call tak angkat, saya ke rumah sewa awak semua tiada. Saya betul-betul risau tahu tak".

"Ahjussi, maaf.. Saya mintak maaf sangat..".

"Awak ke mana??". Tanya ahjussi lagi.

"Saya.. Tak ni haa, kereta rosak". Aku berbohong.

"Rosak? Kenapa tak hubungi saya?".

"Maaf ahjussi, tak terpikir pulak. Lagipun kebetulan ade penunggang motor tolong call mekanik". Bohongku lagi.

"Maaf ahjussi, saya buat ahjussi dan Geum Bi tertunggu-tunggu".

"Ameena, tentang tunggu tu saya langsung tak kisah. Yang saya risaukan sangat tadi adalah keselamatan awak". Ujar ahjussi.

"Maaf ahjussi.., sebab buat ahjussi risau. Dan saya rasa bersalah sangat bila semua yang dirancang tak menjadi".

"Tak mengapa Ameena, hari lain pun awak boleh surprisekan saya. Cuma lainkali tolong hubungi saya dahulu Ameena, tak kira apa yang terjadi sekalipun. Saya tak marahkan awak, cuma tolong jangan buat saya risau seperti tadi".

"Ye ahjussi, maaf. Saya janji takkan buat lagi".

"Hmm yela. Awak dah sampai rumah belum? Kalau belum saya boleh pergi ambil".

"Emm dah.., dah ade dekat rumah ni.". Aku berbohong lagi dan lagi.

"Bagoslah kalau macam tu. Awak dah isyak ke ni?".

"Allah, belum lagi ahjussi...".

"Dah la, awak pergi solat dulu. Dah lewat sangat ni".

"Okey.. Esok bila habis je kelas, saya datang cafe ye".

Panggilan ditamatkan. Hmm, Ya Allah rasa bersalah pulak bohong ahjussi sampai macam ni sekali. Aku cuma taknak buat dia bertambah risau, aku yakin ape yang jadi malam ni cuma disebabkan aku kurang rehat dan agak stress dengan assignment yang berlambak.

Keesokan pagi, aku dibawa menjalani full checkup. Sementara menunggu keputusan checkup, Dr mahu aku memberitahu penjaga iaitu baba untuk datang ke hospital. Kerana terpaksa, aku pon call lah baba beritahunya tentang semalam.

"Assalamualaikum baba..". Aku memberi salam apabila baba mengangkat pangggilanku.

"Waalaikumussalam alongg.., anak baba sihat?".
"Emm ba, baba busy ke sekarang ni?".

"Tak.., baba baru habis meeting je ni. Kenapa sayang?".

"Baba, boleh datang sini tak sekarang".

"Along kenapa sebenarnya ni..??".

"Takde pape, cuma semalam along admit ward. So Doktor nak jumpe baba". Terangku dengan hati-hati.

"Ya Allah along.... Kenapa tak beritahu baba semalam? Sekarang along macam mana? Kenapa boleh admit ward ni?". Tanya baba bertubi-tubi.

"Baba.., jangan risau. Along demam je..".

"Allah.. Along..,hmm".

"Baba jangan la marah, along okey.. Baba datang ye".

"Ye, sejam lagi baba sampai. Along jaga diri baik-baik".

"Okey ba.. Drive leklok ye".

Aku sorang-sorang je dekat ward, dorang semua semalam aku suruh balik. Yela takkan dengan dorang sekali ponteng kelas. Sebab lapar sangat, aku berjalan ke cafe hospital. Jangan tanya aku pasal makanan hospital ye..

Setelah selesai bungkus nasi ayam dan sirap limau ikat tepi, aku perlahan-lahan berjalan ke wad.

"Aduhh kenapa dada aku ni, takkan jalan sikit pon dah semput kot..". Omelku.

Untuk sampai ke bilik, 2-3 kali aku berhenti rehat.

"Ya Allah, kenapa ape yang aku rasa sekarang sama macam waktu aku sakit dulu..".

Sampai je dibilik wad, aku naik ke katil untuk rehatkan diri sebentar.

"Along.., along sayang..".

Eh, suara baba. Aku tertidor ke...,aku membuka mata kelihatan baba di sisi katil.

"Baba... Along ingatkan nak rehat je tadi tapi tertidor pulak. Ni nasi dan air along beli kat cafe tak sempat makan pon lagi".

"Takpe, along bangun cuci muka selepas tu boleh makan. Demam along macam mana, dah okey ke sikit?". Tanya baba dan menekapkan tapak tangannya ke dahiku.

"Assalamualaikum..". Pintu diketuk dan dibuka, Doktor masuk memberi salam dan berjabat tangan dengan baba.

"Pakcik bapa Hawa Ameena ke?".

"Ye saya, Doktor ke yang mahu saya kesini?".

"Ye, result checkup dah keluar.. Jadi saya akan terangkan kepada pakcik dan anak pakcik akan sebab-sebab yang menyebabkan anak pakcik sukar untuk bernafas".

"Sukar bernafas? Semalam? Bukan anak saya demam ke Doktor?". Aku menundukkan kepala.

"Ye, semalam suhu badan dia tinggi sedikit dan dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas".

"Apa?! Jadi maksud doktor?". Tanya baba dengan terkejut.

"Ye, kesukaran bernafas sementara yang dihadapi anak pakcik semalam adalah kerana disebabkan keupayaan jantungnya untuk mengepam darah telah menurun". Terang Doktor.

"Jadi selepas membuat beberapa test keatas anak pakcik kami mendapati anak pakcik mempunyai edema pada kardiovaskular tisu dan terdapat keradangan yang luas juga kerosakan sel otot jantung..". Terang Doktor lagi.

"Jadi ini bermakna...?". Tanya baba.

"Ye, ini bermakna dia mengalami simptom penolakan". Jawab Doktor.

Aku hanya terdiam di katil tanpa bergerak seinci dan tanpa bersuara sepatah pun.

"Ya Allah... Kenapa sekarang Doktor??". Baba terduduk dikerusi, meraut mukanya dengan tapak tangan dan menyebut-nyebut kalimah Allah.

"Doktor, ape akan terjadi pada saya..???". Tanyaku setelah lama terdiam.

"Awak kena banyakkan bersabar, awak tak boleh stress ye". Doktor nasihatkan aku.

"Pakcik, saya keluar dulu ye. Insha Allah, ade jalannya pakcik".

'Ye, terima kasih Doktor".

"Along, sabar sayang. Kita kena pindah hospital ke hospital yang along selalu buat follow up".

"Along, tunggu baba settlekan urusan discharge ye sayang". Baba memeluk dan mencium rambutku.

Saat ini fikiran aku betul-betul terasa kosong, yang aku tahu adalah aku nak ke cafe sekarang jugak dan aku nak jumpe ahjussi. Aku turun dari katil dan melangkah perlahan-lahan keluar dari bilik. Di lobi hospital, aku berjalan tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"Along.., alongg". Baba memegang kedua bahuku.

"Baba, along nak jumpe ahjussi". Aku mula menangis.

"Along sakit sayang.. Along boleh pengsan dan tak sedarkan diri bila-bila masa je sayang. Jadi sekarang, along kena admit hospital sana sekarang jugak".

"Along nak jumpe ahjussi ba, please ba.. Dari semalam dia tunggu along ba..". Tangisanku makin kuat.

"Macam ni, along call je Luthfi ye sayang..". Pujuk baba lagi.

"Tak boleh ba, along taknak buat dia tertunggu-tunggu lagi. Along dah janji nak surprisekan birthday dia semalam tapi semua tak menjadi dan along ade sesuatu nak bagi pada dia ba.. Tolong along ba... Tolong...".

"Okey sayang, baba temankan along along je. Tapi sekejap je tau, lepas tu kita kena terus ke hospital". Akhirnya baba mengalah setelah diam seketika.

"Jom kita ke ward dulu, takkan along nak jumpe Luthfi dengan pakaian hospital..". Kata baba lagi.

Baba drive ke rumah sewa aku, sampai je aku terus masuk ke dalam mandi dan bersiap secepat yang boleh aku taknak buat baba menunggu lama. Tapi bergerakkan aku agak terbatas apabila kesakitan didada datang lagi. Tanpa membuang masa, aku mengambil kek dalam peti ais dan mencapai hadiah diatas meja.

"Baba, ke cafe Luthfi ye".

"Okey sayang..". Jawab baba. Dari kami kecik memang baba suka panggil kami adik beradik sayang, angah dan achik pon baba sayangkan.

"Baba, tunggu tau. Along jumpe Luthfi kejap je..". Kataku dan dibalas anggukan dari baba.

"Along, hati-hati ye". Dibalas pula anggukan dariku.

Aku berjalan masuk ke dalam cafe dan menuju ke meja disudut cafe. Bila ternampak akan aku, ahjussi terus datang ke meja dan duduk dihadapanku.

"Ameena..". Tegurnya.

"Ahjussi".

"Awal awak datang. Dah habis kelas ke?".

Aku mengangkat kotak kek di kerusi ke atas meja, aku bukak kotak dan mengeluarkan kek.

??Saeng-il chughahamnida..
Saeng-il chughahamnida..
Saranghaneun ahjussi ui..
Saeng-il chughahamnida..??

Aku mula menyanyi dengan nada yang sebak dan akhirnya airmataku menitis dipipi.

"Saranghae ahjussi..". Ucapku dengan airmata makin laju mengalir dipipi.

"Ameena kenapa sampai menangis ni?? Naddo saranghae.. Pasal semalam saya tak kisah, asalkan awak tak apa-apa". Pujuk ahjussi.

"Ahjussi, kalau nanti saya ade lukakan hati ahjussi. Ahjussi kena sentiasa ingat ye, yang saya akan sentiasa cintakan ahjussi..sampai bila-bila".

"Ameena, kenapa ni hmm?? Pucat saja muka awak ni. Awak tak sihat ke??". Tanya ahjussi kebimbangan.

"Tak, saya tak ape-ape. Saya sihat". Jawabku.

Aku bangun dari kerusi dan begitu juga ahjussi. Aku pandang dan renung muka ahjussi seketika, muka ahjussi nampak kerisauan.

"Ahjussi..., saranghae. Neomu-neomu saranghae..". Ucapku, aku cuba tahan airmata dari mengalir tapi makin laju pula.

"Ameena, kenapa ni? Hmm, tolong jangan buat saya risau macam ni".

Aku berjalan ke pintu masuk cafe, sebaik nampakku baba memandu kereta ke arah aku.

"Ameena.. Ameena..". Ahjussi memanggil dan mengejarku.

Aku terus masuk ke kereta dan mengunci pintu. Ahjussi menepuk-nepuk cermin pintu sebelah aku. Sebaik baba keluar dari kereta, ahjussi terus mendapatkan baba.

"Pakcik kenapa ni? Kenapa Ameena lain macam saja? Pakcik, pakcik tak merestui hubungan kami ke??".

"Luthfi.., pakcik restui hubungan kamu berdua. Hmm, mungkin Ameena ade alasannya sendiri. Pakcik minta diri dulu ye". Baba menepuk bahu ahjussi.

"Along okey ke sayang?". Tanya baba bila masuk ke dalam kereta.

"Along okey ba".

"Kita ke hospital ye?". Pertanyaan baba aku balas dengan anggukan.

Semakin jauh kereta bergerak dan meninggalkan ahjussi yang setia berdiri dihadapan cafe. Semakin kuat tangisanku kedengaran. Tiba-tiba sakit didada ku kembali menyerang. Allah, teramat sakit.

"Allah, argh..". Aku mengaduh, tanganku mencengkam dada.

"Along kenapa ni?? Sakit ke??".

"Arghh, ba sakit ba.. Sakit sangat". cengkaman tanganku makin kuat.

"Along sabar sayang..". Baba memberi signal ke kanan dan memberhentikan kereta dibahu jalan.

"Allah, sakitnya..". Aduhku lagi.

Baba keluar dari kereta dan berlari ke arah pintu sebelahku.

"Along.., along.. Ya Allah, along sayang kenapa ni???". Baba panik apabila membuka pintu baba dapati aku telah tidak sedarkan diri. Baba terus memecutkan kereta ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience