Bab 16

Romance Completed 5236

Petang ini aku dan ahjussi hanya bersantai dikatil, aku meletakkan kepalaku dibahu ahjussi dan tangan ahjussi memeluk tubuhku.

"Yeobo..".

"Ye buin, buin nak apa-apa ke?". Ahjussi pandangku.

"Yeobo, bila saya takde nanti..yeobo mesti kuat tau". Aku pandang mata ahjussi.

"Shh.. Buin tolong jangan cakap macamtu..". Ahjussi menggeleng-gelengkan kepala.

"Yeobo dan Geum Bi nanti jangan putus hubungan dengan family saya tau, teruskan hubungan kekeluargaan ni biarpun yeobo dah ada keluarga baru nanti".Ujarku lagi, ahjussi menundukkan kepala.

"Yeobo tak perlukan keluarga baru atau isteri baru, yeobo hanya perlukan buin untuk selamanya".

"Yeobo jangan macam tu, Geum Bi perlukan seorang ibu yang boleh berikannya kasih sayang".

"Kenapa yeobo? Yeobo dah tak sanggup harungi semua ni ke?". Ahjussi pandang ke dalam mataku.

"Saya sanggup hadapi semua ni, lebih lagi bila yeobo dan semua bersama saya. Saya juga nak bersama yeobo sampai ada anak, cucu dan hingga ke akhir hayat kita. Cuma, saya dapat rasakan yang diri saya dah tak mampu untuk tanggung kesakitan ni lagi".

"Buin.. Selagi yeobo ada, yeobo akan sentiasa bersama buin..jadi buin tolong kuat untuk yeobo..yeobo tak sanggup kehilangan buin..buin kena kuat ya..". Ahjussi menangis dan memeluk erat tubuhku.

Selesai solat isyak bersama Ameena, aku bangun bagi membantu membuka telekung Ameena.

"Yeobo, bawa buin ke katil". Ujar Ameena dengan nafas yang tak teratur, aku angkat tubuh kecilnya ke katil.

"Sabar buin, tarik nafas perlahan-lahan". Nasihatku dan menekan butang kecemasan.

Ameena memegang tanganku dengan erat, "Yeobo...". Kelihatan Ameena dalam kesakitan yang lebih teruk dari biasa.

Tengok akan nafasnya makin mencunggap-cunggap aku menekan butang kecemasan berkali-kali dan aku menjadi agak panik bila Ameena jatuh terbaring ke katil tak sedarkan diri dan monitor berbunyi nyaring.

"Buin..buinn..buinn..". Panggilan dariku tidak ada tindak balas dari Ameena.

Doktor Rahman, seorang Doktor muda dan nurse berlari masuk ke bilik, "Free her airway". Arah Doktor Rahman kepada seorang Doktor muda.

Doktor Rahman mula membuat CPR, menekan dada Ameena dengan kedua belah tangannya. Doktor muda mulai bagging untuk memberi pernafasan.

Ya Allah, bunyi nyaring yang berterusan dari monitor dan lihat akan keadaan Ameena sekarang benar-benar membuatkan hati aku sayu. Aku tak sanggup kehilangan dia, aku tak sanggup. Tolong Ya Allah, pinjamkanlah dia kepadaku lebih lama. Banyak janji-janji aku pada Ameena yang belum aku tunaikan lagi.

Tolong Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk membahagiakannya. Airmataku menitis laju di pipi.

Doktor Rahman tanpa henti terus menekan dada Ameena tapi paparan di monitor tetap tidak berubah.

"Nurse, defibrillator! Faster!". Ujar Doktor Rahman.

"200 joules charge". Kata Doktor Rahman

"200 joules charge". Jawab nurse.

"Shock!!". Ujar Doktor Rahman.

"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10!". Kiraan tekanan didada Ameena oleh Doktor muda.

Tapi monitor masih berbunyi tittttttttt.

"Shock!!". Lagi sekali Doktor Rahman memberi renjatan kepada Ameena.

"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,". Sampai tekanan ke tujuh monitor kembali berbunyi tit..tit..tit..tit..tit..

"I.C.U cepat, pindah ke I.C.U!". Arah Doktor Rahman.

Aku terduduk ke lantai, aku sujud syukur..aku bersyukur Ya Allah.., Engkau perkenankan doaku. Tangisanku tak berhenti, malah makin menjadi-jadi pula.

Aku mencapai henfon dimeja, terus aku dail nombor baba.

"Assalamualaikum Luthfi..".

"Waalaikumsalam, baba datang hospital sekarang". Ujarku dengan tangisan.

"Luthfi, kenapa dengan Ameena??". Suara baba bertukar cemas.

"Ameena, dipindah ke I.C.U..".

"Ya Allah anak aku, baba datang sekarang". Baba terus matikan panggilan.

Aku pula terus berlari ke ruangan I.C.U, tolong kuat buin tolong kuat untuk yeobo.

Hampir sejam menunggu, akhirnya Doktor Rahman keluar dari bilik I.C.U. Kami berlari ke arahnya..

"Doktor macam mana dengan Ameena???". Tanyaku dan Doktor Rahman memandangku dengan pandangan sayu.

"Rahman, kenapa Rahman? Bagaimana keadaan anak aku??". Baba pula tanya.

"Hmm, keadaan jantung dan paru-paru Ameena sekarang agak kritikal. Sekarang nama Ameena dalam list sebagai penerima pertama jika ada penderma yang mendermakan jantung. Hanafi, Luthfi.., untuk mengelakkan sebarang risiko Ameena perlu menjalani pemindahan jantung secepat mungkin". Terang Doktor Rahman.

Anggota badanku kaku, lidahku kelu..hanya airmata yang berjujuran tanpa henti. Kalaulah boleh mendermakan jantung dalam keadaan hidup sumpah akan aku dermakan jantung aku pada Ameena.

Dengan langkah longlai aku berjalan ke surau, hanya kepadaNya tempat untukku mengadu. Selesai solat hajat 8 rakaat, aku bersimpuh dan mengangkat kedua belah tangan merayu kepada yang Esa..agak panjang doaku kali ini, menangis merayu pada maha pencipta. Kami mengharapkan akan keajaiban dariMu Ya Allah.

Selesai berdoa, aku termenung seketika di sejadah.. Tiba-tiba bahuku ditepuk lembut dari belakang. Rupanya angah dan achik, mereka juga menangis sepertiku. Angah menghulurkan al-quran padaku, kami bertiga membaca yassin bersama-sama dengan linangan airmata.

Kakiku melangkah ke ruang menunggu I.C.U, aku pandang wajah semua..semua sedang bersedih. Wajah keluargaku, wajah ahli keluarga pesakit lain..semua sugul dan mata kemerahan kerana menangis. Ya, siapa sanggup kehilangan orang tersayang..

"Appa..". Geum Bi memeluk pinggangku.

"Ne, wae ttal?". Aku duduk menghadap Geum Bi.

"Appa, Geum Bi rindu omma..". Geum Bi menangis.

"Kalau Geum Bi rindu omma, Geum Bi kena banyakkan berdoa semoga omma cepat sembuh ya sayang". Ku peluk tubuh kecil anakku.

"Kalau Geum Bi selalu berdoa nanti omma cepat baik ya appa?".

"Ya, jadi Geum Bi kena la selalu doakan omma tau". Pujukku lagi.

"Baiklah appa".

"Ya Allah, sekarang omma Geum Bi sakit..tapi Geum Bi rindu omma, Geum Bi rindu nak makan bersama omma. Tolong lah Ya Allah, cepatlah omma baik dari sakit. Geum Bi taknak kehilangan omma, Geum Bi sayang omma sangat. Dulu Geum Bi sudah hilang omma, jadi omma baru ini Geum Bi taknak hilang lagi. Aminnn..". Geum Bi menangis.

"Omma akan sembuh sayang, omma akan sembuh". Aku peluk Geum Bi.

Aku masuk ke bilik I.C.U, setiap kali pandang tubuh kaku Ameena, dengan wayar ditubuh dan tiub di mulutnya hati aku benar-benar sayu dan sedih. Aku tak sanggup tengok dia dalam keadaan begini, hati aku teramat sakit.

Aku mengenggam erat jari jemari Ameena dan aku kucup, sungguh aku sememangnya tak sanggup kehilangan isteri yang amat ku cintai ini. Tetapi jika ini takdirnya Ya Allah, aku redha dan takkan sesekali hati ini mencari penggantinya. Hanya Hawa Ameena yang akan sentiasa dihatiku.

"Buin..., tolong kuat sayang. Kuatlah untuk yeopo, baba, adik-adik dan Geum Bi. Kami akan sentiasa bersama buin, buin mesti kuat ya. Yeobo tahu, isteri kesayangan yeobo ini seorang yang kuat semangat kan buin". Ku bisik di telinga Ameena.

"Tetapi..,kalau buin betul-betul dah tak larat dan tak sanggup untuk tanggung semua sakit ini lagi..tak mengapa yeobo faham. Yeobo akan redha dengan semua ketentuan ini, tetapi buin kena ingat yang yeobo akan sentiasa mencintai buin hingga akhir hayat yeobo. Yeobo tak mahukan pengganti, yeobo hanya perlukan buin seorang saja sayang". Bisikku lagi dan ku kucup lama dahi Ameena, airmata aku tak usah tanya memang dari tadi dah banjir dipipi.

Lama aku termenung disisi katil Ameena di bilik I.C.U, mataku tak lepas dari memandang wajah pucat isteri yang amat ku cintai ini..hati aku tak sanggup untuk tinggalkan Ameena keseorangan disini. Tanganku tak kuat untuk melepaskan jari jemari Ameena yang sejuk ini dan kakiku juga tak kuat untuk melangkah keluar dari bilik ini. Sungguh, aku juga tak sanggup melepaskan Ameena pergi dari dunia yang sementara ini..tetapi kalau itulah yang Allah S.W.T telah tetapkan, akan aku redha dengan segala ketentuanNya.

Doktor Rahman dan baba masuk ke bilik I.C.U dengan senyuman dibibir. Aku bangun dari kerusi..

"Luthfi.. Saya bawa berita baik untuk kamu". Ujar Doktor Rahman.

Aku pandang ke arah Doktor Rahman dan baba.., baba senyum dan menganggukkan kepalanya.

"Apa Doktor?? Apa berita baiknya??". Ujarku sedikit teruja.

"Luthfi, kita sudah ada penderma..". Jawab Doktor Rahman dan menepuk bahuku.

"Jadi operation ..?".

"Ya, operation akan dilakukan..kita sudah jumpa jantung yang sesuai untuk Ameena".

"Allah, alhamdulillah..". Airmataku hampir menitis.

"Sekarang saya sedang membuat persediaan untuk operation ini, dan operation akan dibuat tengahari esok".

Selepas beberapa persetujuan, baba dan Doktor Rahman keluar dari bilik I.C.U.

Aku merapatkan bibir ke telinga Ameena, "Buin.., kita sudah ada penderma yang sesuai. Jadi buin tolong bertahan ya, buin mesti kuat..perjuangan ini sikit saja lagi untuk sampai ke penghujungnya.. Buin jangan mengalah sayang, tolong bertahan untuk yeobo..buin kena kuat untuk esok, inshaAllah esok semuanya akan berakhir".

"Buin, dalam operation sebentar lagi buin kena kuat tau. Buin kena lawan semua rasa sakit tu. Yeobo akan iringi buin dengan doa sayang. Saranghae buin..". Ucapku dan ku kucup lama dahi Ameena.

Kami mengiringi Ameena yang ditolak ke operation room oleh beberapa orang nurse.

Selepas pintu dewan bedah tertutup, aku terus berjalan ke surau. Aku berharap operation ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Selepas beberapa jam, ketika kami semua berada di ruang menunggu hadapan operation room. Pintu dewan bedah terbuka, Doktor Rahman keluar dan semua mata memandang ke arahnya mengharapkan akan berita gembira.. Doktor Rahman tersenyum dan menganggukkan kepalanya, tanda operation telah berjaya.

Aku memeluk Geum Bi dan baba memeluk adik-adik iparku. Syukur Ya Allah..

"Ya operation ke atas Ameena telah berjaya, tanpa sebarang masalah". Ujar Doktor Rahman.

"Sekarang kita hanya perlu tunggu dan lihat kalau-kalau ada petanda rejection dan infection. Ameena mempunyai stamina yang kuat, saya percaya Ameena akan dapat menghadapinya". Tambah Doktor Rahman lagi.

"Alhamdulillah, terima kasih Rahman". Baba memeluk Doktor Rahman sahabat lamanya itu.

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu. Kerana permudahkan akan segalanya.

"Doktor bila kami boleh jumpa Ameena?". Tanyaku teruja, kalau boleh sekarang jugak aku mahu peluk tubuh Ameena.

"Sekarang Ameena akan dihantar ke I.C.U bagi memudahkan kami memantau keadaannya. Dia akan sedar dalam beberapa jam lagi, jadi seeloknya kamu semua pulang rehat dahulu".

"Baiklah, terima kasih Doktor". Aku berjabat tangan dengan Doktor Rahman.

"Baba bawak budak-budak balik dulu ye Luthfi, baba tahu kamu takkan mahu kalau baba ajak balik sama". Ujar baba tersenyum.

"Pandai baba.. Baba baliklah rehat dulu, datang esok pagi. Baba jangan risau, nanti apa-apa Luthfi akan hubungi baba ya. Kamu bertiga pun baliklah rehat, esokkan ada kelas". Ujarku kepada tiga orang sahabat baik Ameena.

"Ha yelah.., jom kita balik dulu, esok pagi kita datang lagi ya". Ujar baba kepada anak dan cucunya.

"Ye, kami balik dulu ye baba..pakcik.. Esok lepas kelas, kami datang". Jawab Puteri.

Setelah semua pergi dari situ, aku masuk ke bilik I.C.U.. "Nurse, bolehkan kalau saya masuk sekejap?".

"Ya boleh Encik..". Balas Nurse yang bertugas.

Aku pandang wajah Ameena ysng masih belum sedar itu, airmata gembira sudah jatuh ke pipi. Aku genggam tangan Ameena.

"Buin.. Terima kasih kerana tidak mengalah. Terima kasih kerana jadi seorang yang kuat. Dan terima kasih kerana tidak tinggalkan yeobo".

"Kita menang sayang, kita menang dalam perjuangan ini. Janji dengan yeobo, yang buin akan ada dengan yeobo sepanjang hayat yeobo". Aku mengucup tangan dan dahi Ameena.

Terima kasih Allah, terima kasih untuk segalanya.


****************

Tiga tahun telah berlalu...

Bila hari hujan diberanda inilah akan aku berdiri, memandang hujan yang menitis laju membuatkan aku terkenang akan arwah umi. Aku masih ingat lagi, waktu kecil dulu aku amat takut akan hujan dan guruh. Setiap kali aku menangis ketakutan, umi sentiasa memujukku dengan memelukku erat. Rindu, sungguh aku rindu akan pelukan hangat dari umi.

"Buin...". Ahjussi memelukku dari belakang.

"Buin rindu umi ya?". Tanya ahjussi dan mengeratkan pelukan.

"Emm, yeobo kenapa ye rindu itu menyakitkan..". Aku mula sebak, mengenangkan pemergian seseorang yang amat disayangi.

"Syhhh..., buin jangan sedih-sedih. Bila rindu umi, buin banyakkan berdoa untuk umi ya sayang". Ahjussi mengusap perutku yang berisi ini, ya kandunganku sudah masuk tujuh bulan.

Selepas tiga tahun, banyak yang telah berubah. Angah sudah bertunang dan akan menjadi suami awal tahun hadapan, achik sambung pelajaran dalam bidang medik di Universiti tempatan, adik pula baru tamat matrik. Geum Bi, sekarang sudah darjah 5 tahun depan akan duduki UPSR. Baba, alhamdulillah baba diberi kesihatan yang baik dan katanya mahu bersara bila aku bersalin nanti.

Puteri, Nina dan Ajwa.. Mereka bertiga bersama aku hingga kini, kami sentiasa berhubung walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing. Yela, semua sudah bergelar seorang isteri dan ibu.

Dan aku, aku telah tamat pengajian ijazahku. Sebelum hamil aku bantu ahjussi dicafe kerana ahjussi telah menambah cawangan cafenya. Tetapi sejak hamil ni, hmm terperap jela aku dirumah..isteri mithali katakan. Ahjussi, hmm hari ke hari perasaan cinta aku kepadanya makin bertambah..tak pernah berkurang walau sedikit pun.

"Buinn.. Termenung saja ni, ke berangan??". Tegur ahjussi yang masih setia memelukku.

"Hahaa, terberangan pulak yeobo. Hensem sangat ahjussi yang jadi hero dalam kdrama tadi. Terberangan sampai ke Pulau Nami dibuatnya". Usikku.

"Amboiii.., buin.. Ahjussi yang kat depan ni dah tak hensem ke..". Ahjussi memuncungkan mulutnya, merajuk lettew.

"Hahaa, ahjussi yang ni takde sapa boleh lawan tau.., No 1 dihati. Makin tua makin hensem". Aku mencubit manja pipi ahjussi.

"Tengok tuu, cakap yeobo tua pulak. I'm sweet 43 okayyy..".

"Alaaa, sweet sangat yeobo.. Dah macam terlebih sweet pulak, hahaha". Gelakku, dan kupeluk erat tubuh ahjussi. Terima kasih Ya Allah, terima kasih kurniaankan aku suami sehebat ini.

"Anak appa nanti mesti sweet macam appa kan..". Ahjussi menekapkan telinga dan mengusap lembut perutku.

"Assalamualaikum anak appa, Muhammad Luthfi Hamka. Duduk dalam jangan nakal-nakal tau, kesian omma penat jaga Geum Bi noona. Nanti anak appa n omma jadi anak yang soleh ya sayang". Aku mengusap lembut rambut ahjussi.

"Terima kasih buin..".

"Untuk apa yeobo..?".

"Terima kasih kerana berjuang untuk terus hidup, terima kasih kerana mencintai yeobo, terima kasih kerana sayang Geum Bi seperti anak kandung, terima kasih mengandungkan zuriat untuk yeobo, terima kasih sayang, terima kasih untuk segalanya". Ucap ahjussi sebak, aku perasan airmatanya mula mengalir.

"Buin pun nak ucap terima kasih sebab yeobo sentiasa berada di sisi buin... Dari awal perkenalan kita, ketika buin sakit dan hingga sekarang. Percayalah yeobo, hati buin selamanya untuk yeobo". Airmataku juga mula mengalir dipipi, airmata kebahagiaan. Aku peluk erat tubuh suami yang amat ku cintai ini.

Ya Allah, terima kasih atas segala rahmatMu kerana Engkau memutikkan rasa kasih dan cinta ini dalam hati kami berdua. SesungguhNya, Kaulah Yang Maha Menentu segala yang tersurat dan Maha Mengetahui segala yang tersirat.

Setiap perkataan amat bermakna bila kita bersama. Setiap saat amat indah bila kita berdua. Setiap kenangan yang mengusik amat berharga untuk dikenang. Setiap jiwa pasti tersentuh apabila mencintai dan di cintai...

"Saranghae ahjussi....".


~~~ T A M A T ~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience