Bab 1

Romance Completed 5236

Hawa Ameena menyeka airmata yang mengalir laju dipipi. Jubah kesayangan ibunya dibawa ke dada, seakan akan memeluk batang tubuh ibunya. Dibawa pula ke bibir, masih terasa haruman bau ibunya. Dan airmatanya semakin laju membasahi pipi.

Umi.......

Encik Hanafi yang berdiri dipintu bilik anaknya Hawa Ameena menarik nafasnya perlahan, menghembus juga perlahan apabila telinganya menangkap sayup-sayup suara tangisan anak sulungnya itu. Tiga bulan lepas, isterinya telah selamat dikebumikan. Dia sendiri dalam kesedihan cuma dia lebih matang menangani kesedihannya. Perlahan-lahan dibawa tubuhnya ke beranda. Sekadar duduk dikerusi, merenung kepekatan malam.

Isterinya Puan Faridah, telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap 2. Waktu itu, anaknya baru dua bulan membuka travel agency bersama sahabat sekuliahnya tapi anaknya membuat keputusan untuk menarik diri semata untuk menjaga ibunya. Selama isteri tercintanya sakit, anaknya lah yang menjaga segala keperluan isterinya.

Bukannya dia tidak mampu mengambil nurse untuk menjaga isterinya dirumah, tetapi anaknya yang mahu mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibunya. Dan hingga ke akhir hayat isterinya, Hawa Ameena lah yang taat berada disisi ibunya. Dia sebagai ayah harus melakukan sesuatu, dia tidak boleh membiarkan anaknya terus dalam kesedihan begitu.

"Ameena! Ya Allah lamanya tak jumpa kau babe. Aku rindu sangat-sangat dengan kau.". Tegur Mira yang baru keluar dari 7-eleven sambil memeluk erat tubuh Hawa Ameena.

"Aku rindu sangat nak lepak sama- sama wei. Kawan-kawan kita semua tanya pasal kau". Tambah Mira lagi.
"Miraaa, tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Ya wei aku pun rindukan kau dan kawan-kawan kita semua".

"Kau macam mana Meena, okey?". Soal Mira sambil merenung wajah sahabat karibnya dari zaman sekolah rendah itu.
"Alhamdulillah Mira, aku okey". Jawabku sambil tersenyum.

"Bagus lah, aku risau sangat pasal kau. Eh kau busy ke ni? Jom kita pergi minum, banyak yang aku nak borak dengan kau".

"Boleh, jom. Aku pon sama lama tak dengar pasal korang. Jom, kita minum tempat biasa".

"Eh Mira bukan ke kau duduk Lumut sekarang?". Soal aku


Mira menyedut fresh orange." Ya Meena, lepas khawin memang aku ikut Hafiz. Cuma sekarang dia belayar, jadi aku balik lah sini".

"Ohh, sorry sangat weh aku tak datang hari bahagia kau".

"Takpe Meena, aku faham. Eh apa perkembangan kau sekarang? Kerja kat mana?".

Aku menyedut sedikit green tea yang diorder tadi.

"Hmmm, aku sekarang kerja dengan baba. Tolong uruskan restoran makanan segera yang arwah umi usahakan". Jawabku dan fikiran kembali teringat akan perbualan dengan baba semalam.

"Along, taknak sambung degree ke? Bukan along ada bagitau umi yang along nak sambung belajar?" Soal Baba.

Aku hanya memandang baba seketika. "Ye baba, memang along nak sambung degree. Tapi nanti-nanti jelah".


"Baba rasa sekarang masa yang tepat, bulan depan ada kemasukan baru. Along jangan risau pasal restoran tu takpe, angah boleh handle. Achik dan adik pula Makmah ada tengokkan.

"Fikir masa depan along, ilmu ni tak merugikan. Malahan makin menjamin masa depan kita sendiri". Pujuk baba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience