Bab 6

Romance Completed 5236

Dua tiga hari ni, hati aku macam meronta-ronta je nak ke cafe ahjussi. Taktahu lah kenapa, tapi segan pulak nak pergi sorang-sorang. Hmmm, adakah ini dinamakan rindu? Hahaaa. Ajak adiklah, mesti dia nak ikut jumpa Geum Bi. Sejak dia jumpa Geum Bi haritu, hari-hari ajak aku ke cafe ahjussi.

Aku lompat turun dari katil dan terus berjalan ke bilik adik. "Adikkk!" Sergahku dari pintu yang terbuka.

"Aaaaaa!' Terjerit adik akibat terkejut.

"Hahahaaa, padan muka. Selalu kau kenakan along je. Hahaha". Gelakku kuat.

"Eeee along ni... Balas dendam nampak".

"Hahah, mestilah. Eh adik, jom keluar".

"Keluar? Pergi mana long? Kejap-kejap, macam pelik je ni..."

"Kenapa? Apa pulak yang pelik?". Tanyaku kehairanan.

"Hmmm, pelik la. Tiba-tiba pulak along ajak keluar. Selalu adik ajak, along bukan main payah lagi".

"Eh budak ni, nak ikut tak? Taknak takpe... Along nak jumpa GEUM BI ni". Saja aku tekankan pada nama Geum Bi.

" Hahh jumpa Geum Bi? Nak nakk... Nak ikut long..., nak jumpa si budak comel Geum Bi. Nakk....". Jawab adik dengan teruja.

"Ohh.. Along ingatkan taknak ikut tadi..".

"Eh nak la long... Tak sabarnya, nak jumpa Geum Bi. Kita nak jumpa dia kat mana ni long?".

"Kita pergi cafe ahjussi la, jumpa dia kat sana. Setengah jam lagi along turun bawah, kalau adik takde along tinggal. Okey?". Ugutku pula.

"Okey-okey, 25minit lagi adik turun".

Huhuu aku keluar dari bilik adik dengan senyuman lebar. Takde maknanya aku nak tinggalkan adik, segan oii nak pergi sorang-sorang. Aku sendiri pelik, sejak bila pulak aku jadi seorang pemalu ni.

"Alonggg..... Tadi bukan main lagi lambat tinggallah apa semua. Sekarang ni siapa yang lambat?" Marah adik berdiri depan pintu bilikku.

"Adik turun awal sangat ni...". Balasku sambil betulkan shawl.

"Awal apanya along ku sayang oii... Tadi cakap 30 minit, ni dah 15 minit lambat". Bentak adik.

"Yeke...?" Tanyaku sambil menoleh jam ditangan dan ternyata betul apa yang diperkatakan adik. "Oppss.., sorry. Tak perasan pulak dik. Hahaha sorry ye". Pujukku.

"Sorry.., sorry. Sorry naik lorry la long..".

"Apa pulak nak naik lori, elok-elok baba belikan along kereta. Kang along naik lori, merajuk pulak baby swift along tu..". Gurauku pula dan dibalas dengan jeliran dari adik.

"Haha.., jom jomm.. Along dah siap ni".

Harini kira hari bertuah bila aku dapat parking betul-betul depan cafe ahjussi. Dari dalam kereta lagi sudah kelihatan ahjussi yang berada di dalam. Terpandang je ahjussi dari jauh sudah cukup membuatkan hati aku berdebar-debar.

"Along jom la turun, tunggu apa lagi..".

"Haa jom jomm..". Ajakku dengan debaran yang makin mengganas dihati.

Kami berjalan ke dalam cafe, dari kejauhan jelas terlihat ahjussi sedang khusyuk membelek fail di satu meja di sudut cafe. Sedang asyik aku merenung ahjussi dengan debaran kian hebat tiba-tiba ahjussi mendongak dan pandangan mata kami terus bersatu. Pada saat itu, aku rasa seolah-olah dunia terhenti buat seketika. Huhuu.., sungguh lelaki ini betul-betul telah buat hati aku tak keruan. Aku melangkah kearah ahjussi apabila dia melambai-lambai sambil tersenyum manis.

"Hai..., Ameena. Khateeja". Sapa ahjussi dengan senyuman.

"Hai ahjussi..". Balas adik. Dan aku hanya berbalas senyuman dengan ahjussi.

"Kamu berduduk disini ya".

"Eh takpe ahjussi, kami duduk meja lain je. Menganggu ahjussi buat keje pulak". Ujarku.

"Tidak, kamu tidak menganggu. Kerja saya juga sudah selesai. Duduk ya, saya masuk simpan fail dulu dan panggil Geum Bi". Balas ahjussi sambil kemas failnya.

"Sejak jumpa di mall haritu, Geum Bi hari-hari suruh saya hubungi kamu. Dan dia tidak percaya bila saya bagitahu tiada nombor henfon kamu Ameena. Duduk ye, saya masuk sekejap". Tambah ahjussi lagi.

Patutlah beberapa harini hati aku meronta-ronta je nak datang sini. Jung Geum Bi, kanak-kanak yang sangat comel.

"Ahjumma..., unni...". Geum Bi berlari ke meja kami dengan senyuman gembira.

Geum Bi terus datang peluk aku dengan erat, saat tu aku terkedu seketika. "Ahjumma.., bogosipoyo.." Ucap Geum Bi dengan lembut. Lalu aku membalas pelukannya dengan lebih erat. "Bogosipo Geum Bi..." Bisikku pula.

Ketika sedang menunggu order disediakan, "Unni.., mahu lihat lukisan Geum Bi? Saya suka melukis..". Ujar Geum Bi dengan teruja.

"Iye ke? Mesti cantik lukisan Geum Bi". Kata adik.

"Emm, cantik... Jom ikut, Geum Bi tunjukkan". Kata Geum Bi dan menarik tangan adikku menuju ke sebuah pintu.

"Ameena... Gamsahamneeda".

"Waeyo ahjussi?".

"Emm.. Kerana layan kerenah Geum Bi dan peluknya tadi. Dan saya agak terkejut, kerana Geum Bi kebiasaannya tidak mahu memeluk atau dipeluk orang lain selain saya". Kata ahjussi dengan senyuman.

"Ohh.. Em.., ahjussi.. Maaf saya bertanya, mana ibu Geum Bi ye? Saya tak pernah nampak pulak". Tanyaku.

"Ibu Geum Bi.., ada di korea. Sebenarnya saya dan ibunya sudah perpisahan, setahun sebelum saya berhijrah ke Malaysia. Kiranya sudah 4 tahun, dan dia juga sudah berkahwin buat kali kedua". Terang ahjussi kepadaku.

"Ohh, mianhee ahjussi. Jadi hak penjagaan Geum Bi?".

"Gwenchana Ameena... Hak penjagaan Geum Bi sebenarnya keputusan court berpihak kepada ibunya. Tetapi 8 bulan selepas berpisah ibunya datang hantar Geum Bi kepada saya, katanya dia mahu kahwin. Geum Bi tidak dapat kasih sayang seorang ibu dari umur 4 tahun, dan dia membesar jadi seorang kanak-kanak yang susah untuk bermesra dengan orang sekeliling kecuali saya. Tetapi dengan kamu dan adikmu dia agak berlainan dan begitu cepat mesra". Terang ahjussi dengan panjang.

"Emm.. Kesian Geum Bi". Ujarku dengan mata berkaca. Ibu apakah sebegitu, sanggup tinggalkan anak kecil untuk berkahwin lain.

"Ahjumma... Ini lukisan Geum Bi. Cantikkan?". Geum Bi datang membawa lukisannya dan terus merangkul lenganku.

"Emm, cantik sayang. Cantik sangat, pandai Geum Bi melukis. Nanti ajar ahjumma ye.., ahjumma takreti melukis".

"Haha, okey nanti Geum Bi ajarkan ahjumma ya. Ajar ahjumma lukis cantik-cantik". Ujar Geum Bi dengan gelakkan kecil.

"Okey sayang..". Balasku dan mencium pipi kanan Geum Bi.

Ketika makan aku betul-betul terhibur dengan telatah Geum Bi. Banyak yang diceritanya, tentang sekolah.. kawan.. juga harabeoji, halmeoni, samchon, gomo dan sachonnya dikorea. Katanya mereka berhubung melalui skype.

Aku menoleh jam di tangan, ternyata hampir dua jam aku dan adik disini.

"Waeyo? Ahjumma sudah mahu balik ke?" Tanya Geum Bi selepas terlihatku merenung jam ditangan.

"Ye Geum Bi.. Ahjumma dan unni kena balik". Kataku dan Wajah Geum Bi berubah muram.

"Em takpe, nanti Ahjumma datang lagi okey..". Pujukku pula.

"Betul ni ahjumma?". Tanya Geum Bi mula tersenyum kembali.

"Ye.., yagsog". Kataku berjanji.

"Appa... Pinjam henfon". Ujar Geum sambil menadah tangan. Ahjussi yang dari tadi tersenyum memerhatikan kami mengeluarkan henfon dari kocek seluar terus diberi kepada Geum Bi.

"Ahjumma, nak nombor henfon. Nanti bila Geum Bi rindu, Geum Bi boleh hubungi ahjumma.."

"Okey sayang, 013658****".

"013658****, okey save (Yeoppo Ahjumma)". Dan henfonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. "Itu nombor appa, nanti ahjumma rindu Geum Bi dan appa.. Ahjumma hubungilah nombor itu ya".

Aku tersenyum dan memandang ahjussi yang juga sedang senyum. "Okey sayang, nanti bila ahjumma call Geum Bi angkat tau. Save (Jung Yong Joon Shi)".

"Ahjumma dan unni balik dulu tau..". Kataku lalu memeluk Geum Bi dan ku cium Geum Bi di kedua-dua belah pipi.

"Ne ahjumma..". Balas Geum Bi dan menciumku pula di kedua-dua pipi dan kemudian memeluk adik pula.

" Anyeonghi gyeseyo Geum Bi.. ahjussi".

"Anyeonghi gaseyo ahjumma.. unni..". Balas Geum Bi dikuti anggukan dari ahjussi.

"Bye-bye Geum Bi..". Balas adik pula.

"Hati-hati memandu ya Ameena..". Kata ahjussi disertakan dengan senyuman manisnya itu. Aku balas dengan anggukan dan juga senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience