Bab 8

Romance Completed 5236

Deringan kuat dari henfon menganggu tidorku. "Hadoii sape pulak call pagi-pagi ni, kacau betullah orang baru je terlelap". Rungutku bangun mengambil henfon diatas meja belajar.

"What Jung Yong Joon ahjussi??! Habislah aku, habislah...dengan suara baru bangun tidor lagi ni..".

"Hemm hemm..". Aku betulkan suara dan menekan answer. "Hello...".

"Ahjumma.... Ini Geum Bi..". Suara Geum Bi kedengaran agak ceria.

"Geum Bi, rindu ahjumma ye?".

"Ne, bogoshipo ahjumma...".

"Ahjumma pon rindu Geum Bi jugak.."Balasku. "Petang nanti kita jumpa kat cafe ye". Tambahku lagi.

"Betul ni ahjumma nak datang? Tanya Geum Bi teruja.

"Yee, ahjumma datang. Tapi ahjumma sorang jelah, Unni tak dapat ikut dia ade tuisyen".

"Oh.. Umm, petang ini Geum Bi peluk ahjumma banyak-banyak.. Nanti ahjumma tolong peluk unni untuk Geum Bi ya...".

"Hehe, okey sayang... Petang nanti kita peluk banyak-banyak ye".

Selepas menamatkan panggilan.. Aku lihat jam di henfon, sudah pukul 10 a.m. "Hmm rabak mata aku macam ni, 1 jam je dapat tidor". Aku kalau setakat makan tidor je kat rumah, malam memang akan susah tidor. Tapi kalau hari aku memenatkan sikit akan senang untuk aku tidor malam tu, letak kepala ke bantal 10 minit dah ke bulan.

"Hmm turun breakfast lah, lapar pulak". Aku ke bilik air untuk gosok gigi dan cuci muka. Mandi tu belakang cite lah, biasa la anak dara zaman moden. Kehkeh

"Morning ba.., tak keluar main golf ba harini?". Aku sapa baba yang tengah breakfast.

"Morning sayang.. Tak, harini baba nak rehat kat rumah je. Belum breakfast lagi ke? Jom join baba, bosan pulak makan sorang-sorang ni".

"Ohh. Haah belum ba. Lewat baba breakfast..".

"Haa lewat sikit, balik jogging tadi baba hantar adik dan angah ke pusat tuisyen".

"Oh patotlah..". Jawabku sambil mencedok mihun goreng ke pinggan.

"Semester baru bila mula?"

"Dalam 2 minggu lagi.. Baba.., lusa birthday adik along ingat nak celebrate dekat restoran je.. ke baba ade cadangan?".

"Hmm, okey jugak. Tapi along ajak la kawan baik adik sekali, Jasmin dan Windy biar meriah sikit".

"Okey ba, nanti along WhatsApp budak berdua tu".

Tepat pukul 3 p.m aku terus memecut ke cafe ahjussi, sebenarnya aku bukan rindukan Geum Bi je tapi bapak Geum Bi pon aku rindu jugak. Hahaha.. Selesai parking ketika turun keluar dari kereta kelihatan dari jauh Geum Bi mundar-mandir di depan pintu cafe.

"Kenapa pulak Geum Bi ni..". Omelku. "Geum Bi...". Panggilku.

Geum Bi menoleh dan terus berlari ke arahku dengan senyuman lebar. "Ahjumma....". Di peluknya tubuhku.

"Waeyo Geum Bi? Tanyaku dan membalas pelukannya.

"Bogoshipo ahjumma..".

"Ahjumma pon rindu Geum Bi sangat-sangat tau. Jom kita masuk ke cafe..". Ujarku lantas mendukung Geum Bi ke cafe.

"Ameena..". Ahjussi menyapaku.

"Ahjussi, anyeong..".

"Ameena jangan dilayankan sangat Geum Bi nanti terlampau manja pula dengan kamu..".

"Takpe ahjussi, saya tak kesah". Balasku tersenyum.

"Ameena duduk dulu, saya ambilkan minuman".

"Ahjumma, nanti selalu la datang sini ya. Geum Bi bosan melukis sorang-sorang".

"Okey sayang.. Haritu Geum Bi cakap nak ajarkan ahjumma melukiskan..?".

"Lupa pula.., sekejap ya Geum Bi masuk ambil peralatan melukis. Ahjumma tunggu tau..". Geum Bi berlari ke pintu.

"Geum Bi kemana?". Tanya ahjussi sambil meletakkan Caramel Ice Blended dan Tteokbokki dihadapanku.

"Saya belanja..". Kata ahjussi tersenyum bila lihat aku terdiam.

"Gamsahamneeda ahjussi.. Saya ni menyusahkan ahjussi pulak".

"Tak mengapa Ameena, sebenarnya ini untuk berterima kasih pada kamu. Kerana kamu telah melayan Geum Bi dengan baik.. Sejak kami datang ke Malaysia Geum Bi tidak pernah rapat dengan sesiapa selain kamu".

"Emm, saya melayan Geum Bi dengan ikhlas ahjussi. Saya kehilangan ibu 2 tahun lepas ketika berumur 22 tahun tapi kehilangan tu betul-betul meninggalkan kesan yang cukup besar pada diri saya. Jadi saya tak boleh bayangkan perasaan Geum Bi apabila hilang kasih sayang seorang ibu pada umur 4 tahun..".

"Ahjumma...". Panggil Geum Bi sambil membawa peralatan melukisnya.
. "Geum Bi, cepat ahjumma dah tak sabar nak belajar melukis. Wah besarnya kotak pencil warna Geum Bi".

"Appa yang belikan sebab Geum Bi suka melukis dan mewarna.. kan appa?".

"Ya, Geum Bi lukis cantik sangat.. Sebab itu appa belikan yang besar untuk anak kesayangan appa". Puji ahjussi.

Hampir maghrib aku mintak diri untuk balik, aku seronok sangat dapat melayan Geum Bi. Masa-masa yang terluang bersama dengan Geum Bi penuh terisi dengan gelak tawanya.

Dalam perjalanan balik, aku singgah beli nasi lemak sambal kerang kat tempat fav aku. Nasi lemak aku suka makan waktu malam, lagipon untuk burung hantu macam aku ni tengah-tengah malam memang selalu kebulur. Selalunya makan biskut kering takpun meggi je. Harini special sikit, nasi lemak sambal kerang. Siap membeli aku berjalan ke kereta, tiba-tiba ade orang panggil aku dari belakang.

"Ameena....".

Aku menoleh seketika, kemudian aku kembali berjalan dengan lajuu. Hish kenapalah boleh terjumpe kat sini pulak.

"Ameena, tunggu..". Panggilnya lagi dan menarik tangan aku untuk berhenti.

"Ape??! Kau nak ape?". Marahku.

"Tolong.., Meena. Maafkan abang, abang sedar abang salah.. Abang tak sepatotnya cakap macamtu waktu tuu. Abang mintak maaf Meena".

"Dah habis? Lepaslah tangan aku, aku nak balik".

"Okey-okey abang lepaskan... Sayang maafkan abang ye..". Pujuk Danny lagi.

"Heii ape benda kau ni..., panggil-panggil aku sayang pulak...". Marahku

"Okey, Meena jom kita minum dulu.. Sinikan tempat fav kita dulu, kita selalu datang makan nasi lemak kat sini".

"kau tak payah nak throwback sangat Danny, semua kenangan dengan kau sikit pon aku tak hingin ingat". Marahku lagi dan aku terus masuk ke dalam kereta.

"Meena drive elok-elok ye, malam nanti abang call".

Aku hidupkan enjin dan terus pecut dari situ.. Hadoi menyesal pulak singgah beli nasi lemak. Macam mana aku boleh lupe tempat ni bukan fav untuk aku je tapi untuk Danny jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience