Bab 14

Romance Completed 5236

Ya Allah, selamatkanlah anakku. Along bertahan sayang, along kena kuat. Sampainya di hospital, along ditolak ke ruang kecemasan. Ya Allah, kau berilah anakku kekuatan untuk melawan sakitnya.

Setelah 30 minit menunggu, akhirnya aku dipanggil. Aku masuk ke ruang kecemasan, kelihatan Doktor Rahman sedang merawat along. Doktor Rahman adalah doktor yang melakukan pembedahan ke atas along 7 tahun lepas dan dia jugalah doktor yang follow up kes along dari dulu lagi.

"Hanafi..". Rahman menegurku.

"Rahman, bagaimana dengan anak aku?".

"Dari fail yang kau bawak dari hospital gov ni.., memang betullah akan kewujudan simptom penolakan. Sekarang alhamdulillah Ameena okey, cuma dia tak boleh berterus tertekan macam ni. Ini akan memburukkan lagi kesihatannya". Terang Rahman.

"Kau sebagai baba dia, kau kena kuat Hanafi. Sekarang dah tak sama lagi, dulu takpe arwah Faridah ada selalu bagi Ameena semangat".

Hmm, benar apa yang diperkatakan Rahman. Aku seharusnya kuat, aku tak boleh lemah. Aku kena kuat untuk anak-anak aku, aku kena kuat seperti mana Faridah ketika menjaga along dulu. Dia tidak pernah sekalipun menitiskan airmata depan along, sedangkan dihadapan aku lah dia menangis tersedu-sedu dan meluahkan betapa remuknya hati dia bila melihat keadaan along waktu itu.

"Baba..".

"Along, along dah sedar sayang?".

"Emm..". Along tersenyum.

"Sekarang macam mana, along okey?".

"Okey ba".

"Alhamdulillah, anak baba memang kuat". Aku mengucup kepala anakku.

"Along lapar tak?".

"Tak, along nak air je ba".

"Okey, kejap ye. Nah, minum pelan-pelan sayang".

"Ba, baba balik la. Along okey, along rehat".

"Takpe, along rehat je. Baba dah call angah, suruh datang tengokkan along kejap. Baba nak ke ofis settlekan kerja2 baba yang penting, lepastu balik ambil pakaian dan datang sini temankan along. Dulu umi yang jaga along, kali bagi baba pulak jaga along ye sayang".

"Em, menyusahkan baba pulak. Takpe ba, along okey baba jangan risau".

"Takde menyusahkan along, kalau baba pergi ofis sekalipun hati baba takkan tenang bila tinggalkan along disini".

"Okeylah, maaf ba".

"Dah along rehat ye, jangan banyak pikir lagi".

Dah 4 hari aku kat hospital, dan 4 hari jugaklah ahjussi tak henti-henti call dan text aku. Semua tanya aku, kenapa buat ahjussi macam tu sedangkan ahjussi layak untuk tahu akan condition aku sekarang. Hmm, aku sendiri taktahu kenapa aku buat macam tu, aku bagai lukakan hati aku sendiri setiap kali aku ignore panggilan dan text dari ahjussi.

Aku naik ke katil dan baring, aku dapat rasakan bahawa jantung aku makin lemah. Jalan ke tandas yang hanya dihadapan katil sudah cukup membuatkan dada aku sakit. Aku memejamkan, terdengar pintu dibuka mungkin baba sudah selesai berbincang dengan Doktor Rahman.

"Doktor Rahman busy ke ba? Sekejap aje baba pergi jumpe dia". Tanyaku tanpa membuka mata.

"Along tidor kejap ek ba..".

"Hmm..". Kedengaran kerusi disisi katilku ditarik.

Kenapa baba ni, senyap je. Selalu tak macam ni.. Aku membuka mata.

"Ahjussi". Sebaik membuka mata aku terpandang akan ahjussi yang duduk dikerusi.

"Ahjussi kenapa boleh ade disini??". Aku bangun dari pembaringan.

"Sampai bila awak taknak jawab panggilan dan text dari saya Ameena?". Ahjussi bersuara.

"Saya tak penting ke untuk awak Ameena? Sampaikan perkara sepenting ini pun awak taknak kongsi dengan saya".

Dari suara ahjussi aku tahu, aku tahu yang dia betul-betul kecewa dengan tindakan yang telah aku buat.

"Ameena, awak ingatkan apa yang awak pesan pada saya. Awak cakap, kalau nanti awak lukakan hati saya..saya kena ingat bahawa awak akan sentiasa cintakan saya. Dan saya ingat akan pesanan awak Ameena, 4 hari ni saya sentiasa ingatkan diri saya untuk tidak bersangka buruk terhadap awak". Airmata ahjussi mula menitis.

Aku cuba menahan perasaan sebaik mungkin agar airmataku tidak jatuh ke pipi. Aku berpaling ke arah kiri, kerana tidak mahu bertentang mata dengan ahjussi di sisi kananku. Aku tahu, kalau pandangan mata kami bersatu sudah tentu airmata aku akan mengalir laju.

"Ameena, awak juga perlu tahu..saya tak pernah mencintai sesiapa sedalam cinta saya pada awak". Ujar ahjussi selepas melihat akan respon dingin dari aku, ahjussi melangkah keluar dari bilik dengan langkah longlai.

Sebaik sahaja pintu ditutup dari luar oleh ahjussi, aku seakan tersedar akan kesilapanku. Dengan pantas aku turun dari katil, membuka pintu dan berlari mahu mengejar ahjussi. Tetapi dengan hanya beberapa langkah, sakit didadaku kembali menyerang lagi. Tanganku mencengkam dada dengan kuat, aku lihat ahjussi semakin jauh dan jauh.

"Ahjussi..". Panggilku.

"Ahjussi!!" Jeritku sedikit kuat, serentak dengan itu sakit didadaku amat menyakitkan malah jantungku bagai diramas-ramas dan pandanganku mula kabur.

Dengan pandangan yang kabur, aku nampak yang ahjussi berpatah balik dan berlari ke arahku kemudian pandangan aku terus gelap.

"Ameenaaa!!".

Setelah didapati tidak sedarkan diri dan tiada tindak balas, Ameena ditolak masuk ke bilik I.C.U. Ya Allah tolong, aku tak sanggup kehilangan dia. Aku bermohon padaMu Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk membahagiakannya. Akan aku bersamanya harungi setiap ujian-ujian dariMu Ya Allah, aku berdoa pada yang Satu kerana hanya itu yang mampuku lakukan saat ini.

Doktor Rahman keluar dari bilik I.C.U, wajah sugulnya membimbangkanku kalau-kalau berita buruk dibawanya.

"Rahman, macam mana dengan anak aku??". Pakcik menerpa pada Doktor Rahman dengan wajah kebimbangan.

"Hanafi, aku dah berikan Ameena shock treatment dengan immunosuppressant. Jadi jika ia berhasil, maksud aku jika fungsi jantung Ameena bertambah baik..inshaAllah dia akan sedar. Jadi sekarang, kau dan semua banyak-banyakkanlah berdoa dan bermohonlah kepada yang Esa agar mempermudahkan segalanya".

"Tapi kalau rawatan yang uncle berikan tak berhasil? Ape yang akan jadi pada along?". Tanya Khateeja dengan linangan airmata.

"Adik, adik tak boleh fikir macam tu sayang. Adik kena fikir positif, lagipun adik sendiri tahukan along bukan seorang yang cepat mengalah, along kuat sayang..along akan lawan semua". Pakcik Hanafi menjawab pertanyaan Khateeja.

"Dan Uncle Rahman juga akan melakukan apa sahaja rawatan yang perlu untuk membantu along adik, sehinggalah along dapat jantung baru dari penderma". Jawab Doktor Rahman pula.

"Hanafi..masuklah ke dalam dan jumpa anak kau, banyak kemungkinan yang mungkin akan terjadi". Terang Doktor Rahman pada pakcik Hanafi dengan suara perlahan dan dia menepuk-nepuk bahu pakcik sebelum beredar dari situ.

Pakcik Hanafi berjalan masuk ke bilik I.C.U dengan langkah longlai. Aku jatuh terduduk ke lantai.., sungguh aku tak sanggup kehilangan Ameena.. walaupun hubungan kami masih baru beberapa bulan tetapi kehadiran Ameena dalam hidup aku sudah cukup memenuhi setiap ruangan dalam hatiku.

Apabila pakcik Hanafi keluar dari ruangan I.C.U, aku pula mengambil peluang untuk masuk berjumpa Ameena. Setelah dipakaikan pakaian khas, aku berjalan masuk ke ruangan Ameena ditempatkan. Allah, sayu hati aku bila melihat akan keadaannya yang penuh wayar didada dan mulut. Airmataku jatuh ke pipi, sungguh aku tak sanggup lihat Ameena dalam keadaan sebegini.

Tanganku yang tersarung glove aku pegang jari jemari Ameena, aku genggam kuat seolah-olah memberi kekuatan padanya. Airmata aku mengalir laju.

"Ameena, saya ni Luthfi..ahjussi awak. Awak kuatkan semangat ya, awak tak boleh cepat berputus asa tau. Saya, Geum Bi, baba, angah, achik, adik, Puteri, Nina, Ajwa dan MakMah semua ada bersama awak sekarang. Semua berdoa untuk awak supaya awak terus kuat dan cepat sedar. Saya juga ada sesuatu mahu bagi awak, jadi awak mesti sedar ya. Awak mesti lawan semua rasa sakit tu, tolong sedar ya bakal isteri saya. Saranghae chagiya, neomu neomu saranghae".

Aku keluar dari ruangan I.C.U dengan tangisan yang masih tersisa. Aku terus melangkah ke surau hospital, sekarang apa yang aku perlu lakukan adalah terus berdoa.

Selepas menunaikan solat hajat, aku mengangkat dan menadah kedua belah tangan berdoa pada yang Esa. Dengan airmata yang berjujuran, aku merayu-merayu memohon pada yang Esa agar diberikan Ameena kekuatan untuk melawan sakit-sakitnya. Moga dipanjangkan umur Ameena, kerana dia merupakan sumber kekuatan pada keluarganya dan juga diri aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience