Bab 10

Romance Completed 5236

Apabila jam tepat pukul 3 p.m, aku, Geum dan adik bergerak ke cafe. Aku seronok sangat tengok Geum Bi ketawa gembira. Aku harap kehadiran kami sekeluarga dalam hidupnya, sikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dihati dia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Semasa turun dari kereta, henfon berdering menandakan ade panggilan masuk.

"Hmm nombor baru lagi.. Memang tak serik la si Danny ni, bulan ni je dah 3 nombor dia aku block". Omelku sendirian.

"Kenapa long? Tanya adik.

"Takde pape, jom..". Aku pimpin Geum Bi ke cafe. Tetapi ketika dihadapan cafe, tiba-tiba tangan aku ditarik kuat dari belakang.

"Ya Allah..". Sungguh aku terkejut. Danny tarik aku dari situ, aku cuba melawan tapi tak termampu.

"Alonggg...". Jerit adik.

"Ahjumma...". Jerit Geum Bi pula.

"Abang Danny jangan buat along macam tu..". Jerit adik lagi.

"Adik.., bawak Geum Bi masuk dalam".

"Tapi alonggg...".

"Takpe along okey, masuk cepat". Adik dan Geum Bi berlari kedalam cafe.

"Lepaslahh... Sakit..". Marahku. Danny menarik aku ke keretanya.

"Ohh sakit, hati aku ni lagi sakit bila tengok kau dengan jantan tak guna tu!!". Jerit Danny dan menunjuk ke cafe.

"Masuk cepat!!!". Tengking Danny.

"Aku taknaklah... Kau tak paham bahasa ke?! Aku benci kau.., aku benci!!!". Jeritku pula.

"Ahjussi..., ahjussi..". Adik melilau cari ahjussi dicafe tetapi tidak kelihatan.

"Unni.., mungkin appa di kitchen". Ujar Geum Bi menuju ke kitchen diikuti adik.

"Appa...". Geum Bi menjerit memanggil ahjussi.

"Yaa Geum Bi.. Wae? Waeyo?". Kelam kabut ahjussi bila terlihat wajah cemas adik dan Geum Bi.

"Ahjussi... Tolong, tolong alongg.. Abang Danny dia tarik along..dia". Belum habis adik bercakap ahjussi terus berlari keluar.

Beberapa orang awam cuba membantu aku, tapi terus berlari ketepi bila ditengking Danny.

"Masuk! Aku kata masuk!".

"Aku taknak lah b*d*h! Lepaskan aku!". Jeritku pula.

"Kau ni memang nak kena penampar aku". Jeritnya dengan menghayunkan tangan untuk menamparku.

"Lepaskan dia!" Jerit ahjussi dengan tegas.

"Ohh hero dah datang...". Danny tersenyum sinis.

"Ahjussi tolong...". Aku memanggil dengan perasaan sebak, kami berpandangan seketika.

"Tolong lepaskan Ameena..". Ahjussi merayu.

"Kalau aku taknak macam mane? Ape kau boleh buat hah?!!".

"Dah kau berambos! Ini urusan aku dengan dia..". Jerit Danny lagi.

"Hmm, tak elok macam ni. Apa yang sedang kamu buat itu telah menyakiti Ameena..". Pujuk ahjussi.

"Heii orang tua ni banyak bunyi pulak dah...".

"Okey macam ni lah, kalau kamu tak mahu lepaskan tidak mengapa. Tetapi saya tidak akan berpeluk tubuh saja, saya akan hubungi pihak polis dan mungkin kita boleh sambung bercakap di balai..".

"Kau tak payah nak gertak aku laa, kau ingat aku heran dengan polis!".

"Okey lah kalau begitu..". Ahjussi mengeluarkan henfon dari kocek dan mula menekan nombor kecemasan 999. Ahjussi tunjukkan skrin henfon kepada Danny dan jarinya menekan dail.

"Okey... Harini kau menang.. Tapi kau ingat Meena, aku takkan lepaskan kau..sampai bila-bila..". Ugut Danny masuk ke kereta dan terus memecut pergi.

Aku jatuh melutut ke tanah, sungguh aku tak sangka Danny yang dulu aku kenal seorang yang sangat menghormati kaum wanita telah berubah jadi seorang yang agresif.

"Ameena..., kamu okey? Ada cedera mana-mana ke?". Tanya ahjussi kerisauan.

"Saya okey ahjussi..". Ahjussi memapahku bangun dan kami berjalan ke cafe.

"Alonggg....". Adik dan Geum Bi terus memelukku.

"Adik..,dah. Along okey lah..". Pujukku.

"Ameena tuam pergelangan tangan kamu, lebam teruk tu". Ahjussi menghulurkan mangkuk berisi ais dan tuala.

"Terima kasih ahjussi, terima kasih sebab tolong saya..". Kataku dengan sebak.

"Em, tak mengapa. Saya rasa kamu perlu buat laporan polis. Ini boleh membahayakan keselamatan kamu".

"Takpe ahjussi, biarkan jelah. Saya taknak besarkan perkara ni..".

"Tapi Ameena, perkara ni tak boleh dibiarkan macam tu saja..".

"Hmm, ahjussi bagi saya pikir dulu. Kalau boleh saya taknak keruhkan lagi keadaan". Ujarku.

"Ahjussi, saya mintak diri dulu ye. Terima kasih bantu saya tadi..". Ujarku lagi dan senyuman.

"Ya baiklah.. Kamu hati-hati memandu ya..". Pesanan ahjussi dibalas anggukan lemah dari aku.

"Sayang.., ahjumma balik dulu ye. Nanti ahjumma datang lagi tau". Ujarku kepada Geum Bi yang terdiam dari tadi, agaknya dia terkejut dengan ape yang dilihat.

"Ne ahjumma.., saranghae..". Ujar Geum Bi lalu mencium pipiku, aku memeluk tubuh Geum Bi dan mencium pipinya kembali.

Aku melangkah ke kereta dengan langkah longlai, sungguh aku agak terkejut dengan ape yang terjadi. Perasaan aku sekarang bercampur-baur, marah, terkejut, sedih semua ade. Perjalanan pulang ke rumah ditemani lagu-lagu di radio, adik hanya diam membisu mungkin dia jugak terkejut dengan perubahan sikap Danny yang dulu selalu manjakannya.

Selepas solat maghrib dan bacaan yassin aku terus ke bilik, aku rasa sengal-sengal badan dan kepala pula berdenyut-denyut. Nak demam agaknya ni, aku baring di katil dan terus terlena.

"Along tak turun lagi? Adik panggilkan along sayang, turun dinner". Kata baba di meja makan.

"Baik ba". Balas adik bangun menuju ke lif.

"Along.., along..". Adik menepuk lembut bahuku.

"Baba suruh turun dinner.., jom..".

"Hmm, adik cakap kat baba along tak lapar ye. Cakap lagi along penat sikit harini, along nak tidor". Ajarku pada adik.

"Em, along okey tak ni?".

"Along okey. Along nak tidor kejap, adik turun la makan".

"Kalau along nak ape-ape, along miscall je adik. Nanti adik datang bilik along tau..".

"Okey adik". Jawabku dengan mata tertutup.

"Adik turun dulu". Berjalan keluar dan menutup pintu.

"Mane along dik..?". Tanya angah bila lihat adik turun berseorangan.

"Emm.. Along dah kenyang.., dia nak tidor".

"Tidor?? Macam pelik je, awal pulak along tidor. Isyak pon belum lagi ni..". Kata angah lagi.

"Along okey ke adik?". Tanya baba

"Em emm, okey ba". Jawab adik teragak-agak.

"Hmm, achik baca doa".

Selesai makan malam, aku ke bilik along, hati ni tak tenang selagi tak tengok sendiri samada dia okey atau tidak. "Tok tok tok.., along baba masuk ye..". Hmm tidor agaknya along ni, aku membuka pintu.

Kelihatan along baring di katil dengan selimut ke dada. "Along.., sayang. Kenapa ni? Tak sihat ke?". Tanyaku bila lihat muka pucat along.

"Along sayang.., along..". Kejutku dengan menepuk-nepuk lembut pipinya.

"Ya Allah, panas sangat ni badan anak aku".

"Along...sayang...". Kejutku lagi.

"Em, baba..". Akhirnya along menyahut.

"Bukak mata sayang..".

"Kepala dan badan along sakit sangat ba..". Balas along dengan linangan airmata.

"Along sabar sayang..., baba call Uncle Man". Azman adalah rakan karibku dan merangkap doktor peribadi keluarga aku. Aku berlari ke lif..

"Makmah.., makmah..". Panggilku dengan suara sedikit kuat.

"Ye.. ye, kenapa Hanafi? Kenapa cemas sangat ni?". Makmah datang dari biliknya.

"Makmah, tolong tengokkan along kat atas. Letakkan tuala basah didahi dan lapkan badan dia, dia demam badannya panas sangat".

"Ya Allah.., baiklah. Makmah ke atas sekarang".

Aku mencapai henfon di meja terus mendail nombor Azman. "Hello, assalamualaikum Man. Kau busy ke? Tolong datang rumah aku sekarang. Along deman, panas sangat badannya tu". Kataku panjang lebar.

"Waalaikumussalam, okey-okey aku datang sekarang. Kau buat dulu ape yang patot ye, 15 minit lagi aku sampai".

"Ha yelah yelah..". Selepas panggilan ditamatkan aku ke bilik along.

Kelihatan Makmah mengelap badan along, "Hanafi, kamu cuba tengok ni..". Panggilnya bila ternampak aku dipintu.

"Kenapa Makmah??".

"Ni kamu tengok, pergelangan tangan along lebam teruk.. ".

"Ya Allah, teruk ni..". Aku membelek-belek tangan along.

"Ni dekat badan pon ade Nafi..". Kata Makmah lagi.

"Kenapa sampai macam ni sekali.., kena pulak ni??".

"Along.., along... Kenapa lebam-lebam ni, along..???". Aku kejutkan along.

"Alongg, ni kenapa ni..?". Tanyaku lagi bila along terjaga dari tidornya.

"Baba.. Uncle Man dah sampai". Ujar adik yang berada dipintu bersama Azman.

"Along.. demam ye". Azman menyapa along dan kami berjabat tangan.

"Kenapa ni?". Azman memandang aku bila terlihat kesan lebam dan aku hanya mengeleng.

"Adik.., ikut baba". Kataku bila melihat adik cemas.

Dibilik kerja aku, "Adik, tadi adik ikut along hantar Geum Bi kan?".

"Ikut". Adik jawab pendek.

"Jadi adik tahu lah?".

"Ape maksud baba..?".

"Adik, jangan nak berdolak-dalih dengan baba sayang. Ape yang jadi dekat along? kenapa badan along lebam sana-sini??".

"Em, tadi..masa depan cafe ayah Geum Bi..abang Danny, dia..dia tarik along..dia marah-marah along.., dia tengking along ba..".

"Ya Allah, lepas tu ape jadi? Kenapa Danny buat along sampai macam tu sekali..?".

"Lepas tu..along suruh adik dan Geum Bi masuk ke cafe..adik masuk cari ayah Geum, adik bagitahu ape yang jadi.. Ayah Geum Bi terus berlari ke luar, kami tengok abang Danny paksa-paksa dan tengking along suruh masuk kereta..tapi along taknak".

"Sampai situ je adik tahu ba, ayah Geum Bi suruh kami masuk dalam cafe. 10minit lepastu, dia papah along ke cafe". Tambah adik lagi.

Ya Allah, sungguh hati aku sakit bila dengar ape yang diperkatakan adik. Kalau diikutkan hati yang tengah panas ni, sekarang jugak aku heret si budak bedebah tu ke balai.

"Hmm, dah. Jom kita ke bilik along". Ujarku sambil mengusap lembut kepala adik.

Sampai dibilik along, kelihatan angah dan achik juga berada disitu. Selesai merawat along, Azman datang kepada aku.

"Aku dah bagi ubat, sekarang kau perlu pantau suhu badan along. Kalau boleh, selalu lapkan badan dia dengan tuala basah. Dan kalau tengah malam nanti suhu tak turun-turun jugak, kau bawak along ke klinik aku". Terang Azman kepadaku.

"Angah, ni senarai ubat. Angah pergi klinik Uncle ambik ubat sekarang ye..".

"Baik Uncle..". "Ba, angah pergi ye".

"Ha yelah, drive baik-baik". Pesanku.

"Fi.., kenapa lebam-lebam dekat badan along tu?". Tanya Azman.

Selepas aku ceritakan segalanya, Azman nasihatkan aku untuk membuat laporan polis.

"Hmm, aku nak tunggu along sedar. Aku nak tanya dia keseluruhan cerita. Lepas tu, barulah aku boleh buat keputusan Man". Ujarku kepada Azman.

Selepas menghantar Azman dipintu rumah, aku kembali ke bilik along.

"Makmah, pergi lah tidor. Along biar saya yang tengokkan".

"Ha yelah, kalau kamu nak ape-ape panggil Makmah kat bawah ye". Aku hanya mengganguk.

"Adik..., bangun. Masuk tidor dalam bilik adik". Aku mengejutkan adik yang tertidor sebelah along.

"Baba nak jaga along ke? Takpelah adik temankan baba ye..".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience