Bab 15

Romance Completed 5236

Keesokan hari.

Kami semua bagai sudah berkampung di hospital, kami setia menunggu Ameena dihadapan bilik I.C.U. Ameena masih belum sedarkan diri, tetapi doa dari kami tidak pernah putus untuknya.

Ketika semua sedang termenung di kerusi ruang menunggu, Doktor Rahman berlari ke arah kami, dengan senyuman terukir dibibirnya.

"Hanafi, alhamdulillah.. Ameena dah sedar". Kata-kata dari Doktor Rahman cukup membuat kami semua bersyukur kerana doa kami dimakbulkan olehNya.

"Allah.., syukur alhamdulillah..". Pakcik memeluk erat tubuh Doktor Rahman.

"Sebentar lagi, Ameena akan dipindahkan ke wad biasa". Ujarnya lagi dengan senyuman.

Terpapar diwajah kami semua, akan tangisan kegembiraan. Sungguh, aku bersyukur padaMu Ya Allah.

"Aku sendiri tak sangka Hanafi, mungkin keinginan dan kesungguhan Ameena sendiri untuk sedar membuatkan semua ini terjadi dan juga dengan izin Allah dan kuasa doa kamu semua menjadikan Ameena seorang yang kuat". Ujar Doktor Rahman lagi.

"Alhamdulillah, syukur..hanya itu yang mampu aku katakan sekarang Rahman. Jadi macam mana keadaan along sekarang?".

"Buat masa sekarang Ameena dalam keadaan stabil, dan dari semasa ke semasa kami akan terus membuat pantauan".

Semua mengiringi Ameena yang di tolak ke bilik, hati aku senang bila pandang wajah pucat Ameena yang tersenyum manis itu.

"Along.., baba bersyukur sangat". Pakcik mengucup dahi Ameena.

"Kenapa semua menangis ni..?". Tanya Ameena dengan airmata yang bergenang.

"Alongg... Adik rindu along.". Khateeja memeluk Ameena.

"Along pon rindu adik dan semua, rindu sangat". Kata Ameena sambil mengosok kepala adiknya.

"Sudah, bagi along rehat. Jom kita ke cafe, semua belum lunch lagi kan". Pakcik memberi isyarat mata padaku.

"Jom.., kejap lagi kita datang sini lagi ye".

Aku membalas anggukan pada pakcik, kerana aku faham yang pakcik cuba beri kami berdua ruang untuk berbincang.

Aku tenung wajah Ameena seketika, "Ameena, saya minta maaf ya..".

"Ahjussi tak salah, tapi saya yang salah..bila cuba tinggalkan ahjussi".

"Tak mengapa, sekarang saya nak awak tahu. Saya takkan sesekali tinggalkan awak, saya akan sentiasa bersama awak mengharungi semua ini".

"Kalau boleh, 24 jam saya nak bersama awak..kita berjuang bersama".

"Ameena, saya tahu mungkin sekarang bukan waktu yang sesuai untuk semua ini..tapi sudi tak awak jadi isteri saya? Saya nak halalkan perhubungan kita Ameena, dengan itu saya akan dapat menjaga awak dengan sebaik-baiknya". Tambahku.

"Tapi ahjussi..sendiri tahukan keadaan saya sekarang macam mana. Esok pon belum tentu saya dapat melihat dunia ni lagi. Bila-bila masa saya boleh pergi ahjussi..". Kata Ameena dengan linangan airmata.

"Saya sudah fikir akan semua kemungkinan itu Ameena, kalau betul itu yang akan terjadi maka biarlah saya menjaga awak hingga akhir hayat dan mungkin ajal saya yang sampai dahulu siapa tahukan akan rahsia Allah".

"Awak tahu tak, malam yang awak mahu surprisekan saya..sebenarnya saya juga rancang untuk surprisekan awak dengan ini. Sudi tak awak menjadi isteri saya Ameena, bersama saya hingga ke akhir hayat ini?". Tanyaku lagi sekali dan aku mengeluarkan cincin dari kocek seluar,ku berikan kepada Ameena.

Ameena menyambut huluran cincin itu, dan dia menyarungkan dijari manisnya.."Saya sudi untuk menjadi isteri ahjussi dan berjuang bersama ahjussi mengharungi semua ujian-ujian ini hingga ke akhir hayat saya..".

Aku tersenyum kegembiraan, kalau ikutkan hati mahu saja aku peluk erat tubuh Ameena. Airmataku mengalir laju dipipi, "Terima kasih Ameena, terima kasih kerana sudi terima saya..".

"Terima kasih jugak ahjussi kerana ahjussi sanggup mengharungi semua ini dengan saya. Tapi baba macam mana, ahjussi dah bincang dengan baba ke?".

"Ya, sudah. Saya sudah beritahu akan semua ini dan baba awak berkata yang dia serahkan semua pada awak. Dia takkan menghalang kalau itu boleh membahagiakan awak Ameena". Terangku.

"InshaAllah Ameena, kita akan bertambah kuat bila mengharungi semua ini bersama-sama". Kataku lagi.

"Dan terima kasih pada awak, sebab awak kuat untuk mengharungi semua ni..terima kasih kerana sedar".


**************

"Baba, terima kasih". Ucapku.
. "Kenapa sayang..?". Tanya baba tersenyum.

"Terima kasih untuk semuaa..". Ku peluk tubuh tua baba.

"Haha, terima kasih juga sayang..kerana along jadi seorang yang kuat dan tidak cepat mengalah, baba cukup berbangga dengan along".

"Along kuat sebab semua ade dengan along".

"Eh lupa pulak baba, along pernah join kursus kahwin kan?".

"Aah pernah ba, masa diploma dulu".

"Kalau macam tu senanglah, baba dan Luthfi akan uruskan semua. Along jangan risau, jangan banyak fikir ye sayang".

"Okey ba, terima kasih sebab terima Luthfi. Sedangkan dia 14 tahun je muda dari baba, hahaa". Gelakku.

"Hahaa, itulah.. Tapi baba tak kisah, asalkan anak baba ni bahagia. Lagipun baba tahu, Luthfi boleh bahagiakan along".

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Luthfi Jung bin Abdullah. Tiada majlis, tiada busana cantik, tiada make up, tiada inai, tiada pelamin, tiada bridesmaid, tiada honeymoon ke Rome dan semua yang pernah aku impikan dulu. Yang ada hanyalah, sebuah katil untukku duduk dengan berpakaian hospital, yang ada hanyalah muka dan bibir yang pucat, yang ada hanyalah bilik wad dan yang ada hanyalah sepasang cincin untuk disarung ke jari manis.

"Buin, gomawo..". Ahjussi mencium dahiku.

"Wae, kenapa ahjussi?". Tanyaku.

"Emm, tengok.. Buin, kita kan sudah kahwin..sudah sah sebagai suami isteri. Takkan buin nak panggil oppa ahjussi lagi..". Ahjussi tunjuk akan cincin dijarinya.

"Hahaa, oppa? Taknak lah.., geliii". Aku tergelak.

"Wae..waeyo?? Panggil oppa tau".

"Shiro..". Jawabku lagi.

"Oppa, oppa, oppa, oppa..".

"Shiro, shiro, shiro, shiro". Balasku lagi.

"Ohh degil yaa..". Ahjussi cuba naik ke katil.

"Ara..ara..,araso.. Tapi saya nak panggil yeobo, taknak oppa". Aku mengalah.

"Yeobo? Okey, bolehh..". Ahjussi tersenyum bahagia.

"Buin..". Ahjussi memanggilku.

"Ye ahjussi?".

"Ahjussi??? Lagi sekali??".

"Hahaa, sorry tersasul pulak. Ye yeobo..., kenapa?".

"Hmm, tak boleh jadi ni.. Okey, macam ni..kalau buin terpanggil yeobo ahjussi lagi, yeobo akan denda buin".

"Denda? Denda ape?". Tanyaku.

"Yogi.., sekali salah panggil..sekali kena kiss disini". Ahjussi letakkan jari telunjuknya ke pipi.

"Haa?? Shirooo..".

"Hahaha, kalau taknak panggil yeobo yaa. Tapi kalau terpanggil ahjussi sekali sekala yeobo tak kisah". Kata ahjussi sambil suakan pipinya ke arahku.

"Ohh, kiss yeee..". Aku tarik kedua belah pipi ahjussi.

"Aaa..aa.. Buin, appo..appoo..". Ahjussi terjerit sakit.

"Hahaa, sakit ye yeobo..". Aku buat-buat tanya.

"Aniyoo, sedap... Buat lagi buin". Disua pipinya.

"Haha, mianhe..". Aku gosokkan tapak tanganku ke pipi ahjussi.

"Jom tidur.. Mesti buin penatkan". Ujar ahjussi sambil memegang kedua belah pipiku.

"Emm, penat tapi saya cukup bahagia". Ujarku.

"Yeobo pun bahagia juga, bahagia sangat". Balas ahjussi dan membuka tudung dikepalaku.

"Mianhe yeobo..".

"Kenapa buin?".

"Yeobo terpaksa tidor dikerusi, sedangkan saya selesa dikatil".

"Buin.., ini tak jadi masalah buat yeobo. Dapat bersama buin disini sudah cukup membahagiakan yeobo". Balas ahjussi tersenyum manis.

Waktu subuh, ahjussi kejutkan aku untuk solat berjemaah. Sungguh sayu hati ni, bila dia menjadi imamku. Doa ahjussi sungguh menyentuh hati aku, bila doa yang dipohonnya semua tentang aku. Mohonnya supaya aku diberi kesembuhan, kekuatan, ketabahan, kebahagiaan. Semua untuk aku, katanya semua itu sudah cukup untuk membahagiakannya. Seusai berdoa, ahjussi mengucup dahiku penuh syahdu hingga airmatanya menitis ke pipi aku.

"Buin..". Panggil ahjussi.

"Emm..". Jawabku

"Buinn..". Panggil ahjussi lagi.

"Em, wae?".

"Buinn...". Panggilnya lagi

"Ne, yeobo...". Jawabku.

Ahjussi tersenyum, haish laki aku ni. Dia memang saja nak dengar aku panggil dia yeobo. Tua-tua pon nakal. Haha.

"Yeobo..". Panggilku pula.

"Ne buin..". Ahjussi pandang aku dan tersenyum.

"Saranghae..". Ucapku dan aku genggam tangan ahjussi.

"Naddo neomu neomu saranghae yeobo..". Ahjussi mengucup pipiku.

Aku bahagia, cukup bahagia..lihat dia tersenyum sudah cukup membuat hatiku berbunga-bunga.

Harini hari minggu, petang ni semua akan datang ke hospital. Sungguh aku rindu, hari minggu je kami dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. kalau tak kami akan berhubung melalui video call je.

Aku pandang wajah-wajah kesayanganku satu persatu, kalaulah tiada mereka sungguh aku tak akan sekuat ini. Aku takkan dapat mengharungi semua ini berseorangan. Kegembiraan jelas terpancar bila senyuman terukir dibibir masing-masing.

Bila semua sudah pulang, aku turun dari katil dan berjalan perlahan ke bilik air.

"Buin, meh yeobo temankan".

"Takpe, yeobo.". Aku senyum.

Aku sebenarnya nak basuh muka sebab agak kurang selesa, rasa macam nak pitam pun ada. Batuk pula makin menjadi-jadi, bagai ditekan-tekan je dada ni setiap kali batuk.

"Buin..buin okey tak tu? Yeobo masuk ye?". Tanya ahjussi dari luar.

Pintu bilik air memang tak dikunci, sebab ahjussi risau kalau-kalau aku pengsan dan bilik air pula berkunci. Batuk ku makin teruk, ku tutup tapak tangan ke mulut.

"Buin..". Ahjussi membuka pintu, dia ke arahku dan mengosok belakang badanku.

Nafasku mula tidak teratur bila batuk berterusan begitu, ahjussi pimpinku ke katil. Aku terusan batuk dan aku rasa macam ada cecair di tapak tanganku. Aku lihat ke tapak tangan..

"Darah..". Ujarku dan batuk lagi, ahjussi kelihatan agak terkejut.

Ahjussi mengambil tisu terus disapu darah di tapak tanganku. Aku pandangnya, dia tersenyum. Aku tahu senyuman dia itu hanya untuk sedapkan hatiku.

Ahjussi dan Doktor Rahman keluar bercakap diluar bilik, aku boleh agak yang keadaan aku makin teruk.

"Doktor macam mana isteri saya? Kenapa sampai boleh batuk berdarah?".

"Hmm..selepas saya membuat pemeriksaan saya dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan paru-parunya".

"Apa maksud Doktor??".

"Ameena mempunyai pulmonary hypertension dan pneumonia Luthfi".

"Apa?? Jadi Ameena tak boleh menjalani pembedahan jantung??".

"Ya Luthfi, in bad condition macam sekarang kita perlu tangguhkan dulu operation kerana risikonya agak tinggi. Kamu banyakkan bersabar dan berdoa, kamu juga kena kuat Luthfi untuk Ameena".

Ahjussi masuk ke bilik dan terus datang memelukku dengan erat, aku membalas pelukkannya dan menggosok belakang badannya. Hmm, aku tahu sekarang ahjussi sedang menangis ini mesti Doktor beritahu berita buruk tentang kesihatanku. Aku tak kisah dengan semua tu, asalkan ahjussi dan semua ada dengan aku sudah cukup untuk aku terus kuat dan bertahan bagi menghadapi semua ini.

"Yeobo.., wae?". Tanyaku.

"Aniyo, hmm bogoshippo buin..".

"Yeobo, buin tak kisah kalau condition buin makin teruk sekalipun. Sebab buin tahu yeobo, baba, dan semua sentiasa ada untuk buin. Itu sudah cukup yeobo".

Ahjussi memegang kedua belah pipiku, matanya pula memandang tepat ke mata aku. Ahjussi mengucup dahiku lama dan kembali memandang wajahku. Aku menyapu airmata dipipinya dan ahjussi juga menyapu airmata dipipiku. Sungguh, aku bahagia.

Pagi-pagi lagi baba dah datang ke hospital, kata baba rindu nak breakfast sama. Emm aku pun rindu, rindu semua yang selalu aku buat sebelum ni. Sekarang hidup aku hanya disini, di hospital yang menjadi tempat suka dan duka ini. Aku berdua bersama baba, ahjussi balik rumah hantar pakaian kotor dan ambil pakaian bersihnya untuk seminggu.

"Baba..terima kasih".

"Untuk apa sayang?".

"Emm, sebab jadi baba along". Baba tersenyum

"Kalau macam tu terima kasih juga untuk along, sebab jadi anak baba". Baba genggam tangan aku.

"Along mintak maaf, sebab sebagai anak sepatutnya along yang jaga baba sehingga akhir hayat baba. Tapi baba pulak yang terpaksa jaga along. Along tak dapat jadi anak yang terbaik untuk baba dan umi". Aku menyalami dan kucup tangan baba.

"Along.., jangan cakap macam tu sayang. Lepas operate nanti, bila along dah betul-betul sihat along boleh jaga baba sayang. Sama macam along jaga umi sebelum ni. Anak-anak baba semua terbaik tau, semua adalah kurniaan Allah S.W.T yang tak ternilai bagi baba dan umi". Baba menggosok kepala ku.

"Macam mana kalau along tak sempat ba? Dan macam mana kalau operation tu tak berjaya?". Airmata aku mula bergenang.

"Along kena positif, inshaAllah dengan izin dari Allah semua akan berjalan lancar. Along jangan fikir bukan-bukan ye sayang. Baba sentiasa doa yang baik-baik untuk along, jadi anak baba kena kuat tau tak boleh mengalah".

Aku peluk tubuh tua baba, sungguh baba sentiasa ada dengan aku. Terima kasih baba.. Terima kasih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience