Bab 4

Romance Completed 5236

Aku melangkah keluar dari dewan exam dengan perasaan lega yakmat. Maka tamatlah pengajian semester 4 ku. Mataku melilau mencari kelibat tiga orang rooomateku.

"Haa kat sini pon korang. Laju ye, tinggalkan aku sorang-sorang". Sergahku terhadap tiga makhluk yang tengah cucuk air gedegang.

"Haha, sorry wei. Dahaga betul, tak sempat tunggu kau" jawab Ajwa lalu aku pandang kearah Put dan Nina yang tergelak kecil.

"Jom kita pergi makan. Breakfast, lunch semua dah terskip". Kataku sambil mata toleh kearah jam tangan yang menunjukkan pukul 5 petang".

"Jom jommm, kau belanja ye Meena". Kata Nina sambil tersengih.

"Yela yelaa. Cepat, aku lapar ni". Ujarku lalu disambut oleh sorakan dorang bertiga.

Langkah kami berempat terus menuju kearah Suzuki Swift milikku. "Nak makan kat mana ni? Soalku lalu menarik seatbell.

"Hmmm ,kat mana ye? Mcd jela Meena". Balas Nina.

"Mana-mana pon boleh wei, perut aku dah buat konsert rock ni". Sampuk Ajwa pula.

"Haa Meena, pergi cafe pakcik korea jom. Rindu pulak nak tengak wajah kacak dia tuu". Kata Put dengan mimik muka gediknya.

"Pakcik korea mana wei? Jom pergi jom". Soal Ajwa dengan teruja.

"Wei hensem ke wei?? Ada sehensem Nam Joo Hyuk tak?" Soal Nina pula.

Sesudah parking kami terus turun dan berjalan ke Sonata Cafe. Dari jauh kelihatan ahjussi sekacak Gong Yoo tengah ambil order. "Wei tu ke? Ya ampun hensemnya. Rasa nak gigit-gigit je". Kata Ajwa dengan terlebih gedik.

Ya Allah, ada jugak aku humban dalam tong sampah dorang ni kang.

Ahjussi sekacak Gong Yoo datang dengan senyuman manis setelah lihat kami duduk dikerusi. "Anyeonghaseyo". Kata ahjussi sekacak Gong Yoo.

"Anyeong pakcik" kata mereka bertiga dengan serentak. "Haha, kamu yang datang haritu kan". Tanyanya kepada Put.

"Ye ye, pakcik ingat ye". Ujar Put teruja.

"Ya ingat, kerana kamu saja panggil saya pakcik. Customer lain semua panggil saya oppa". Kata ahjussi sambil gelak. Dan disambut dengak gelak tawa dari kami berempat juga.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan datang kearah kami. "Appa". Ujarnya. "Ne, waeyo Geum Bi ya? Soal ahjussi sambil mengusap lembut pipi kanak-kanak perempuan itu. Kanak-kanak itu menarik-narik lengan ahjussi "appaa...". Rengek kanak-kanak itu lagi.

"Mianhamnida semua, saya perlu ke dalam, nanti pekerja saya datang ambil order kamu semua ya". Kata ahjussi lalu berjalan pergi memimpin tangan kanak-kanak itu.

"Wei pakcik korea dah kahwin lah, ada anak lagi tu..." Kata Nina

Aku pula tercengang. Waeyo ahjussi, waeee. Aduhh ,patahnya hatikuu. Laki orang rupanya. Anyeonghikye-sayo ahjussi sekacak Gong Yoo.

Balik dari Sonata Cafe, kami terus mengemas bagasi masing-masing. Esok pagi semua akan pulang bercuti semester selama sebulan lebih. Malam ni, kami akan tengok 3 episod Running Man yang terlepas sebab fokus final exam.


**************

Heavennn, hanya itu aku mampu ungkapkan. Dah seminggu duk rumah makan, tido pastu layan kdrama. Heaven yakmat lah! Yang pasti, malam tak tido jadi burung hantu. Pukul 7 pagi mula la merangkak pulang ke sarang. Dan percaya tak kalau aku cakap, aku habis marathon 3 drama dalam seminggu. Ni kalau kalau 3 orang tu tahu mahu kena cop takde life. Huhuhu, apa boleh buat dah aku memang macamni. Baba sendiri dah masak benar dengan perangai buruk anak sulongnya ni. Huhuhuu.

Sedang syiok berkuak lentang atas katil, tiba-tiba henfonku menjerit lagu Gdragon (Untitled 2014).

Aku pandang ke skrin seketika untuk melihat siapa yang call, ohh Put rupanya. Aku biarkan panggilan tanpa dijawab hingga panggilan dimatikan, sengaja mahu sakat si Puteri.

???
naege doraogiga
eoryeobgo himdeun geol ara
ije deoneun sangcheobatgiga
duryeobgo shireun geol ara

nega tteona beorin geunaredo
mojin mallo neol ulligo
dwidora seoseo huhoehae mianhae

jebal dan han beonirado
neoreul bol su itdamyeon
nae modeun geol da ireodo gwaenchana
kkumeseorado neoreul manna
dashi saranghagireul
uri idaero
???

Kurang 30saat, henfon kembali menjerit.

???
naege doraogiga
eoryeobgo himdeun geol ara

Jariku lantas menekan answer, "Yeoboseyo..." Ujarku.

"Hoi kau tak payah nak speaking korea dengan aku Meena".

"Hahahaa, kenapa kau call aku ni?" Tanyaku

"Kau buat apa seminggu ni? Datang la Johor, kita jalan-jalan ke Singapore jom".

"Malas lah aku, duk rumah lagi syiok".

"Kau jangan cakap yang kau makan tidor je Meena selama seminggu ni".

"Lahh yela, kenapa? Aku bukan makan tidor je, aku buat keje lain jugak lah". Kataku lagi.

"Keje apa? Kau pergi ofis ke?" Tanya Put pula.

"Ehhh takla, takde maknanya. Aku duk rumah laa, marathon drama Suspicious Partner, Fight For My Way dan Circle".

"Hoi pompuan, kau ni takde life betul lah. Cubalah keluar Meena, keluar ambik angin cuci mata tengok dunia Allah ni". Bebel Put.

"Aku rasa kau ni kalau mengigau konpem cakap korea tauu. Meena..., Meena".

"Hmmm aku tahu Meena kau memang suka duduk rumah, tapi jarang-jarang kena lah jugak keluar jangan terperap kat rumah je. Ni esok cuti sekolah, ajak la adik dan achik keluar". Tambah Put lagi.

"Senyap je kau ni, dengar tak apa aku cakap ni? Ke kau tido Meena?"

"Hahaha takdelah, aku dengar. Ye nanti aku keluarlah. Kau yang macam mak nenek ni kenapa Put? Piyed(period) eh? Hahaha".

"Persinggahan Sementara", itu nama yang umi pilih untuk banglo tiga tingkat yang kami sekeluarga diami sekarang. Banglo ini dihadiahkan baba pada umi pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 25 tahun iaitu pada 3 tahun lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience