Bab 3

Romance Completed 5242

Bacaan yassin selepas solat maghrib telah menjadi rutin harian bagiku. Hanya ini yang mampu aku lakukan untuk umi, sedekahkan bacaan yassin. Setiap kali teringatkan umi, hati aku sakit dan pedih sangat. Rasa terkilan sangat sebab tak sempat nak bahagiakan umi. Tetapi aku bersyukur kerana aku sempat jaga umi sepertimana umi jaga aku waktu kecik dulu.

"Alongg, jom turun dinner. Semua dah tunggu kat meja. Jomm.." Panggil achik sambil menolak pintu bilik yang tak bertutup.

"Haa ye yee, kejap chik.." Balasku sambil menyeka airmata dipipi.

"Jom, nekmah masak makanan fav along.."

"Okey jomm..".

"Eh baba pon ada?"

"Haa along, ye harini baba balik awal. Rindu nak berkumpul dengan anak-anak baba semua ni..". Ujar baba sambil senyum.

"Along pon rindu nak berkumpul ramai-ramai macam ni".

"Dah duduk long.. Haa bang chik, baca doa makan..".

"Aminnn.., puteri makan. Jangan malu-malu. Ambil lauk-lauk tu". Kata baba.

"Haii Put, takkan malu kot? Dah berpuluh kali kau datang sini".

"Ehh kau ni Meena, nak balas dendamlah tuu". Bisik Put sambil pandang aku dengan muka bengang.

"Nekk.., sedap sangat daging masak merah ni. Rosak diet along nek. Tapi takpe, along nak makan bertambah jugak. Bukan selalu along dapat makan masakan nek".

"Makan along, itu kan lauk kegemaran along". ujar nek tersenyum.

"Diet amenda kau ni long, dah macam papan aku tengok tau tak". Selar angah pula. Disambut ketawa kuat oleh Put. Pompuan ni memang kuang asam.

Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi tetapi mata ni masih segar bugar. Aku memang susah tidur malam, kalau dulu aku akan mengurut kaki umi hingga terlelap. Tetapi sekarang, hanya kenangan yang mampu membuat aku tersenyum dan menangis rindukan umi.

Aku bangun dari katil, memulas tombol pintu perlahan-lahan kerana takut menganggu tidur Put. Aku berjalan turun dari tangga menuju ke arah sliding door dan terus berjalan ke arah kerusi disebelah swimming pool.

Hmmm, aku duduk dikerusi lalu mendongak ke langit dan ternampaklah bintang-bintang terang di angkasa. Aku mengeluh dan mengeluh, hati ni rasa sunyi dan sayu sangat.

"Umiiii..., along rindu. Rinduu".

"Rindu nak siapkan makanan untuk umi, rindu nak suapkan umi, rindu nak tukarkan pampers umi, rindu nak mandikan umi, rindu nak sikatkan rambut umi, rindu nak urut kaki umi, rindu nak sediakan ubat umi, rindu nak temankan umi dekat wad. Along rindu umi, rindu sangat-sangat". Berkataku perlahan, airmata mengalir dipipi makin laju dan laju. Akhirnya aku menangis teresak di tengah kepekatan malam.


***************

"Along, bangun. Alongg bangun lah." Kejut adik sambil mengoncang tubuhku.

Aku bukak mata dan toleh kearah jam disisi katil, jarum jam menunjukkan pukul 7 pagi."Yee, apa dik? Along mengantuk la, baru setengah jam tidur ni".

"Along ni, selalu tidur lambat. Jom la along, kita pergi jogging. Jom.., kak Put dah tunggu kat bawah".

"Adik pergi dengan kak Put jela, ajak angah dan achik sekali".

"Alaaa, adik nak along ikut sama. Jomla along, malam nanti along dah nak balik kolej". Kata adik dengan nada merajuk.

"Hishh budak ni, yelah yelahh. Adik keluar dulu, kejap lagi along turun".

"Yeah yeahh. Okey my lovely sistor". Ucap adik sambil senyum gembira.


"Bukan main lagi kau dik, lovely ye. Dah keluar cepat, along nak tukar baju ni. Sebelum sistor kau yang lovely bertukar jadi the hell sistor".


"Hahaha, yela adik keluar. Cepat tau along.."

Selesai tukar pakaian kepada yang lebih bersesuai untuk jogging aku berjalan turun dari tangga terus menuju ke pintu rumah. Di hadapan pagar rumah kelihatan Put, angah, achik dan adik tengah warm out.

"Dah dahh jom..., kata nak jogging sangat". Ujarku sambil berlari perlahan.

"Hoi long, kau taknak warm out dulu ke, karang kejang jangan menyusahkan orang ye". Jerit angah tapi aku hanya pekakkan telinga dan terus berlari ke arah taman permainan.

Selepas beberapa pusingan dibuat, aku mula terloncat-loncat akibat kekejangan. Terus aku melabuhkan diri atas rumput. Kelihatan angah berjalan ke arahku.

"Haa kau, aku dah pesan kang tadi".

"Alah takde apa lah, kejang sikit je". Balasku. Tangan angah menarik kakiku dan memberi picitan.

"Along, aku ada benda nak gitau kau ni". Ujar angah kegelisah.

"Kau ni dah kenapa? Lain macam je aku tengok".

"Tak...., dua hari lepas. Abang Danny ada datang restoran, dia cari kau".

"Hmm, soo? Kesah pulak aku kan".

"Tak long, dia datang nak mintak maaf. Dia kata dia dah menyesal dan rasa bersalah sangat dengan kau". Pujuk angah.

"Heiii dah la angah.. Kau tahu kan aku tak suka cakap pasal ni. Dah la aku nak balik". Marahku pula.

Terus aku bangun dan berjalan ke arah Put, achik dan adik yang tengah main buai.

"Hoi jom balik. Dah macam kanak-kanak ribena pulak aku tengok korang bertiga ni. Dah jom balik". Jeritku sedikit kuat.

Selama setahun kami bercinta, Danny cukup membahagiakan aku. Sentiasa buat aku tersenyum, tergelak dengan telatahnya. Dan waktu itu aku sangat cintakan dia merupakan cinta pertama aku. Semua bermula bila, aku kurang meluangkan masa bersama dia kerana sibuk jaga perihal umi yang sakit. Dan bagi aku itu tak boleh dijadikan sebagai satu sebab untuk dia curang dibelakangku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience