Bab 7

Romance Completed 5236

Okey done download, banyak pulak kdrama baru yang best-best. Yang paling aku nantikan ialah Reunited Worlds, hero sama yang dalam Circle. Yeo Jin Goo, walaupun dia merupakan pelakon remaja tetapi mutu lakonan dia memang tiptop. Mujur jugak ada group kat Telegram ni, senang sikit keje aku nak download. Aku layan kdrama je, jdrama cuba jugak tengok tapi takboleh. Betul-betul tak boleh, memang tak kena dengan jiwa aku.

Sedang syiok layan Ep1 Reunited Worlds kat lappy, henpon aku berbunyi menandakan ada WhatsApp masuk kat group "Roomate".

"Yuhuuu... Senyap je anak-anak, tak rindu mak ke..?". Text dari Nina.

"Adumakk.. Macam mak hayam pulak kau ni". Balasku.

Masuk text dari Put pula."Hahahahaha itulah wei, gamaknya buat partime si Nina ni".

"Hahaha bongok doh korang.. Memang jelas lagi nyata korang tak rindu aku. Sob sob sob. Joo Hyuk oppa..". Rajuk Nina.

"Alololo Nina ninoo janganlah merajuk..". Pujuk Put.

"Hoi jangan nak merajuk, aku bukan mampu nak importkan Nam Joo Hyuk kau datang sini. Tapi kalau setakat tolong downloadkan * Bride of The Water God* tu boleh laa". Balasku.

"Meenaaaa muah muahh.., kaulah sahabat aku. Kau download tau, bukak semester baru nanti aku nak maraton terus semua episode".

"Hahaha kesian anak pengetua ni, nak tonton tv pon tak boleh..". Balas Put.

"Yela weii. Sabar je aku ni, ni kira okey bapak aku bagi guna smartphone.. Kalau tak taktahu lahh". Balas Nina pula.

"Sebab aku tahu la yang aku tolong downloadkan..". Balasku.

"Dah tidor gamaknya Ajwa ni.. Senyap je". Balas Put

"Emm sekarang dah 12 a.m wei.. Pompuan tu kan biasa pukul 10 p.m dah ke bulan..". Balasku pula.

Selesai text dengan Put dan Nina aku berjalan turun ke dapur, jam di dinding menunjukkan pukul 2 a.m. Aku mencapai mug dan membancuh nescafe minuman kegemaranku, sehari tak pekena hidup boleh jadi tak tentu arah wei. Aku membawa mug ke patio bersebelahan swimming pool. Sedang asyik menghirup...

"Along... Tak tidor lagi? " Tegur baba dari belakang.

"Babaa.. Terkejut along. Belum tidor lagi ba..".

"Along tak boleh macam tu.. Along kena jaga kesihatan. Ubat along ade lagi? Makan tak?".

"Ade, along baru je ambik 2 minggu lepas. Along makan, tak pernah lupa ba".

"Hmm bagos la kalau macamtu.. Along ingatkan apa umi selalu pesan, umi nak along jaga kesihatan.. jaga pemakanan, dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya". Pesan baba lagi.

"Ye ba, along ingat. Along sentiasa akan ingat. Baba jangan risau ye..". Ujarku tersenyum.

"Baba memang selalu sibuk dan jarang ada masa untuk anak-anak baba. Tapi baba sayang semua anak-anak baba dan baba nak anak-anak baba semua sihat. Along jaga diri ye..". Kata baba dengan nada sebak.

"Emm.. Ye along paham ba. Along dan adik-adik paham.. Dan along janji dengan baba, along akan jaga kesihatan along. Baba jangan risau ye". Balasku dan ku peluk tubuh tua baba.

"Baba masok la tidor, esokkan baba keje. Along nak habiskan air ni dulu, selepas tu baru along naek tidor". Ujarku lagi.

"Hmm yelah, baba naik dulu ye.. Along jangan lewat sangat".

"Okey ba..". Kataku.

Hmm.. Aku kalau boleh taknak ingat lagi kenangan waktu aku sakit dulu. Perit sangat tanggung sakit bertahun, tapi aku tak boleh lupakan semua kenangan pahit tu. Sebab dalam pahit ade jugak kenangan manisnya, selama aku sakit umi lah yang jaga aku, jaga aku sebaik-baiknya. Umi tak pernah mengeluh malahan umi yang selalu bagi aku kata-kata semangat bila aku down.

Sebab tu jugak lah, masa aku tahu umi sakit aku terus berhenti keje. Sedangkan waktu tu aku dengan kawan baru je dua bulan bukak travel agensi kami. Aku buat keputusan tarik diri untuk jaga umi yang sakit. Tapi aku tak sekuat umi, malah umi pulak yang selalu bagi aku kata semangat untuk terus kuat. Seperti waktu-waktu aku sakit dulu, sedangkan umi yang tanggung sakit ketika itu.

Aku cuma sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk jaga umi seperti mana umi jaga aku. Tapi aku tahu layanan dari aku sedikit pon tak boleh menandingi layanan yang pernah umi berikan.

Walaupun sehingga sekarang aku masih perlu ambil ubat aku tetap bersyukur, sebab Allah S.W.T berikan aku kesihatan yang baik waktu umi sakit untuk aku menjaga umi hingga ke akhir hayatnya. Hmm.., parut didada aku inilah bukti kasih sayang umi yang tidak ternilai.


*************

Selesai je makan makan, angah terus tarik aku ke biliknya. Ade sesuatu yang nak di sampaikan katanya..

"Hah kau apehal ngah tak menyempat-nyempat betul laa..".

"Long maaf long... Aku, aku.."

"Ape yang aku.. aku. Cepat lah, ape dia?". Marahku lagi.

"Macamana aku nak mula ye... Sebenarnya macam ni long, tadi petang lepas settle keje kat restoran aku keluar minum-minum dengan member".

"Dah tu kenapa? Ape kena mengena dengan aku..".

"Hish kau ni.. sabar la, aku nak citelah ni long. Sebenarnya aku terserempak dengan abang Danny dan..".

"Dah la aku taknak dengar". Marahku lalu aku keluar dari bilik angah.

"Wei long aku tak habis cite lagi ni...". Jerit angah dari dalam bilik.

"Kau simpan je cite tu dekat anak cucu kau ngah..". Jeritku pula.

Masuk je bilik aku terus lompat ke katil dan mencapai henfon yang berada di meja di sisi katil.

"Ehh ade 4 panggilan yang tak dijawab, nombor sape pulak ni..". Omelku sendirian.

Tiba-tiba henfonku kembali berdering dan pemanggil adalah dari nombor yang sama.

"Hello.. siapa ni?". Tanyaku.

"Haii Meena..". Jawab si pemanggil.

"Siapa ye? Maaflah saya tak cam suara..".

"Ni abang Danny.. Maaf lah abang ganggu Meena". Sebaik je aku dengar nama tu, aku terdiam seketika suara aku bagai tak terkeluar untuk berkata-kata.

"Meena..? Meena?". Danny memanggilku.

"Maaf anda silap nombor". Ujarku lantas aku matikan panggilan dan terus offkan henfon. Perasaan aku sekarang ni marah.., bengang.., benci semua ade.

"Macam mana si buaya tu ade nombor baru aku? Okey-okey ni mesti si angah punya keje ni.. confirm. Budak ni memang nak kena dengan aku betullah". Aku terus ke bilik angah dengan bengang yang teramat.

"Weiii apesal kau kasi nombor aku dekat jantan buaya tu hahh...??!". Jerit aku di depan pintu bilik angah yang terbuka luas.

"Long... Sorry lah, aku dah cuba nak cakap tadi. Tapi kau taknak dengar..".

"Masalah sekarang bukan pasal aku nak dengar ke tak.. Masalahnya kenapa kau bagitau dia nombor aku? Kau tak paham ke ngah? Aku benci dia kalau boleh dengar nama dia pon aku tak hingin inikan pulak dengar suara dia..". Marahku lagi.

"Ye aku tahu long.. Sorry, sorry sangat-sangat long.. Aku tak sampai hati tadi bila tengok dia bersungguh-sungguh mintak nombor kau. Dia cakap dah insaf dan menyesal sangat sebab tu dia nak nombor kau dia nak mintak maaf dengan kau". Ujar angah panjang lebar.

"Haa elok sangat, tengok dia macam tu kau tak sampai hati.. Tengok aku macam ni sampai pulak hati kau eh.. Suka hati kau lah ngah.." . Rajukku dan kembali ke bilik.

Heii kusot betullah, aku bukan jenis yang suka berdendam. Pasal dia curang belakang aku tu aku sikit pon tak heran lah.. Tapi masalah sekarang, Danny jantan tak guna tu tuduh umi yang menyebabkan dia berubah hati. Mula-mula aku jaga umi bukan main lagi dia bagi semangat bagai tapi lama kelamaan dituduhnya umi merosakkan hubungan aku dengan dia. Ini yang membuatkan aku tak dapat maafkan dia.

Tiba-tiba ade ketukan dipintu. "Blah la kau ngah.., tak payah semakkan kepala aku". Jeritku kuat.

"Along..., baba bukak pintu ni ye..". Kedengaran suara baba dari luar bilik.

"Ohh baba ke? Masuklah ba along tak kunci". Ujarku kaget.

Baba memulas tombol pintu terus berjalan kearahku dan duduk disofa. "Along kenapa ni? Ade yang tak kena ke?". Tanya baba.

"Takde lah ba, takde ape-ape". Jawabku tersenyum kelat.

"Hmm.. Along tahukan, marah-marah macam ni tak elok untuk kesihatan along".

"Ye ba, along tahu.. Cuma tadi along tak dapat kawal emosi sikit..".

"Hmm, tak bolehlah macam tu. Lain kali along kawal emosi ye, jangan marah-marah.. jangan stress. Banyak-banyakkan bersabar". Nasihat baba lagi.

"Okey ba, along mintak maaf.. Along janji tak buat lagi".

"Yelah, baba keluar dulu. Ade keje sikit baba nak settlekan dekat bilik keje". Baba usap lembut kepalaku sebelum berjalan keluar.

Hmm.. Betul apa yang baba katakan, dalam ape keadaan sekalipon kesihatan aku adalah paling utama. Aku kena belajar kawal emosi supaya tidak mudah melenting sepergi tadi kerana tekanan adalah perkara pertama yang harus aku elakkan.

Aku mencapai henfon diatas katil dan 'on'kan semula, berpusu-pusu messsage dari Danny dan Celcom masuk. Tanpa membacanya terlebih dahulu, aku 'delete' semua sekali dan terus aku block nombor Danny. Selesai masalah buat sementara waktu, kerana aku tahu esok-esok Danny akan call lagi dengan nombor baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience