Bab 12

Romance Completed 5236

Semester 5 telah bermula, kami berempat membuat keputusan untuk keluar dari hostel dan mahu menyewa diluar. Setelah seminggu mencari maka jumpelah sebuah rumah teres dua tingkat, jarak ke kolej 10 minit dengan menaiki kereta. Maka tiada lagi rutin harian Put yang turun ke lobi hostel pukul 2-3 a.m semata untuk cucuk air gedegang.

Rumah yang kami sewa ni mempunyai 4 bilik, 3 ditingkat atas dan 1 dibawah. 3 bilik air, 2 ditingkat atas (1 master room) dan 1 di dapur. Aku duduk master room dengan Put, manakala Nina dengan Ajwa duduk sorang satu bilik.

"Wei lapar la, jom keluar makan. Besok kita keluar la cari barang dapur. Malam ni kita makan luar..". Kata Put kepada aku ysng tengah kemas almari.

"Aku on je, kau pergi la tanye dorang berdua tuu".

Beberapa minit kemudian, "Jom Meena dorang on, dorang pon lapar tahap kebulur dah tu".

"Nak makan kat mane wei?". Tanya aku sambil menghidupkan enjin kereta.

"Kita makan dekat cafe pakcik korea jela Meena, boleh sembang-sembang dengan dia". Jawab Put.

"Okey jugak tu, aku dah rindu nak tengok muka hensem dia tuu..". Kata Ajwa pulak.

"Aku okey je, asalkan perut comel aku ni kenyang". Kata Nina.

"Haa yelah, yelah..". Jawabku

Sampai je di cafe, Geum Bi terus berlari dan memeluk aku. Seminggu kami tak berjumpe, sebab aku sibuk dengan kelas dan mencari rumah untuk disewa.

"Ahjumma..., rindu..".

"Ahjumma pon rindu Geum Bi jugak". 3 kawan aku dah tercenggang tengok hubungan rapat aku dengan Geum Bi.

"Ahjumma duduk ya, Geum Bi panggilkan appa". Kata Geum lagi dan berjalan ke bilik kerja ahjussi.

"Wei weii, ape kes ni? Budak tu anak pakcik korea kan??". Tanya Put.

"Aah, anak ahjussi.. Geum Bi namanye".

Semua mata tertumpu pada ahjussi yang keluar dari bilik bersama Geum Bi, ahjussi menuju ke arahku.

"Ameena, kawan-kawan awak pun ada. Duduklah, kenapa semua berdiri saja ni". Tegur ahjussi.

"Aah, semua tengah lapar ni ahjussi, tak sempat lunch sebab sibuk mengemas". Ujarku.

"Ohh, tak elok begitu. Nak mengemas pun badan kita perlukan tenaga juga. Kejap je saya ambilkan menu".

"Ahjumma, Geum Bi masuk dulu ya. Geum Bi nak melukis..".

"Okey sayang, lukis cantik-cantik tau. Nanti ahjumma nak tengok".

"Okeyy..". Jawab Geum Bi dan berlalu ke bilik kerja appanya.

"Meena, serius aku cakap. Aku tak paham dengan situasi sekarang..". Ujar Put.

"Ye weii, rapat gila kau dengan anak pakcik korea. Siap bersayang tuu..". Kata Nina pula.

"Kat rumah nanti aku cerita ye sahabat-sahabatku". Jawabku bila lihat ahjussi ke meja bersama menu.

"Ini menunya ya..". Ahjussi menghulurkan menu kepada kami.

"Ameena, macam biasa ke?". Tanya ahjussi.

"Tak, harini saya nak tukar selera. Saya nak spaghetti chicken & mushroom dan coffee mocha ais".

"Okey, nanti saya masakkan dan tambah C & S (Cinta dan sayang) macam selalu ya..". Kata ahjussi tersenyum manis.

"Okey, tapi harini saya nak C & S lebih yee..". Hahaa, saje aku melayan. Tiga orang tu memang dah tayang muka tak puashati lagi-lagi si Put.

"Tiada masalah..". Balas ahjussi dan mengenyitkan matanye.

Selepas mengambil order mereka bertiga, ahjussi terus masuk kitchen.

"Meena kau cerita sekarang jela senang, ke kau nak aku bertukar jadi raksasa dulu baru kau nak cerita". Marah Put.

"Hahaha, kau ni.. Rileks lah". Pujukku.

"Cerita la Meena, lain macam je aku tengok kau dengan pakcik tu. Korang bercinta ke ape?". Tanya Nina.

Sebab taknak tengok Put bertukar jadi raksasa, aku pon ceritalah dari jumpe dekat Subway, pasal Danny, tentang ahjussi datang rumah jumpe baba kiranye semualah aku cerita.

"Itulah kesah nyee..". Ujarku lalu menyedut coffee mocha ais ku.

"Gilalah, aku macam tak percaye je wei..". Kata Nina.

"Sweet lah korang Meena". Kata Ajwa pulak.

"Serius doh? Kau jangan main-main". Tanya Put lagi.

"Eh kau ni, punyelah panjang aku cerita dari order tak sampai hingga licin pinggan ni kau boleh cakap aku bergurau Put? Seriusla wei, takkan aku bohong pulak".

"Taklah, ehh kau ni.. Maksud aku pasal si Danny tu". Kata Put lagi.

"Ohhh, cousin kesayangan kau tuu. Kenapa dengan dia?".

"Betul ke dia buat kau sampai macam tu sekali?". Tanya Put.

"Ye doh, aku sendiri tak percaye yang dia boleh berubah sampai macam tu sekali. Nyaris-nyaris je dia nak lempang aku..".

"Lepas tu dia ade call dan cari kau tak". Tanya Put lagi.

"Tak, sejak haritu terus senyap call pon tak".

"Hmm, pelik pulak si Danny ni..". Omel Put.


***************

Sebulan kemudian,

Semasa syiok duk layan kdrama kat lappy, henfon aku berdering. Aku terus mengangkat tanpa melihat siape pemanggilnye.

"Hello...".

"Hello Ameena, abang Danny ni".

"Ohh..".

"Meena, tolong dengar dulu penjelasan abang. Kita jumpe ye?".

"Kau tak perlu jelaskan ape-ape lagi Danny. Kenapa susah sangat kau nak paham. Antara kite memang dah takde ape-ape".

"Meena, tolong..tolong Meena.., bagi abang peluang untuk jelaskan semua". Rayu Danny lagi.

"Aku cukup bahagia dengan hidup aku sekarang, tolong jangan ganggu aku lagi". Aku terus memutuskan panggilan.

"Kenapa wei? Sape call?". Tanya Put yang baru keluar dari bilik air.

"Cousin kau lah, tiba-tiba pulak call pujuk aku dengar penjelasan dia dan ajak jumpe bagai". Terangku.

"Hmm, kau jumpe lah dia. Mungkin dia ade perkara penting nak bagitau". Pujuk Put.

"Ape lagi Put? Memang dah takde ape-ape yang nak dijelaskan lagi dah..".

"Aku temankan kau ye Meena". Pujuk Put lagi.

"Put, tolonglah kenapa kau buat aku macam ni.. Aku tahu, Danny cousin kau tapi tolonglah hormat keputusan aku".

"Maafkan aku Meena, cuma aku rasa mungkin Danny dah menyesal dengan ape dia pernah buat pada kau".

"Hmm, nantilah aku pikir macam mana.. Aku nak ke cafe ahjussi kejap kau nak ikut tak? Ke nak kirim ape-ape ke?". Tanyaku.

"Emm, takpelah. Aku pon nak keluar kejap lagi, jumpe kawan dari Johor". Balas Put.

Di cafe ahjussi, aku termenung je sementara tunggu ahjussi kemas meja-meja. Yela dah pukul 10.30 p.m, cafe pon dah nak tutup. Geum Bi pulak dah tidor kat bilik kerja ahjussi.

"Ameena, kenapa ni termenung saja?". Tegur ahjussi.

"Hmm.., ahjussi..".

"Ya, kenapa ni? Awak ada masalah ke?".

"Hmm..Tadi Danny call dan dia ajak saya jumpe, saya cakap saya taknak dan saya dah warning dia jangan ganggu saya lagi. Tapi...,hmm".

"Tapi, kenapa..?". Tanya ahjussi dengan tenang.

"Put.., Danny tu cousin dia. Put suruh saya bagi Danny peluang untuk dia jelaskan ape yang dia nak bagitahu saya sangat tu. Dan dia cakap dia akan temankan saya jumpe Danny, tadi kami hampir bergaduh bila saya berkeras dengan keputusan saya dan Put pulak macam tak pikir langsung perasaan saya..". Terangku.

"Hmm, macam nilah. Awak setuju saja dengan cadangan Puteri".

"Ahjussi, takkan ahjussi dah lupe kot ape yang Danny buat pada saya haritu...???".

"Tak, saya tak lupa malahan setiapkali dengar nama Danny sudah cukup buat saya hilang sabar. Hmm, macam ni Ameena.., awak jumpe Danny bertemankan Puteri dan perjumpaan awak tu buat disini maksud saya dicafe ni. Dengan ini, saya juga boleh pantau dan memerhati dari kitchen dan tolong pastikan ini berjumpaan terakhir awak dan dia. Okey??". Jelas ahjussi pulak.

"Hmm, ahjussi rasa dia takkan bertindak agresif seperti haritu ke?".

"Em, saya sendiri tiada jawapan untuk soalan awak tu. Tetapi awak jangan risau, saya dan staf-staf lain ada untuk tolong awak".

"Hmm, tengoklah macam mana nanti biar saya pikir dulu".

"Ameena, awak kena ingat tau walau apapun keputusan awak buat saya hormat". Ujar ahjussi tersenyum.

"Dah lewat ni, awak balik ya. Bahaya orang perempuan memandu malam-malam. Jom saya hantar ke kereta..".

Setelah semalaman aku berfikir, akhirnya aku setuju dengan cadangan ahjussi.

"Put..?".

"Ape..?". Tanya Put

"Aku boleh jumpe Danny..".

"Ye wei? Betul ke ni?".

"Hm, tapi bersyarat..pertama kau mesti temankan aku maksud aku duduk semeja dengan kami. Dan syarat kedua, aku hanya akan jumpe Danny di cafe ahjussi. Okey, syarat ni tak boleh diubah ye..kalau dia sanggup, malam ni suruh dia datang cafe pukul 9 p.m". Terangku.

"Ohh okey-okey.. Meena, aku tahu kau kecik hati dengan aku. Tapi aku nak kau tahu, aku buat semua ni sebab aku nak korang selesaikan masalah ni dan aku nak Danny move on. Kau ingatkan perbualan kita bulan lepas, aku call adik Danny dan dia ceritakan sejak korang putus Danny jadi seorang pemabuk, kaki club dan mengambil bahan terlarang. Harini kau selesaikan semua ye Meena, aku call dia sekarang".

Danny bersetuju untuk jumpe aku di cafe ahjussi bertemankan Put. Selepas solat isyak kami berempat terus ke cafe, sementara tunggu Danny datang kami dinner dulu. Selesai je makan Danny sampai, Nina dan Ajwa ke meja lain bersama Geum Bi.

Setelah Danny duduk dikerusi hadapan aku, aku pandang ahjussi di kaunter dan ahjussi menganggukkan kepalanya, anggukan dari ahjussi cukup membuatkan aku rasa dekat dengannya.

Aku pandang Danny pula, sungguh aku tak sangka Danny yang dulu selalu ingatkan aku tentang solat dan aurat kini telah berubah menjadi sedemikian rupa.

"Ameena, terima kasih sebab sudi jumpe abang dan sudi bagi abang peluang untuk jelaskan semua". Danny memulakan bicara.

"Hm, ape yang kau nak jelaskan? Tolong Danny aku nak semua settle malam ni, kau pon tahukan aku dah bahagia sekarang".

"Maafkan abang sebab sakiti Meena, haritu abang betul-betul tak boleh kawal marah abang.

"Macam mana nak kawal marah kalau diri sendiri pon kau dah tak boleh kawal Danny.. Kenapa kau boleh berubah jadi seteruk tu? Kau jugak yang selalu pesan dekat aku, ' Ingat Allah Meena, Dia sentiasa lihat kita' kau dah lupe ke ape yang kau selalu ingatkan aku dulu".

"Ye abang tahu Meena, abang terlalai dengan dunia sementara ni. Lepas kita putus, abang betul-betul menyesal curang belakang Meena dan tuduh arwah umi penyebabnya. Tapi waktu tu ego abang tinggi, abang rasa maruah abang akan jatuh kalau abang mintak maaf dengan Meena. Dan waktu tulah, abang mula terjebak dengan arak, club, perempuan dan pil. Hari ke hari abang makin hanyut Meena, dua minggu lepas abang nyaris accident waktu memandu dalam keadaan mabuk dan saat tu abang betul-betul takut akan mati dalan keadaan hina. Abang mula terpikir akan tak terhitung banyaknya dosa-dosa yang perlu abang tanggung, salah satunya dosa abang terhadap Meena. Maafkan abang Meena, abang betul-betul mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki maafkan abang Meena. Abang sedar abang telah berkali-kali lukakan hati Meena dan abang jugak sudah sakiti fizikal Meena. Maafkan abang...".

"Hmm, kalau betul-betul kau dah insaf dan sedar dengan segala perbuatan kau. Aku dah takde hak lagi untuk terus menghukum kau Danny, cuma aku berharap kau tak ulangi akan kesilapan kau ni". Balasku.

"Abang berjanji dengan Meena, abang takkan ulangi lagi akan segala kesilapan abang selama ni. Kita mula balik ye Meena, abang janji takkan curang lagi dan takkan sesekali tinggalkan Meena. Kalini abang akan lebih menghargai Meena ye sayang..". Danny merayu-rayu.

"Ape yang kau merepek ni Danny?? Aku ingatkan kau betul-betul dah sedar". Kataku dengan geram dengan sikap Danny.

"Tolong Meena, abang perlukan Meena dan sokongan dari Meena". Pujuk Danny lagi.

"Aku akan bagi kau sokongan Danny, aku akan sentiasa sokong kau. Tapi untuk kita sambung balik hubungan yang dah lama terputus tu adalah tak mungkin". Jelasku.

"Tapi Meena abang..". Danny cuba memujuk lagi.

"Aku rasa sampai sini jelah perjumpaan kita, aku harap kau tinggalkan semua perbuatan yang dilarang Allah dan teruskan usaha kau untuk kembali ke jalan Allah".

"Dan aku harap jugak, perjumpaan kali ni akan jadi perjumpaan terakhir kita. Kau tolong jangan cari aku lagi..". Tambahku lagi dan aku bangun dari kerusi menuju ke meja yang diduduki Nina, Ajwa dan Geum Bi.

"Meena, tolong jangan buat abang macam ni..". Danny tidak berhenti memujuk dan cuba mengejar aku.

"Danny, tolonglah hormat keputusan Meena. Dia dah cukup bahagia dengan kehidupan dia sekarang, jadi kau tolonglah move on dan bertaubatlah". Akhirnya Put bersuara.

"Hm, baiklah. Maafkan abang Meena..". Jawab Danny selepas lama terdiam dan berjalan keluar dari cafe.

"Aku berharap sangat dia berubah Put". Kataku.

"Hm, aku pon Meena. Sebagai cousin, aku sendiri tak sanggup tengok dia terus hanyut". Ujar Put pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience