Bab 5

Romance Completed 5236

"Along..., alongg..". Kejut adik

"Hmm kenapa?" Soalku

"Jom keluar long, adik dah lama tak keluar shopping".

"Along ngantuk la dik, along tak tidor semalam 8 a.m tadi baru tidor. Lagipon sekarang baru pukul 10.30 a.m".

"Kalau macamtu kita keluar pukul 12 p.m ek along? Along pleasee. Hmm dulu umi selalu bawak adik keluar shopping, makan-makan". Ujar adik dengan mata yang berair tahan sebak.

"Hmm yelah, yelahh. Bagi along tidor kejap, 12 p.m kita keluar". Ujarku mengalah.

Setelah selesai bersiap aku turun ke bawah, kelihatan adik dan achik sedang menonton tv. Aku berjalan ke dapur dan cukuplah segelas fresh orange dan sebiji karipap sardin untuk alas perut.

"Adikk..., angah jom, tadi bukan main lagi nak shopping. Haa ada duit ke ni nak shopping?".

"Angah tak dapat ikut long, kejap lagi kawan nak datang". Ujar angah.

"Pulakk.., hm tak pelah. Adik kenapa muka macamtu?"

"Along...., adik mana ada duit. Duit belanja bulan ni dah habis". Jawab adik sambil tersengih.

"Along tahu, tahuu sangat dengan sikap boros adik tu. Dah jom kita pergi, dah 12.15 p.m ni".

Sejam kemudian. "Adik, dah laa. Dah banyak sangat tu, berapa banyak duit along habis ni". Tegurku selepas sejam ikut budak bertuah tu pusing mall.

"Okey okey.. Jom pergi makan along, lapar..". Kata adik sambil senyum memujuk.

"Jom, along pon lapar ni. Adik nak makan apa?"

"Emm, Subway jela long".Tunjuk adik kearah kanan.
"Okay, jom. Ramainya.., lupa pulak hari minggu. Adik duduk meja kosong sana".

"Okey, macam biasa ek along".

"Ya..". Balasku

Ketika sedang asyik makan, tiba-tiba bahuku dicuit seseorang lalu aku menoleh.

"Eh, ahjussi...". Kataku dengan terkejut.

"Anyeong.. Boleh kami tumpang meja kamu? Semua meja sudah penuh". Kata ahjussi.

"Ye ye, boleh.. Boleh..". Balasku

"Gamsahamneeda ahjumma". Kata kanak-kanak perempuan itu dengan gembira sambil pandang ke arahku.

"Geum Bi, panggil unni bukan ahjumma". Kata ahjussi.

"Gwenchanayo, ahjussi. Saya tak kesah". Ujarku.

Ireumi mwoyeyo?" Tanyaku kepada Geum Bi.

“Joneun Jung Geum Bi imnida. Jeoneun yeol sal ieyo." Balas Geum Bi.


"Geum Bi, cantik nama kamu. Okey, nama ahjumma Hawa Ameena dan ini adik ahjumma Hawa Khateeja. Geum Bi boleh panggil dia unni ya." Kataku pula.

"Ne ahjumma". Balas Geum Bi senyum.

Aku pandang ahjussi, dia tersenyum tengok aku layan kerenah Geum Bi anaknya yang comel itu.

"Oh, ne. Joneun Jung Yong Joon imnida". Kata ahjussi sambil tersenyum manis dan memandang tepat ke mataku.

Ohmaigad, Jung Yoon Joon ahjussi. Stop it, pleasee. Aduh, senyuman dia betul-betul mencairkan hati aku yang keras bagai batu ni dan bunga-bunga sakura tengah segar indah dalam hati aku. Ohh Yong Joon ahjussi.

“Mannaso bangawoyo ahjumma, unni..Anyeonghi gyeseyo”. Ucap Geum Bi

"Ne, anyeonghi gaseyo Geum Bi". Balasku pula sambil melambai.

Selepas kami berpisah di parking lot, aku terus drive pulang kerumah. Drive dengan senyuman hingga ke telinga. Jung Yoon Joon ahjussi.....


***************

Aku berjalan ke dapur membancuh secawan nescafe dan membawanya ke bilik kerja. Apartment ini dibeli aku setahun lalu, sebelum ini aku merupakan seorang pensyarah disebuah kolej swasta disini. Menjadi seorang pensyarah adalah cita-cita aku dari kecil, tetapi untuk meluangkan lebih masa bersama anakku Geum Bi aku membuat keputusan untuk berhenti dan membuka "Sonata Cafe".

Sejak perpisahanku dengan Hyo Rin iaitu bekas isteriku 4 tahun lalu, hatiku telah tertutup rapat. Dan aku betul-betul terluka dengan perpisahan kami hingga aku mengambil keputusan berhijrah ke Malaysia bersama anakku Geum Bi. Hati ini juga tak pernah terbuka untuk menerima akan wanita-wanita yang pernah cuba untuk mendekatiku selama ini.

Hawa Ameena, nama yang sangat cantik secantik tuannya. Ameena sangat lain, dia tidak seperti wanita-wanita yang pernah aku kenal. Sudah beberapa kali aku ternampaknya ketika ke bank, Ameena akan duduk bersila dilantai berborak mesra dengan sepasang suami isteri warga emas yang menjual kerepek disitu. Setiapkali itu jugaklah mataku terpaku padanya dan aku berdiri dari jauh memerhatikan kemesraan mereka. Ya, hati aku betul-betul tersentuh bila melihatnya.

Kunjungan Ameena ke cafe ku adalah sesuatu yang tidak pernah aku jangka. Kehadirannya hari itu membuatkan aku tersenyum seharian. Perjumpaan siang tadi pula amat membahagiakan aku, duduk berhadapan dengannya betul-betul mengetarkan hatiku. Dan ini sudah cukup menyakinkan bahawa aku telah jatuh cinta pada Hawa Ameena.

Tapi... Aku tidak terlalu tua ke untuk Ameena.

"Appa...". Panggil Geum Bi dan terus duduk dikerusi hadapan ahjussi.

"Ne, waeyo Geum Bi ya? Hmm.. Kamu lapar ke?".

"Aniyo appa.. Geum Bi seronok sangat hari ini. Geum Bi suka ahjumma, dia layan Geum Bi dengan baik. Appa nanti suruh la ahjumma datang cafe, Geum Bi nak jumpa ahjumma lagi". Ucap Geum Bi dengan senyuman lebar.

"Geum Bi betul-betul seronok ya tadi. Okey nanti appa bagitahu ahjumma ya. Sekarang Geum Bi masuk bilik tidur ya, sudah lewat ni". Balas ahjussi.

"Araso appa.. Annyeonghi jumuseyo appa. Saranghea..".

"Ne, saranghea ttal...". Ucap ahjussi melihat Geum keluar dari bilik kerjanya.

Hmm macam mana mahu bagitahu Ameena, No.henfon dia pon aku tiada. Harap-harap dia datang ke cafe dalam masa terdekat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience