Bab 9

Romance Completed 5236

Malam nanti kami akan celebrate birthday adik, celebrate dekat restoran yang angah handle so senang semua angah akan suruh pekerje sediakan.

"Emm rasenya semua dah settle cuma kek je aku kena pergi ambik petang nanti". Omelku sendiri.

"Hadiah pon dah ade.. Kawan-kawan adik petang kang datang. Ape lagi yee..??? Haa Geum Bi.. Ya Allah macam mana pulak boleh lupe jemput Geum Bi ni.. Call ahjussi jela, mintak kebenaran dia dulu..". Lantas aku mendail nombor ahjussi.

"Yoboseyo, ahjumma..".

"Geum Bi..., appa ade?".

"Ada, tengah mengambil pesanan".

"Geum Bi, nak ikut ahjumma tak celebrate birthday unni? Dan malam ni Geum Bi tidor rumah ahjumma. Nak??". Tanyaku.

"Nak nakk... Geum Bi nak celebrate birthday unni, Geum Bi nak tidur rumah ahjumma". Jawab Geum Bi dengan teruja.

"Okey kalau macam tu, bagi henfon pada appa.. Ahjumma nak mintak kebenaran dengan appa Geum Bi".

"Ne, araso ahjumma. Sekejap ya..".

"Hello..". Henfon telah bertukar ke tangan ahjussi.

"Ahjussi, saya ni Ameena".

"Ya Ameena. Kenapa? Geum Bi bagitahu Ameena ada sesuatu nak tanya saya".

"Tak ahjussi, sebenarnye macam ni.. Malam nanti saya dan adik-adik nak celebrate birthday Eeja (adik) kat restoran, jadi boleh ke kalau saya nak bawak Geum Bi??".

"Ohh, boleh Ameena. Tiada masalah, saya benarkan.. Nak saya hantarkan Geum Bi ke restoran ke?".

"Takpe ahjussi, petang nanti saya akan datang jemput Geum Bi dicafe. Tapi satu lagi ahjussi, boleh ke kalau malam ni Geum Bi bermalam dirumah saya? Esok pagi-pagi saya akan hantar Geum Bi ke cafe atau kerumah ahjussi pon saya tak kesah". Tanyaku lagi.

"Emm boleh Ameena.. Saya sendiri takut untuk tidak berikan kamu kebenaran, Geum Bi di sebelah saya ini sudah jeling-jeling dan gayanya seperti sudah bersedia untuk mencubit saya. Hahaha". Ujar ahjussi diakhiri dengan ketawa.

"Haha, nakal ye Geum Bi.. Terima kasih ahjussi, terima kasih sangat-sangat.. Pukul 4 petang nanti saya datang jemput Geum Bi di cafe ye."

"Sama-sama Ameena. Jumpa nanti ya..".

Selepas tamatkan panggilan aku turun dari katil dan menuruni tangga terus menuju ke dapur. Belum breakfast lagi, jam dah pukul 12 tengahari tunggu lunch ajelah terus.

"Nek..., masak ape tu? Aku sapa nekmah yang sedang memasak.

"Along... Nek masak asam pedas ikan pari kesukaan along". Ujar nekmah tersenyum.

"Ya Allah nek..., sedapnya. Along dah tak sabar nak makan ni..". Kataku dengan teruja.

"Dah nak siap ni, sikit je lagi. Nanti nek hidangkan untuk along ye".

"Terima kasih nek, selalu masakan makanan kesukaan along..".

"Sama-sama sayang.. Along duduk sini, dah siap ni..nek hidangkan kejap ye".

3.30 p.m aku gerak ke kedai kek untuk ambik kek birthday adik yang angah tempah semalam. Lepas tu, tanpa membuang masa aku terus drive ke cafe ahjussi. Kelihatan Geum Bi tengah khusyuk melukis dan ahjussi pulak tak kelihatan, mungkin di kitchen.

"Geum Bi...". Sergahku dari belakang terlompat jugaklah budak tu terkejut.

"Ahjummaaa.., terkejut Geum Bi". Kata Geum Bi tergelak.

"Hahaa, mianhee sayang.. Ahjumma saje kacau, yela Geum Bi fokus melukis tak perasan pon ahjumma datang".

"Lukisan Geum Bi ni hadiahkan kepada unni". Ujarnya dengan senyuman.

"Ohh yee.. Geum Bi lukis ape? Ahjumma nak tengok..".

"Ahjumma tak boleh tengok, belum siap lagi".

"Ameena, bila sampai?". Tegur ahjussi

"Ahjussi, saya baru je sampai ni".

"Lepasni terus ke restoran ke?".

"Tak.., balik rumah dulu. Pukul 8 p.m baru keluar..".

"Ohh. Ameena nak minum dan makan apa? Saya ambilkan".

"Emm, air kosong jela ahjussi".

"Air kosong saja? Makan?". Tanya ahjussi lagi

"Takpe, air kosong je ahjussi. Saya masih kenyang". Huhu, takkan nak gitau lunch tadi aku bedal nasi sampai dua pinggan, asam pedas ikan pari nekmah punya pasal.

Seronok sangat berborak dengan ahjussi, dia memang seorang yang berilmu. Takdenya dia nak sembang kosong dan benda-benda yang tak berfaedah ni. Malahan artis-artis korea baru 2000-2017 yang aku sebutkan nama satu pon dia tak kenal.

Tetapi kalau penyanyi dan band veteran tahun 80an, 90an dia kenal pulak sedangkan ahjussi ni takdelah tua sangat baru 40 tahun. Katanya lagu-lagu retro lagi mudah untuk dipahami berbanding lagu-baru dari group idol.

Tepat jam 6 p.m, aku dan Geum Bi terus balik ke rumah. Seronak tengok Geum Bi tersenyum je dari tadi. Tapi yang takleh blah, tadi dia sempat pesan dekat ahjussi supaya jangan nakal-nakal selama dia takde nanti. Huhuhu

"Sayang.. Jom turun dah sampai".

"Besarnya rumah ahjumma.., ada swimming pool tak? Geum Bi suka swimming".

"Ade.. Nanti esok pagi kita mandi kolam ye. Jom masuk".

Terserempak dekat tangga dengan baba, "Along.., anak sape ni? Kawan adik ke, baba tak pernah tengok pon".

"Anyeonghaseyo harabeoji..". Geum Bi menyapa baba.

"Eh along anak korea dari mana kamu bawak balik ni? Mak bapak dia mane?".

"Hahaha.. Baba ni kelam kabut pulak. Ni Jung Geum Bi, kawan along dan adik. Along ajak dia celebrate birthday adik dan Geum Bi tidor sini tau malam nanti".

"Mak bapak dia tak marah ke along?". Tanya baba lagi.

"Tak ba, along dah mintak kebenaran dengan ayah dia. Kami masuk bilik dulu ye ba".

"Haa yelah..".

Lima minit sebelum azan maghrib, aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dan bergegas mahu ke bilik solat, kerana waktu maghrib, isyak dan subuh kami akan solat berjemaah.

"Geum Bi duduk dalam bilik ye tengok tv, ahjumma nak ke bilik depan kejap". Kataku dibalas anggukan dari Geum Bi.

Aku keluar dari bilik dan turun tangga untuk ke bilik solat di tingkat 2, di separuh jalan baru aku tersedar yang aku lupe bawak telekung.

Kedengaran azan maghrib berkumandang dari masjid berdekatan. Aku bukak pintu bilik, Geum Bi tidak kelihatan dan aku menoleh ke pintu bilik air yang tidak bertutup. Sungguh aku terkejut bila terlihat Geum Bi sedang mengambil wudhuk. Geum Bi berjalan keluar dari bilik air, membuka begnya mngeluarkan telekung.

"Geum Bi nak buat ape ni?". Tanyaku agak terkejut

"Geum Bi nak solat maghrib, kan sudah masuk waktu". Balasnya bersahaja.

"Geum Bi.., beragama islam??". Tanyaku.

"Ne ahjumma, appa juga. Appa yang ajarkan Geum Bi solat". Balas Geum Bi lagi.

"Alonggg, kenapa lambat sangat?? Cepatlah sebelum azan habis, kang baba marah pulak". Jerit adik dari luar.

"Eh Geum Bi islam?". Tanya adik pula.

"Dah jom, azan dah habis tuu. Geum Bi jom kita solat berjemaah". Ujarku.

Perkara ni betul-betul mengejutkan aku, sungguh aku tak sangka dua beranak ni dah memeluk agama islam. Kerana ahjussi sendiri tidak pernah bagitau aku ape-ape pasal ni. Dan bukan aku dan adik je yang terkejut, tapi baba dan yang pon sama.

Tepat 9 malam kami gerak ke restoran dengan menaiki kereta dipandu baba. Direstoran semua sudah disediakan oleh pekerje.. Kami hanya nyanyi, potong kek dan ngap. Malam ni semua bergembira, gelak tawa dan senyuman tak lekang di bibir mereka. Pandangan ni betul-betul buat hati aku senang, Geum Bi juga kelihatan begitu seronok melayan kereneh semua. Bagi aku pulak, melihat mereka tersenyum gembira sudah cukup membahagiakan aku. Sesudah hantar kawan adik Jasmin dan Windy kerumah masing-masing, baba terus memandu pulang kerumah. Adik, achik dan Geum Bi kelihatan seronok bergurau antara satu sama lain.

Sebelum tidor Geum Bi mintak aku call ahjussi, katanya nak ucapkan selamat malam.

"Yoboseyo..".

"Appa... ini Geum Bi".

"Ne, waeyo Geum Bi? Rindu appa ke?". Tanya ahjussi.

"Ne appa, bogoshipo..".

"Appa pon rindu Geum Bi juga.. Seronok tak kat sana?".

"Seronok sangat appa.. Geum Bi jumpa harabeoji, angah oppa, achik oppa dan unni".

"Wah seronok nyaa..".

"Em seronok sangat.. Appa Geum Bi dah mengantuk, Geum Bi tidor dulu ya.. Anyeonghi jumuseyo appa, saranghae..".

"Ne, saranghae ttal..".

Geum Bi menghulurkan henfon kepadaku, "Ahjussi..". Aku memanggil.

"Ya Ameena..". Ahjussi menyahut.

"Esok saya hantar Geum Bi selepas lunch boleh? Saya dah janji dengan Geum Bi, pagi esok nak mandi kolam".

"Oh okey tak mengapa, boleh saja. Asalkan anak saya gembira, ini kali pertama dia bermalam diluar".

"Terima kasih ahjussi.. Emm, ahjussi saya nak tanya sikit boleh?".

"Ya boleh, apa Ameena?".

"Hmm, ahjussi tak gitau saya pon yang ahjussi dah convert kepada agama islam..".

"Hahaa.. Oh kamu sudah tahu ya? Saya bukan tak mahu bagitahu, cuma kamu yang tidak bertanya".

"Ahjussi ni... Takkan saya nak tanya kot..".

"Hahaa.. Sudah setahun lebih saya convert dari kristian kepada islam. Alhamdulillah, berhijrah ke sini adalah pilihan yang terbaik pernah saya buat".

"Ahjussi dan Geum Bi tak tukar nama ke..?".

"Tukar, nama islam saya Muhammad Luthfi Jung dan Geum Bi pula Nur Aisyah".

"Tapi kenapa masa dekat Subway ahjussi dan Geum Bi perkenalkan diri dengan nama asal..?". Tanyaku lagi tak puas hati.

"Ohh saya yang ajarkan Geum Bi begitu.. Supaya Geum Bi tidak lupa asal-usul kami, biarpon kami sudah beragama islam dan duduk di negara islam".

"Hmm okey, jawapan yang boleh diterima akal". Ujarku.

"Hahaa, maaf ya Ameena. Tidak beritahu kamu awal-awal".


***************

Selepas solat subuh berjemaah, Geum Bi sambung tidor balik. Disebabkan semalam pukul 1 a.m aku dah tidor, so pagi ni aku rajinkan diri masuk dapor tolong nekmah siapkan sarapan.

"Selamat pagi nek...".

"Selamat pagi along". Balas nekmah.

"Nak masak ape pagi ni nek?".

"Nek nak masak nasi lemak sambal udang".

"Sedap tu nek.. Along nak telur mata tau.., taknak telur rebus".

"Ye nek tau, along tak suka telur rebus. Adik pulak tak suka sambal bilis, ikan bilis digoreng garing je dimakan".

"Hahaa, mengada-ngada betul kami ni kan nek. Meh along tolong sediakan bahan untuk buat sambal".

Sesudah memasak, aku naik ke bilik untuk mandi. Selesai mandi boleh pulak aku terlupe ambik pakaian nak dipakai untuk mandi kat pool sebentar lagi. Dengan hanya bertuala aku keluar dari bilik air, ketika sedang ambik pakaian di almari Geum Bi bangun dari tidor.

"Ahjumma...".

"Geum Bi dah bangun? Lena tak tidor". Aku pusing menghadap Geum Bi di katil.

"Emm, lena.. Ahjumma itu kenapa?". Tanya Geum Bi menunjuk ke arah parut di dada aku.

"Ohh.. ini parut operation".

"Operation? Ahjumma sakit ke??". Tanya Geum Bi dengan gelabah.

"Emm, tapi dulu la masa ahjumma sekolah. Sekarang ahjumma dah sihat". Ujarku tersenyum.

"Betul dah sihat?". Tanya Geum Bi lagi.

"Ye sayang sekarang ahjumma dah sihat. Ahjumma masuk bilik air kejap ye..".

"Okey ahjumma..".

"Geum Bi.. Pergi cuci muka, gosok gigi dan tukar pakai baju mandi ye". Arahku sebaik keluar dari bilik air.

"Baik ahjumma".

"Dah bangun belum si angah, achik dan adik ni. Harini kan ahad, syiok jugak kalau breakfast ramai-ramai kat pool. kena pergi kejut ni...". Omelku sendirian.

Aku bukak pintu bilik angah, tengah dia tengah terbongkang atas katil. "Hoi angah, bangun.. bangunn..., dah pukul 8.30 ni".

"Ape?? Aku mengantok lah long..".

"Bangun lah, breakfast kat pool. Kesian Geum Bi tu, nak swimming katanya".

"Alaa... Ha yelah, yelahh.. Aku bangun.".

"Bukaklah mata tu baru aku percaya kau bangun..".

"Yee, hah tengok aku dah bangunkan ni". Kata angah dengan bengang.

"Hahaa, bagos.. Lagi 10 minit kau tak turun siap kau ngah". Ugutku pula.

Aku berjalan ke bilik achik pula, budak ni selalunya dah bangun waktu macamni. Aku bukak pintu dan nampak achik tengah belajar dimeja study, tahun ni dia spm.

"Achik, ulangkaji ke?".

"Along, haah buat ulangkaji sikit".

"Ohh, bagoslah. Achik jom turun breakfast dulu, jom semua berkumpul kat pool".

"Okey kejap lagi achik turun, nak siapkan 3 soalan lagi ni..".

"Baiklah, jangan lupe turun pulak".

Aku ke bilik adik pulak, bukak je pintu ternampak adik tengah khusyuk membaca novel di katil.

"Hamboii heaven nampak..". Sindirku

"Alonggg, terkejut adik".

"Kau ni dik, tahun ni kau pt3 kan?".

"Yelah, kenapa long?".

"Ohh sedar, aku ingatkan dah lupe ke ape. Best tak novel tu??". Sindirku lagi.

"Alaa, baru baca Bab3 long. Pagi-pagi otak adik tepu sikit, itu yang adik baca novel ni. Kasi hilang sikit tepu tuu".

"Ohh, pandainya kau dik.. Prof mane ajar kau ni?? Banyaklah kau punya tepu. Dah, jom turun breakfast.. Geum Bi dah tunggu kat pool".

Sesampai di pool, kelihatan Geum Bi tengah bersembang dengan baba. Siap gelak-gelak lagi, ape pulak yang dorang sembangkan ni. Aku ke dapor untuk mengangkat hidangan ke patio.

"Nek, jom sarapan sama kat patio".

"Ha yelah.. Kejap lagi nek pergi, nek nak cuci kuali ni dulu".

Aku ke patio membawa hidangan, kelihatan budak bertiga tu tengah berswimming dengan Geum Bi di pool.

"Selamat pagi baba..". Aku sapa baba yang tengah membaca newspaper.

"Selamat pagi along, nekmah masak ape pagi ni?".

"Nasi lemak sambal udang ba..".

"Huih sedap tuu..". Aku menghulur pinggan berisi nasi dan sambal undang kepada baba.

"Terima kasih..". Ucap baba lalu memulakan suapan.

"Geum Bi, angah, achik, adik.. Naik breakfast dulu..".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience