Bab 2

Romance Completed 5236

Tok! Tok! Tok! Tok!

"Alongggg bangunnnnnn!!! Ish tidur mati gamaknya si along ni. Ngomel adik lalu memulas tombol pintu.

"Along bangun lah, baba cakap along ada pendaftaran kolej harini. Alongggg!" Jerit adik sambil menampar bontot si kakak.

"Astafirullahalazimm, Ya Allah apa kena dengan kau ni dik. Terkejut lah, kang ada jugak makan penampar aku pagi-pagi ni". Marah aku sambil mencabut earphone dari telinga.

"Tak takk, sorry along. Lah patut la adik ketuk pintu tu bagai nak tercabut tapi tak bersahut. Hmmm rupanya earphone punya angkara".

"Hah kenapa kejutkan along pagi-pagi ni? Baru pukul 7, along masuk ofis 9.30 lah".

"Heiii along ni. Lupa lah tuu, harini kan along ada pendaftaran".

"Pendaftaran apa pulak kau ni dik? Hishh dah la, along nak tido laa. Mengantuk ni".

"Ya Allah orang tua ni, pendaftaran kolej lah. Kan baba dah gitau semalam".

"Kolej?? Masya Allah. Hahahahaa, boleh terlupa pulak. Adehhh". Aku ketawa kuat.

"Hahaha. Sengal lah along ni, dah la bangun cepat. Adik dah lambat nak pergi sekolah ni. Adik pergi dulu yee, bye alongg". Adik berlalu pergi sambil melambai.


**********

"Meena, kau jadi ke balik rumah?" Tanya roommate aku puteri.

"Aah, jadi laa. Cuti study week kan seminggu, balik rumah la boleh jumpa adik-adik dan baba".

"Alaa yeke? Maknanya aku tinggal sorang lah ni. Nina dengan Ajwa agaknya dah sampai Melaka".

"Eh kau tak balik Johor ke? Kenapa?".

"Daddy and mummy aku outstation, so kalau aku balik pon duduk dengan bibik je".

"Lah macam tu pulak, dah la cepat kemas. Ikut aku balik je".

Puteri, Nina dan Ajwa adalah roommate aku. 3 orang ni memang satu kepala dengan aku, iaitu hantu kdrama and RunningMan. Tetapi dorang bertiga memang anti dengan Lee Kwang Soo aku, apebenda tah. Kwangsoo oppa bukan main punya hensem dorang boleh cakap macam zirafah.

"Meena, breakfast dulu jom. Aku lapar la".

"Boleh jugak, aku pon lapar ni". Jawabku.

"Kau masuk simpang depan, haa ke kanan. Kalau tak silap aku ada cafe baru area sini".

"Haa ni Meena, parking depan tu kosong. Okey jom, aku lapar tahap kebulur dah ni". Tambah Puteri.

"SONATA CAFE. Hmm, wei Put aku je ke yang rasa cafe ni ala Korea. Aura dia pon lain ni wei, macam kat Korea pulak".

"Haah wei, aku pon rasa macam tu jugak. Owner peminat kdrama kot, macam kita". Balas Put.

"Hmm mungkin jugakkk". ujarku dan terpandang waiter yang menuju ke arah kami. Ohmaigad! Ohmaigad! Ohmaigad! Ahjussi sekacak Gong Yoo datang membawa menu.

"Anyeonghaseyo. Eotohke jineseyo?
Selamat datang ke Sonata Cafe, ini menu cafe kami". Ahjussi sekacak Gong Yoo menyapa kami.

"Anyeonghaseyo. Eh betullah tekaan kami, owner cafe orang korea". Kata Put.

"Ya, saya dari Korea. Tetapi sudah 3 tahun tinggal di Malaysia". Balas Ahjussi sekacak Gong Yoo sambil tersenyum manis.

"Oh patutlah Ahjussi fasih berbahasa melayu". Ujarku spontan.

"Eh kau ni Meena, sesedap je panggil orang ahjussi". Marah Put.

"Eh tak mengapa, betullah tu saya sudah ahjussi. Umur saya kalau di korea sudah 40(di korea bilamana bayi dilahirkan, seorang bayi ini dikira berumur setahun) tetapi disini baru 39 tahun. Apa orang melayu panggil, haaa pakcik". Kata ahjussi sekacak Gong Yoo sambil ketawa kecil.

"Rupanya pakcik-pakcik korea memang hensem dan bergaya la Meena macam dalam kdrama". Ujar Put sesedap mulut.

"Eh kau pulak yang melebih. Dah la cepat order".

"Okey-okey. Kejap ye pakcik". Kata Put lagi, aku didepan ni dah jeling-jeling pon buat taktahu je pompuan ni.

"Jjajang myeon dan Matcha Green Tea Ice Blended. Kataku sambil pandang ahjussi sekacak Gong Yoo yang sedang tersenyum.


****************

Ohmaigad, cair betul hati ni. Taman hatiku yang selama ini hanya dipenuhi bunga raya kini penuh dengan bunga-bunga sakura. Oh ahjussi, senyuman mu buatku terbayang-bayang.

"Harrggghhhhh!"Sergah Put dan adik.

"Ohhh ahjussi ku sayangg yangg yangggg". Termelatah aku akibat terkejut disergah.

"Hahahaha, berangankan pakcik korea rupanya kau Meena. Hahahahaa". Ketawa Put macam orang gila.

"Hahaha. Eh ehh, pakcik korea mana ni kak Put?" Tanya adik.

"Heiii haram j**** betul lah korang dua ekor ni. Ade jugak karang yang kena penyepak aku ni". Marahku sambil mengurut dada.

"Hahahaha rileks lah Meena". Pujuk Put yang masih ketawa.

"Rilek acik kau put. Dah la dari aku layan korang, baik aku turun bawah, makan lagi bagos". Marahku lagi.

"Along pakcik korea mana ni?" Tanya adik.

"Dah la kau dik, kawan jela kau dengan pompuan sewel tuu". Kataku sambil berjalan keluar dari bilik.

"Bongok betullah dua ekor tu, kuss semangat aku. Hei macam nak gugur jantung ni haaa". Aku membebel sambil turun ke dapur.

"Nekmahh ohh nekk". Panggilku

"Ya along, nek kat dapur ni".

"Nek masak apa? Along lapar la nek".

"Cucu nek lapar ya, kejap dah nak siap ni. Nek buat cucur udang".

"Wahh sedapnya nek, kena pulak dengan kopi O". Kataku sambil peluk nekmah dari belakang. Nekmah dan suaminya, Tokmat sudah 25 tahun kerja dengan keluarga kami. Dan kami sekeluarga dah menganggap mereka macam keluarga kandung sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience