BAB 9

Romance Completed 16237

Kali ini aku mendapat bunga lily dengan sekeping poskad yang berbentuk hati. Rasa teruja menerjah dihati. Aku mengukir senyuman manis. Tak tahu siapa pengirimnya. Barangkali nama pengirimnya tidak pernah tercatit di dalam kad.

Aku semakin keliru. Sudah masuk keempat belas penghantar bunga ini tidak berhenti menghantar bunga lily di atas mejaku. Rasa macam hendak tahu siapa pengirimnya. Tapi itu bukan kerja aku hendak menyiasat benda-benda macam ni. Baik aku duduk dekat tempat kerjaku. Masih banyak lagi kerja yang hendak diselesaikan.

Aku mengelengkan kepala. Bunga lily aku letak ditepi. Kali ini aku berlembut hati untuk tidak membuangnya di dalam tong sampah. Entah kenapa hatiku mulai rasa sayang terhadap bunga lily ini.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering berlagu hazama malaikat. Masih tidak tertukar lagi lagunya, malas hendak memuat turun lagu baru. Tertera nama ‘emak’ di talian. Mesti ada benda yang emak nak sampaikan ini. Kalau tidak kenapa emak beriya-iya hendak menelifon aku dalam waktu sebegini.

“Asalamualaikum mak.” Aku memulakan bicaraku. Kemudian baru terdengar suara emak menjawab salam.

“Nahwah, mak nak cakap ni pasal Nukman.” Aduh mak ni. kalau tak pasal Nukman tidak sah. Ini mesti kes pasal rombongan merisik keluarga Nukman. Kan aku kata, aku tak sedia lagi. Hatiku mula membengkak.

“Apa mak? Nahwah tak sedia lagilah. Banyak bendalah Nahwah nak fikir daripada fikir pasal Nukman tu.” Aku malas hendak menjawab isu Nukman. Lantaklah dia.

“Mak nak cakap yang Nukman sudah balik sini. Dia dah dapat kerja dah dekat Kuala Lumpur. Nanti kau jumpalah dengan dia tu.”

“Uh? Cepatnya dia balik sini? bukan ke dia ada setahun lagi ke dekat sana? Alah itu kalau dapat jumpa dia. Kalau tak dapat, nak buat macam mana dah tak ada rezeki.” Kataku.

Malas nak fikir berapa lama dia belajar dekat sana. Ish, jahatnya aku. Entah kenapa aku rasa benci sangat dengan dia padahal dia tak buat apa-apa salah pun. Ya! Memang dia salah sebab dialah punca aku pening kepala tentang rombongan merisik dia tu. Aku tak faham betullah. Sudahlah aku pening dengan siapa pengirim bunga ni tambah lagi si Nukman tu. Aduh! Serabut.

“Mak pun tak faham sangat. Tapi mak dia ada cakap Nukman nak sangat bertemu dengan kamu dekat kl nanti bila dia dah kerja.”

“Nak jumpa buat apa?” pelik aku.

“Entah mana mak tahu. Ok lah, mak ada hal ni. Mak telefon ni sebab hal Nukman ni je.”

Talian terputus sebelum sempat aku membalas. Sabar sajalah hatiku.

Pintuku diketuk. Aku terkejut. Rupanya Iffat Iftiqar. Dia tersenyum padaku. Aku membalas balik. Sekejapnya dia balik dari Maldives? Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan buah hatiku. Kalau dia tahu apa hatiku berkata, memang dia akan gelakkan aku.

“Nahwah tengahari ni awak free tak?” soalan biasa bagi aku.

“Em, rasanya free. Kenapa ye?” soalku balik.

“Nak ajak awak keluar makan. Boleh kan?” dia mengenyit matanya. Aku tak dapat menahan ketawa. Ada-adalah Iffat ni.

“Er, cantik bunga dekat atas meja awak tu.” Iffat memandang bunga lily yang berada disebelahku.

“A’ah cantik sangat.” Kataku. Entah kenapa boleh pulak aku kata begitu. Sedangkan aku tak suka bunga langsung. Menipu sunat! Hatiku turut tergelak sekali.

“Awak suka?” Iffat nampak teruja bila aku kata bunga lily tu cantik.

“Taklah suka sangat. Tapi orang dah bagi kena sukalah.” Jawabku. Dia mengganguk pelahan. Entah kenapa Iffat hari ini? Tengok macam tak kena je. Aku rasa aku dah jawab dengan jawapan yang tepat dan bernas sekali.

“Kenapa ni Iffat?” Soalku ingin tahu. Dia dari tadi termenung di hadapanku. Baru balik dari Maldives, takkan sampai mamai macam ni?

“Oh. Tak ada apa. Ok. Jumpa nanti dekat Suraya Seafood.” Aku menggangukkan kepala. Mengikut sahaja selera ketua pengarah aku ini. Tapi hatiku rasa sedikit tenang apabila Iffat masih menginggatkan diriku walaupun seminggu aku tidak berjumpa dengannya. Segalanya tentang urusan kerja.

Aku baru teringat pesan Datin Zariya menginggatkan diriku untuk mengawasi segala tindak tanduk Iffat. Tapi aku rahsiakan perkara ini daripada Iffat. Aku takut dia akan rasa rendah diri. Dia boss aku. Tapi aku pula yang mengawasi tindak tanduk dia.

Tapi aku rasa dalam waktu sekarang ini, tiada sesiapa yang mencurigakan. Semuanya dalam keadaan baik. Amboi aku ni, sudah macam detective conan pulak dah.

Sampai sahaja di meja makan. Iffat sudah memesan steamboat terdahulu. Katanya dia sudah lama tidak makan makanan Malaysia setelah balik dari Maldives. Ada-adalah. Sengaja hendak menipu aku. Padahal dia pergi sana untuk melepaskan segala masalah. Tapi aku malas hendak tanya lebih, takut seleranya termati pula.

“Hari ini saya belanja.” Aku memandang wajah Iffat yang ceria. Tidak pernah aku melihat mukanya seceria ini. Tapi aku malas mahu ambil tahu.

Aku mengambil udang dan sotong yang sudah siap dimasak. Sedap sungguh apabila ditambah dengan sup tomyam. Aku lihat Iffat begitu menikmati sekali sehingga menggabaikan aku di hadapannya.

“Kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang awak bercuti di Maldives?” soalku memecah kesunyian. Penat otakku memikirkan topik apa supaya Iffat membuka mulutnya. Dari tadi Iffat menikmati makanannya sambil menaip mesej. Aku yang berada di hadapannya, dia buat bodoh saja.

“Ni mesti ibunda saya yang bagitahu awak kan?” Iffat memandang tepat wajahku. Mukanya serius. Aku takut tersalah cakap.

“Ibunda awak amat sayangkan awak.” Aku tidak boleh menipu apa yang ibunda Iffat ceritakan kepadaku. Nampaknya Iffat tahu yang rahsianya sudah diketahui oleh aku. Aku jadi tidak senang bila Iffat bersikap dinggin denganku sebentar tadi.

“Orang lain takkan faham apa yang saya rasa.” Aku mulai rasa apa yang Iffat rasa. Aku mula buka topik ini. Sepatutnya, aku harus fikir dahulu. Apa yang patut aku buat ni?

Aku memandang Iffat menyimpan telefonnya di poket dan meletakkan chopstick di atas pinggan. Aku hanya melihat setiap gerak gerinya.

“Saya tahu awak sayangkan saya, sebab itu awak ambil berat dekat saya kan?” Iffat senyum memandangku. Aku terkebil melihat perubahan mood Iffat. Tadi dia emosi. Sekarang dia gembira. Aku pun tak faham.

“Saya hanya menjalankan tugas ibunda awak sahaja. Tak lebih dari tu.” Aku tunduk. Cuba menafikan perasaanku sendiri.

“Saya tahu awak mula sayangkan saya. Dan saya juga merasai perasaan yang sama. Cuma kita saja yang cuba menafikan perasaan itu.”

Aku perlahan-lahan memandang wajahnya. Lakonan apakah ini? Rasa hatiku mulai berdebar. Perasaan cinta yang hadir ini memang untuk awak, Iffat. Tapi aku sedaya upaya untuk menidakkannya. Tapi hari ini, Iffat mengaku tentang isi hatinya terhadapku.

“Sampai bila kita harus macam ini? Sedangkan kita cinta satu sama lain.” Aku mula membuai perasaanku. Hampir terlena dek suara sayu Iffat. Bauan sup tomyam mula menerjah ke rongga hidungku.

“Kita baru saja kenal. Lebih baik kita kawan saja dulu. Biar awak kenal saya dan biar saya kenal awak.”

Aku harus pandai mencari ayat yang sesuai untuknya. Bagiku memang aku mulai sayang terhadapnya. Persoalannya, perintah ibunya masih akan aku laksanakan. Aku sebagai PA dia sekarang ini untuk menjaganya, itulah tugas aku.

“Saya kenal awak Nahwah. Awak seorang perempuan yang lain dari yang lain. Pertama kali saya pandang awak dekat kedai kek hari tu, awak telah memberikan sinar harapan dalam hidup saya.” Aku terpempan seketika apabila mendengar ayatnya. Aku letakkan semula sudu yang aku pegang di atas meja.

“Awak tak payah nak berpuitis dengan saya. Geli saya tau tak!” aku sudah tergelak dengan sikapnya.

“Saya tahu awak sayangkan saya.”

Iffat mengenyit matanya kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Macam-macamlah Encik Iffat ni. lama-lama macam ni boleh terpaut hati aku. Tapi tak mungkin orang macam aku akan dapat memiliki Encik Iffat.

“Betul tak?” hendak jawab ke tidak ni. Wahai Encik Iffat, kenapalah engkau sengaja mendugaku saat ini.

“Makanlah cepat. Nanti lambat masuk kerja.” Dia membalas senyumanku. Ada ada saja Iffat ni. geram pula aku. Malas mahu jawab soalannya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience