BAB 14

Romance Completed 16237

“Ibunda dengar Mawar sudah berangkat ke London? Betul? Ibunda tak sangka betul.” Iffat menggangat keningnya.

Cepat betul ibundanya tahu mengenai Mawar. Padahal dirinya sendiri tidak ambil tahu tentang Mawar. Lagipun dia jarang melihat aktivitinya di ruangan Fac. Maklumlah dirinya sibuk meluangkan masa bertemu kekasihnya Nahwah. Apatah lagi, kerjanya bertimbun-timbun dekat pejabat. Untuk mengetahui perihal Mawar, memang membuatkan dirinya sakit kepala. Perempuan itu sentiasa menyerabutkan fikirannya.

“Berangkat ke London? Iffat tak tahu pun?” Iffat menggangkat bahu. Baginya, memang senang hatinya bila Mawar tidak lagi mengganggunya. Berapa lama Mawar ke London, dirinya pun tidak tahu. Iffat mengurut dadanya. Lega!

“Ibunda tahulah. Macam kamu tak kenal ibunda ni.” Datin Zariya menjelingkan matanya. Macamlah anak tunggalnya, tidak tahu tentang kuasa vetonya. Walaupun suaminya, Dato’ Zahar tidak ambil kisah tentang perihal masalah sebegini. Tapi baginya, dia perlu mengambil tindakan. Siapa lagi yang mengawal segala gerak geri anaknya, melainkan dirinya.

Tambahan pula, peristiwa tentang Mawar mempermainkan anak tunggalnya Iffat, dia mula sedar yang dirinya patut bertanggungjawab menjaga keselamatan anaknya itu selagi Iffat masih belum berkahwin. Kalau boleh, Datin Zariya tidak mahu anaknya berkahwin dengan Mawar.

Kalau dulu, memang dia suka akan Mawar dijadikan calon menantunya. Namun tidak sekarang, selepas dia mengetahui isi hati Mawar. Bagi Datin Zariya, Mawar bukanlah calon isteri yang terbaik untuk Iffat. Tapi, Nahwah Nur Sabrina adalah calon terbaik bagi anaknya.

Baru Datin Zariya menyedari bahawa harta, pangkat dan rupa tidak menjamin kebahagian. Seperti yang terjadi percintaan Iffat dan Mawar dulu. Mawar memerangkap Iffat untuk menjatuhkan suaminya, Dato’ Zahar. Datin Zariya tidak mengetahui hal ini, sehinggalah dia terdengar perbualan telefon Mawar dengan Dato’ Ismail. Dan pada waktu itu, segala kepercayaannya terhadap Mawar semakin hilang. Pada masa itulah, Mawar memutuskan perhubungan dengan Iffat, tanpa memberi kata putus.

Bila dikenangkan balik, memang terasa pedih. Dato’ Zahar pula memang tidak berkenan dengan Mawar dari mula lagi. Tapi hendak buat macam mana, sudah itu pilihan anak lelakinya. Sebagai ayah, dia akan menyokong apa sahaja keputusan anaknya. Maklumlah Iffat, satu-satunya anak lelakinya.

“Ibunda upah penyiasat persendirian lagi?” Iffat menggelengkan kepala. Sampai macam itu sekali ibundanya menyiasat.

Dari dulu lagi, ibundanya sentiasa menyiasat tentang perkara yang membuatkan ibundanya ingin tahu. Macam kes tunangnya Nahwah, ibunda mengupah seorang penyiasat untuk mengawal gerak geri tunangnya dulu. Sampai satu tahap, ada seorang lelaki memberikan sampul surat berisi duit kepada Nahwah untuk melingkupkan perniagaan syarikatnya.

Lelaki itu juga orang suruhan ibunda sendiri. Dia langsung tidak tahu, selepas ibunda menceritakan segalanya. Alasan ibundanya, mahu mengenali hati budi Nahwah. Sampai macam itu sekali perbuatan ibunda. Namun Nahwah bukanlah seorang yang penerima rasuah. Akhirnya Nahwah menolak keras.

“Ibunda akan tetap menyiasat kalau ada perkara yang ibunda nak tahu. Tak perlu risau, ibunda tak akan upah penyiasat untuk membunuh. Nanti ibunda masuk penjara pulak.” Datin Zariya tersengih memandang Iffat. Dia tahu, apa yang perlu dia buat.

“Macam macam ibunda ni.”

“Macam mana dengan urusan perkahwinan kamu? Ibunda dah bagitahu dengan keluarga Nahwah, yang perkahwinan ini harus dipercepatkan seawall bulan febuari nanti. Ibunda tak nak kamu bertunang lama-lama.”

“Awalnya? Iffat tak bincang dengan Nahwah lagi pasal ni. Kenapa ibunda nak cepat sangat? Kami baru mengenali hati budi masing masing.”

Iffat memang tidak bersetuju dengan keputusan ibundanya yang mahu mempercepatkan perkahwinan kami. Dia takut Nahwah tidak selesa tentang cadangan ibundanya.

“Jangan risau. Nahwah sudah tahu. Dia bersetuju sahaja. Dia ikut cadangan ibunda.”

‘Bila masa ibunda bagitahu Nahwah?’ pening sudah kepala iffat. kahwin dengan belum kahwin sama saja. Ibundanya tetap akan ambil tindakan dahulu tanpa berunding dengannya.

“Apa ni, ibunda? Nanti apa kata Nahwah? Nanti dia kata Iffat ni gelojoh pulak. Habis maruah Iffat ni.” Iffat mengeluh.

Perbuatan ibundanya itu memang membuatkan dia tidak puas hati. Setidak-tidaknya dia perlulah berunding dengan Nahwah dahulu. Tapi sekarang? Ibunda ni, membuatkan hidupnya semakin huru hara.

“Hendak tunggu kamu cepatkan perkahwinan ini memang tiada penghujungnya. Biar ibunda yang cepatkan. Ibunda dan ayahnda dah tua, belum merasai cucu lagi. Lagi pun, ibunda takut, Mawar akan kejar kamu balik nanti. Biar kamu dengan Nahwah ada ikatan yang sah.”

Letih dia memberi penjelasan kepada anaknya itu. Susah sangat mahu kahwin. Kalau nak bercinta bukan main suka. Tapi bila kahwin, pelbagai pula alasannya.

“Apa-apalah ibunda. Iffat nak masuk tidur.” Dia pun malas mahu berkata banyak dengan ibundanya. Nanti mulalah keluar kuasa vetolah, penyiasatlah, itulah inilah. Baik dirinya masuk tidur dulu, sebelum ibundanya bercerita panjang.

“Mulalah tu nak mengelak. Ingat Iffat mulai minggu depan, kad kahwin perlu diedarkan secepat yang mungkin. Jangan nak mengelak! Kalau dah suka dengan Nahwah, baik kahwin cepat. Buat apa tunggu lama-lama. Ingat Iffat, ibunda mahu Iffat uruskan perkahwinan kamu secepat yang mungkin!” laung Datin Zariya, sampai satu rumah.

Kalau boleh dia mahu kuatkan suaranya sampai jiran sebelah dengar. Namun, suaranya tadi sudah cukup didengari anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience