BAB 11

Romance Completed 16237

Bila dengar lagu baru di corong radio, semuanya lagu baru yang berunsur cinta. Aku pun tidak ketinggalan untuk menyanyikannya. Ada satu lagi ini yang membuatkan aku rasa dibuai rasa sayang dan rindu kepada seorang.

Namun lelaki itu tidak lagi berada di depan mata ini. Sudah beberapa hari aku tidak berjumpa malahan terserempak dengannya. Ini semuanya salah Nukman zahin. Dia yang rosakkan semuanya.

Aku malas melayan perasaanku sendiri walaupun hati ini mula diragut rasa resah gelisah.

Aku berjalan dengan pantas menuju ke bilik pejabatku. Setiap hari beginilah rutinku. Pagi masuk dan petang keluar. Aku membuka tombol pintu. Alangkah terkejutnya bila ada seorang lelaki duduk di kerusiku namun posisinya menghadap kebelakang.

Aku meneliti betul-betul lelaki ini tapi aku tidak dapat mengesan siapa dia. Boleh pula tu, buat selamba. Tak bangun, tak pandang muka aku langsung. Siapa lelaki ni?

Dengan hati marah, aku mendapatkan lelaki ini. Baru aku hendak menuju kearahnya, dia bangun. Badannya beralih di depanku.

“Awak!” aku separuh jerit. Geram rasanya!

“Hi, sunshine!” macam manalah si Nukman ni boleh ceroboh masuk bilik aku ni? kalau tak jumpa dia dalam sehari tak boleh ke? getusku. Sengaja nak naikkan kemarahan aku pagi-pagi macam ni.

“Tak payah nak sunshine sangat lah. Macam mana awak boleh ceroboh bilik saya ni? macam tak ada kerja lain.” Aku mencebik. Memang meluat bila berhadapan dengan lelaki sebegini. Boleh pulak tu, buat muka selamba. Tak faham aku.

Dia bergerak membelakagiku.

“Pintu tak dikunci, senanglah saya masuk. Tapi saya tak buat apa pun. Saja nak pandang potret awak yang comel tu.”

Aku memandang bingkai gambarku. Gambar masa aku berkonvo dulu. Gembira sangat waktu tu bersama emak dan abah.

“Boleh tak tolong beredar dari sini.” aku sudah bonsan bertikam lidah dengannya. Pagi-pagi dah mula buat aku naik angin.

“lagi satu, bunga yang awak susun rapi dekat atas meja tu baik awak buang sebelum layu. Saya nampak tadi dah layu dah. Kesian nanti si pengirimnya sedih bila terpandang bunga tu. Tak ke betul kata saya ni?”

Aku terdiam. Sudah beberapa hari aku biarkan bunga Lily pemberian Iffat terbiar di situ. Tak sempat aku nak letak dalam pasu. Semuanya menjadi tergendala. Gara-gara si Nukman Zahin.

“Awak tak faham bahasa ke…” dia menaik tangan kanannya supaya aku tidak menyambung ayatku. Spesis apalah lelaki ni. Ini yang dikatakan tunang aku? memang taklah. Reda hatiku bila Nukman telah pergi dari bilikkku. Aku memandang kembali bunga lily. Kasihan. Rasa hendak buang tapi tidak sampai hati.

Mungkin dalam hari-hari begini aku terpaksa berhadapan dengan Nukman yang suka membuat hatiku merana. Gilalah si Nukman ni. Mulalah hati aku ni berasa sunyi bila sudah lama tidak berjumpa dengan Iffat. Kemana pula perginya dia ni? aku melihat pintu biliknya masih tertutup rapi. Bercuti ke dia ni? Maldives lagi?

Aku baru mendapat berita dari Nani selaku setiausaha Iffat yang dia tidak mengikuti kursus di langkawi hari sabtu ini dan digantikan dengan Nukman. Itu pun, aku yang bertanya kepada Nani. Kalau tidak aku langsung tidak tahu apa-apa.

Pertama kali aku makan tenghari seorang diri. Selalunya Iffat yang menemani aku. Sekarang bayang dia pun aku tak nampak. Dia pun tidak keluar dari bilik pejabat. Aku pun malas nak bersua muka dengannya. Baik aku buat hal sendiri.

Tak semena-mena aku terlanggar dengan seorang perempuan entah dari mana muncul. Iphone miliknya terjatuh di lantai. Aku terdiam dan memandangnya dengan wajah yang serba salah. Aku rasa dia yang bersalah sebab berjalan sambil melihat telefon di tangan.

“Buta ke apa engkau ni? tak nampak aku jalan ke?” dia terus mengambil Iphone. Nasib baik tak pecah. Kalau pecah nyanya aku nak bayar balik. Kalau dia mintak empat ribu mana tahu?

“Maaf. Saya tak nampak awak.” Telus kataku.

Aku masih bertoleransi lagi dengan sikap perempuan ini. Bagi aku sikapnya memang mengundang kemarahanku. Tak pernah lagi aku berjumpa dengan perempuan macam ini. Menjengkelkan sungguh, dengan berpakaian yang tidak cukup kain.

“Kau tak nampak aku yang hot ni? aku rasa engkau tak kenal siapa aku lagi kan?” dia masih berlagak macam tadi. Macamlah aku nak tahu sangat yang dia tu siapa.

“Rasanya tak perlu kot saya nak ambil tahu.” Bidasku. Aku rasa perempuan di hadapan aku ini mungkin silap kalau hendak bergaduh dengan aku. Memang tidaklah. Aku tersenyum sinis.

“Sayang sungguh orang muslimah macam engkau ni yang berlagak, sombong dan tak reti nak hormat orang!” dia mencekak pinggang.

Sepasang mata pekerja lain sibuk memandang aku dengan perempuan dihadapan aku ini. Mungkin yang lain pun sibuk nak tahu tapi tak berani hendak dekat.

“Lebih elok dari awak yang berpakaian yang tak cukup kain! Dan masih nak pertahankan diri tak bersalah langgar orang? Saya rasalah kalau ada ramai orang yang perangai sama macam awak ni, boleh lingkup dunia ni!’ marahku.

Tiba-tiba Iffat Iftiqar muncul di sebelahku. Aku terdiam. Marahku kepada perempuan di hadapanku ini semakin surut. Matanya memandang aku dengan perempuan di hadapanku silih berganti. Kalau dia hendak berkata apa-apa, biarlah.

“Tak malu ke bergaduh dalam pejabat? Suka sangat? Saya bagi sejam untuk kamu berdua bergaduh?” aku memandang Iffat.

Dia berada tengah-tengah antara aku dengan perempuan itu. Dia nampak tenang. Tapi aku tahu dia bukanlah macam tu.

“You! Tengok perempuan tu. Dia sengaja cari pasal dengan I.” lengan Iffat dikepitnya dihadapanku. Aku menyabarkan diri. Siapa perempuan ni kepada Iffat? kekasih? Tunang? Isteri? Kenapa aku tidak tahu langsung!

“I nak you pecat dia! I tak suka dengan dia!” aku memandang Iffat. Berani Iffat hendak pecat aku? kalau dia yang pecat aku, memang sejuta kali aku tak akan menjejakkan kakiku ke sini. Hendak berjumpa dia pun, aku tak hadap!

“Enough!. Mawar apa you buat dekat sini?”

Iffat Iftiqar mulai pening dengan sikap kegedikkan Mawar. Baginya Mawar mengundang padah dalam jiwanya. Bukan jiwanya tapi dalam syarikat ini. Habis buruk namanya nanti. Bukan itu sahaja, pasti Nahwah fikir yang bukan-bukan mengenai dirinya. Tapi dia peduli apa? Sedangkan perempuan itu tidak memberitahunya yang dia bakal berkahwin dengan kawan baiknya sendiri, Nukman Zahin. Inilah masanya dia untuk membalas dendamnya.

Memang betullah ini bekas kekasih Iffat. kecil sungguh dunia ini. Patutlah Iffat terpikat sebab kecantikanya. Bila dibandingkan dengan aku, memang ada kurangnya. Dia cantik, bergaya dan berharta. Tapi kata Wanie, mukaku persis Ainan Tasneem. Tapi aku menafikannya. Biarlah apa sebarang pujian pun, aku tidak membanggakan diri.

“ Encik Iffat saya masuk dulu.” Aku menundukkan wajah dan meninggalkan Iffat bersama Mawar. Hatiku mula dicarik-carik. Mereka memang sepadan berbanding dengan aku. Jika dibandingkan aku dengan Iffat begitu banyak perbezaannya.

Aku hanya memandang mereka dari jauh. Aku tahu Iffat masih sayangkan perempuan itu. Tapi kenapa dia kata, dia cintakan aku? wahai Iffat, tolonglah jangan permainkan hati dan perasaan perempuan yang lemah seperti aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience